Tabung Kawin

Wednesday 27 August 2014

Bridemaid tak diundang

  Assalamualaikum...


Sebenarnya dah lama sangat nak update pasal ni. Tetapi, asyik lupa je. lagipun gambaq nya baru dalam sebulan baru nak siap. Jenuh nak tunggu lama2 oii.. Jadi, sekarang ni dah dapat. nak update la laju-laju.
Kak liza ni kakak sedara aku. Sebenarnya wedding dia 31 Mei 2014 hari tu. Tapi, baru kesempatan nak cucuk pendrive sedut semua gambar-gambar kawin ni ha.

Hari tu aku jadi bridemaid tak diundang sebabnya tak planing pun nak masuk interfream sekali dalam gambar kawin dia ni. Ini semua kerja photographer tulah. Dahlah panggil kiteorg ni "Gundek raja" tak sopan langsung. Mulanya macam ni, sampai je kat tempat outdoor tu, kiteorg bertiga duk la satu tempat sambil tengok pengantin posing macam-macam. Lepas tu salah seorang photographer tu pandang kiteorg then cakap " Korang ni sesuai la di panggil 'gundek raja'. sabar-sabar lepas ni giliran korang pulak posing". Tak memasal abang photographer tu. Tumbuk kang. dah la suka betul ambik gambar curi.




Gambar ni masa nikah. Kata kak sedara aku nak fokus kat siapa sebenarnya gambar ni pun tak tau. 



Ni lagi satu gambar curi. Masa ni jamuan makan lepas akad nikah. 





 Masa untuk gambar family. Semua candid takde yang serius langsung.









masa untuk outdoor dah tiba. Disebabkan takde bridemaid, kiteorg lah yang menyebok nak masuk sekali. 
Tapi, adalah pengalaman jadi penyebok dalam gambar kawin org. hehe. maaflah, tak semua gambar upload. sebenarnya banyak lagi. tapi jenuh nak tunggu upload satu-satu. Jadi, ini jelah yang termampu.



Semoga berbahagia Siti Nurhaliza & Shahreza hingga ke akhir hayat. Dan cepat-cepat dapat anak. Mesti comel macam ayah dia. Ehh, oppsss.. hehe..





Assalamualaikum..












Monday 25 August 2014

Persiapan aku.

 Assalamualaikum u guys..

Dengan penat shopping tadi tak hilang lagi, ain terus taip entry ni. Bagi relex kejap sebelum nak check apa lagi yang kurang. Alhamdulillah so far semua berjalan lancar. Medical check-up dah selesai cuma untuk jumpa doktor je hari khamis ni. Barang-barang pun hampir kesemuanya dah dibeli. Cuma ada tertinggal sikit-sikit je.

Memandangkan hari ni kerajaan keluar gaji, aku pun enjoy la shopping nih. Bila ngesek kat ibu, ibu suruh mintak ayah utk duit shopping barang-barang. Aku bukan kaki bodek pun bila dgn ayah tapi, tadi punya bodek lain macam sikit sampaikan ayah bagi.....................................




Hamik kau. Dia huluq terus card bank dia. Hahaha. Tergelak-gelak aku golek-golek lagi. Nampak kat situ ayah sayang aku lebih sikit. hehe.. Cayaaa lah ayah. Tapi, bukan aku pun yang uruskan duit itu. Ibu je yang hold kan semuanya. 


Dan inilah hasilnya. Tapi ini baru separuh....

 


Lepas ni dah boleh paking sikit demi sedikit. Nanti hari nak bertolak, senang nak tinggal angkut je. Tak lama je lagi, Kurang dari seminggu je. Ya Allah berdebar rasanya nak sambung belajar ni. Harap-harap semuanya dipermudahkan oleh-Mu Ya Allah. Amin..

Doakan ain berjaya. Insyaallah amin...

Sunday 24 August 2014

Iphone 5s gejet impian setiap blogger

 Assalamualaikum..


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah ain masih berpeluang nak join contest yang dianjurkan oleh Denaihati ni. Terima kasih pihak penganjur dan penaja kerana adakan contest ni sebab contest ini lah yang paling dituggu-tunggu oleh saya yang terlalu minat sangat nak memiliki Iphone 5s ni. Masa nampak je contest ni terus terharu and rasa macam nak nagis sebab still berpeluang nak join. Insyaallah kalau Allah berikan rezeki utk ku, ada pelung nak merasa pakai Iphone 5s ni. Bukan senang nak miliki sesuatu barang yang sangat ekslusif macam Iphone 5s ni. semoga dengan usaha aku dan kalian mendapat ganjaran. Amin..



 


Pada mula awal usai ku, aku langsung tidak dibenarkan untuk memiliki handphone sendiri apatah lagi nak melayari internet. Ibu dan ayah benar-benar mahu mendidik aku. Selepas je tamat SPM, aku diberikan handphone pertama yang boleh jugak la melayari internet. Aku mula membuka akaun facebook, twitter, instagram, dan semestinya blog aku yang tercinta ini. hingga la sekarang, aku memakainya. Aku milikinya apabila abang sulung aku dapat rebet untuk telifon pintar. Alhamdulillah rezeki aku disitu dapat miliki nentology yang kurang popular dikalangan masyarakat. Tapi Alhamdulillah, ia memberikan komitmen yang baik sejak 3 tahun lepas. 

Kemudian gembira bukan kepalang aku bila dapat online dimana sahaja, upload gambar seharian, hinggakan phone aku dipenuhi dengan pelbagai application. Masa itu, aku gila dengan theme yang comel-comel hinggakan hampir kurang 20 theme aku install. Suatu hari tu takdir dia nak mengamuk disebabkan terlalu padat, handphone aku 'hang'. Aku mengadu juga pada ibu, tapi aku kata, selagi boleh call dan mesej, juga saja lah. Aku pun nak taknak kena "ok" kan sahaja. Mungkin akan tiba rezeki aku nanti.

Pada tahun 2013, aku lihat semakin rancak Iphone mengeluarkan model Iphone dari Iphone 4, Iphone 4s, dan sekarang ni Iphone 5s yang sangat digilakan oleh blogger dan masyarakat. Aku lihat, kawan-kawan aku mudahnya membeli Iphone. Dari mana mereka dapat wang sebanyak itu untuk beli Iphone? Dalam fikiran aku "mereka anak orang yang berada, mungkin senang nak mintak duit tambahan." Sekitar awal tahun 2014, Aku mengimpikan sebijik Iphone walaupun secondhand. Aku survay dimerata tempat tapi masa itu wang aku belum bertul-betul cukup. Akhirnya aku pendamkan saja impian itu. 

Ya Allah, banyaknya dugaan. Sebenarnya aku dah mula taip entry ni seawal 11 pagi tadi tapi malam yang semakin menapak untuk berakhirnya contest ni jam 11.49 p.m aku masih menaip. Banyak betul dugaan. Setiap kali aku mula menaip satu dua rangkap, ada saja yang mintak tolong angkat barang, ibu panggil kat dapur tolong kemas, ayah panggil tolong urut kaki. Tapi, aku ambil fikiran positif. Aku utamakan yang lain sebelum entry ni. Walaupun hati sangat berkobar-kobar nak menang contest ni seterusnya dapat miliki Iphone ekslusif ni, aku tetap utamakan keluarga aku. Aku redha. kalau menang, Alhamdulillah syukur pada Allah. kalau aku tak berpeluang,  Mungkin belum rezeki. 



Keistimewaan Iphone 5s 

Daripada Appleinsider, ada dua kelebihan dan kelianan iphone 5s ni. Iphone 5s menggunakan layar 4.6 inci dan menggunakan 'retina display'. Saiz skrin Iphone5s ni berbeza daripada Iphone biasa yang menggunakan 4 inci sahaja. Dengan skrin 'retina display' ini, Iphone 5s ni akan desitis sebanyak 300 pixel apabila digunakan pada jarak 10 hingg 12 inci. 

Iphone 5s ni mendahului model-model yang sebelum ni dengan ada sikitnya peningkatan pada bahagian kamera hadapannya. Ia dilengkapi dengan 8 megapixel kamera bahagian belakang dan 1080 pixel bagi kamera hadapan membolehkan ia merakan video berdifinisi tinggi (HD). 

Iphone 5s dibekalkan dengan kuasa yang lebih tinggi berbanding Iphone 5 dan 5c. Menawarkan masa bercakap dengan tambahan 2 jam menjadikan masa bercakap dengan capaian 3G sehingga 10 jam menggunakan bateri 1570(mAh). Berbanding 8 jam masa bercakap Iphone 5 dan 5c. 


Wow, seronok sangat bila diberi pelung nak miliki Iphone 5s ni. banyak betul ciri keistimewaan dia. Jom kawan-kawan kat luar sana join contest ni. Mana tahu rezeki berpihak pada salah sorang rakan blogger ni kan. 


Contest Iphone 5s gajet inpiam setiap blogger dianjurkan oleh denaihati.com dengan kerjasama sponsor blogger yang lain ini : 



Doa saya semoga Sponsor yang baik hati ni akan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T dan dikurniakan kesihantan yang tak teringga. Terima kasih.



 


Assalamualaikum.

Wednesday 20 August 2014

Blogskin

 Assalamualaikum..


 


Tadi sibuk servay nak tahu apa itu blogskin. Bila belek satu-satu tutorial, rupanya untuk background blog kita. Bila tengok-tengok nampak comel je. Ada setangah tu cantik je macam diari betul. Tapi bila fikir-fikir balik, still tak sedia nak tukar apa-apa kat blog ni. Blog sekarang ni dah cukup sayang bergolek-golek dah. Hehe (Over pulak).

Untuk u alls yang nak try blogskin ni boleh pergi kat Tutorial Blogskin ni. Dari A sampai Z dia boleh bantu. And, macam-macam jenis blogskin pun ada.


Selamat mencuba :)



Tuesday 19 August 2014

Daripada rambut hingga ke kaki Part 1

  Assalamualaikum....

Well, perempuan mana yang tak suka dengan kecantikan? penjagaan diri? Perempuan ni details sangat. Sampai ke celah-celah pun dia nak amik peduli. Sama jugak la macam yg tengah type ni. Ngeee...kita sama je as a women.

Bukan senang nak jaga 100% diri kita. Macam-macam nak kena buat. Ada yang search internet nak mintak tips make up, tips nak kurus, tips itu, tips ini, macam-macam lah. Banyak sebenarnya kalau nak cuba atau nak belajar. Cuma malas dengan rajin je. Ok itu problem manusia.

So, kali ni ain nak share la sikit apa yang ain pakai selama ni. Ain nak share dari hujung rambunt sangat hujung kaki tau. Haa gitu... kelas makk nyah sampai ke kaki pun ada. haha.. Tapi ini just untk kongsi bersama. Sharing is caring kan. Tak gitu gegirlssss.. (ala-ala mak nyah).


Rambut 

1. Safi Shayla

 

Seriusly pakai shampoo ni best sangat. Dahla wangi lepas tu dia buat rambut ni rasa macam lembut je. Kalau nak lagi best pakai la sekali conditioner dia. Pasti sempurna. Shampoo ni juga mempunyai 1001 kebaikan Habbatus Sauda. Bagi yang mencari shampoo yang sesuai untuk wanita bertudung, boleh la cuba shampoo ni. Shampoo ni ada empat jenis. Botol yang warna merah untuk licin terurus, warna hijau untuk segar bermaya, warna oren untuk kawalan rambut gugur, dan warna biru untuk kawalan kelemumur. Safi shayla ni jugak ada perapi. Warna ungu dan turqouis untuk menyegarkan kulit kepala. Rugi kalau korang masih tak cuba shampoo ni. Betul-betul best. Seriusly tak tipu. Untuk tahu lebih lanjut boleh klik Safi Shayla . 



Wajah

2. Safi Balqis White Trilogy


 

Satu lagi produk safi yang ain pakai. Tak silap, ain mula pakai dari form 3 untill now. Sekarang ni putih melepak-lepak dah. Ada sampai cakap ain ni hantu cina yang berlakon kat teater tu. Ada ke patut. Muka punya suci macam. Eh.. tak suci mana pun. hehe. Yang bagusnya Safi Balqis baru ni, ada teknologi yang baik untuk kulit. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik Safi balqis untuk keterangan yang lebih lanjut. 



 

Ini muka ain sekarang and no edit. Ini original. 



Make-up 

Langkah yang biasa ain buat untuk make-up ni:

1. Safi Balqis Toner.

 

Toner kebiasaannya nak melembabkan kulit wajah sebelum nak letakkan sebarang alat solek kat muka. Toner ni kiranya asas make up yang pertama kena letak kat muka. Caranya, tuangkan sedikit kat tapak tangan, kemudian ratakan sikit kat tapak tangan, then tepuk-tepukkan kat seluruh muka. Bagi sama rata. kemudian, keringkan muka. 


2. Safi Balqis white trilogy serum.

 

Ok, lepas je letak toner, ain akan pakai serum ni. Fungsinya adalah untuk menggalakkan proses pencerahan wajah yang lebih cepat dan dijamin selamat untuk wajah. Kalau nak cuba, boleh la beli. Harga biasa Rm 25 je tak silap. 


3. Cream Safi Balqis .



Then, step ketiga, celetkan sikit kat semua tempat, colet dua atau tiga je kat pipi, dahi, hidung, dagu, dan tak lupa kat bahagian leher. Supaya putih sama rata. Jangan muka je putih, leher hitam sikit je. hah ok joke je. Lepas tu, sapu guna tiga jari basic. Sapu perlahan-lahan ke arah atas macam urut la jugak. Sapu sampai cream tu menyerap. 


4. BB cream.

            



Ain biasa pakai 2 jenis bb cream ni. Tapi tak pernah la pakai dalam satu masa. Kadang-kadang tukar-tukar. Kalau rasa nak pakai ni celet la yg ni. Kalau nak pakai yang stick punya, celet la stick. Tapi yang best sikit ain suka silkygirl punya. Sebab dia best dan SPF dia tinggi, so boleh la protect muka kita lebih sikit. Bila sapu kat muka tak rasa tebal pun. Ringan je rasa. Dia buat kulit kita rasa soft je.. Kalau nak pakai, cari yang seakan-akan tona kulit kita. jangan cari ikut suka hati bimbang tak sesuai bila pakai kat muka. Tapi, bb stick ni senang nak pakai. Tak kotor kan tangan. just celetkan kat muka, then ratakann. Mudahkan? So cubalah.



5. Make-up powder


    



Untuk bedak pun ain pakai 2 jenis bedak. Satu yang jenis padat dan satu lagi jenis loose powder. Mula2 ain sapu kan loose powder untuk hilangkan muka berkilat. lepas tu, ain sapu bedak padat untuk ratakan dan untuk sepuaya tona kulut kita sekata dan padat. Kalau bab bedak ni ain tak berapa nak memilih sangat. Cukup untuk tutup muka berkilat je dah cukup. Tapi, bedak pun harus pilih tone warna supaya tak rosak makeup nanti. 



6. Eyeliner, eyebrow, mascara.

 


            Kebiasaanya ain pakai eyebrow ni bukan untuk kening, ain pakai 
                                       untuk letak 
                                       mata biar tak nak nampak mata suram. 

  bab mascara ni bukan nak cari yang  
                                                                                          mahal pun just nak nampak letik 
                                                                                          sikit je bulu mata kita. 



7. Lipstick 




Untuk lipstick ain suka guna warna hot pink yang nak kearah-arah merah macam tu. Tak suka sangat warna soft ni. Ain suka warna garang. baru nampak menyerlah. Takdelah nampak pucat je. so far ain dah lama pakai lipstick ni. Lagipun murah je. Warna pun cantik-cantik. 





  


Bersambung di part 2 akan datang............................













Monday 18 August 2014

Penjelasan



Keras macam batu, itu aku
bukan sekali dua ianya berlaku
bahkan bertalu-talu
boleh ke kau bertahan lagi wahai sayangku?


Aku bukan minta kau lutut
hulurkan bunga
Senyuman pernuh makna
bukan itu aku pinta


Mahu aku kau kejar
kau gapai
kau genggam
katakan "Jangan pergi."


Perempuan pelik macam aku
tak siapa lihat
Hati keras
Minta nak deras
gaduh mesti tegas


Kau dah kenal aku
kau dah tahu cerita aku
kau tahu derita aku
Aku yakin, lepas ni kau mesti tinggalkan aku.


Sebab tak semua mahu
tak semua tahu
dan tak semua mahu tahu
jadi, aku diam


"sayang" bukan dimata semata
bahkan ianya tumbuh dihati.

Saturday 16 August 2014

Buku kebahagiaan saya



" Setiap hari mungkin tidak berakhir dengan baik, tetapi pasti ada kebaikan 
yang tersembunyi dalam setiap hari." 



       Kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan bersedih. Tetapi, ada masanya kesedihan itu disebabkan perkara yang remeh-temeh. Ketika disekolah rendah, saya berasa tidak sepandai rakan-rakan yang lain, tidak mempunyai pakaian yang cantik, dan hanya berjalan kaki kesekolah. Sewaktu sekolah menengah juga sama. Saya berasa tidak tinggi dan langsing seperti rakan-rakan perempuan yang lain. Saya fikir saya tidak secantik dan sehebat mereka.

      Selama beberapa tahun kebelakangan selepas tamat sekolah menengah, banyak perkara membantu saya mengatasi kesedihan yang saya alami. Contohnya pemakanan yang sihat, senaman, udara yang segar, kerja sukarela, kelas agama, terapi, dan ubatan. 

     Tetapi, saya juga ada rahsia lain. 

    Ia sebagai rutin yang saya alami pada setiap hari sebelum masuk tidur. Di sisi katil saya terdapat sebuah buku diari. Saiznya kecil shaja tetapi helaiannya lengkap dari bulan januari hingga disember. Kadang-kadang saya hanya mampu menulis sebaris ayat sahaja disebabkan saiznya yang comel. 

   Pada setiap malam, saya bertanyakan soalan ini kepada diri sendiri, "Apakah yang paling mengembirakan saya pada hari ini?" Oleh sebab saya tidak mempunyai ruang yang banyak bagi menulis, maka ia kelihatan mudah dan hanya mengambil masa beberapa saat. Dalam detik itu, saya menanyangkan kambali hari yang sudah saya lalui dalam fikiran dan memilih moment yang paling mengembirakan saya. 

Kitaran hidup saya kini sudah berubah. Saya aktif mencari tenaga positif setiap hari. Kadangkala, bila saya mengalami kesedihan, saya mengambil diari kecil itu dan membeleknya, membacanya, dan mengingati kembali moment bahagia masa dulu. 

Kesal juga dihati kerana tidak mula menulis diari lebih awal sewakti dibangku sekolah rendah. Sekarang ini, saya mampu tersenyum kerana dikelilingi moment yang gembira setiap hari dan saya amat bersyukur di kurniakan keluarga yang sangat bahagia. 


 



-by Faizatul ain

Friday 15 August 2014

Ya Allah tabahkan hatiku

 Assalamualaikum. Malam ni mood bertukar sedih. Hati rasa sebak melihat orang yang kita sayang, sakit terlantar dan tiada harapan lagi.

Berbekalkan tenaga yang masih ada, aku duduk di depan laptop sambil tulis entry ni. Walaupun baru je sampai dari KL pukul 12 tengah mlm td, aku masih segar.

"Sampai je KL tadi dengan bebekalkan GPS Waze, kami diberitahu yang pak uteh dipindahkan kembali di Institut Perubatan Respiratory di jalan bulatan pahang. Nasib baik tak belok jalan ke IJN lagi. Sesampai je kat sana, ambulans pun baru je smpi lepas tu pak uteh di pindahkan ke wad biasa. Dalam pada masa nak tunggu doktor smpi, aku duduk berborak-borak dengan mak uteh dulu. Lepas je doktor smpi, semua di minta untuk keluar seketika. Then, doktor panggil mak uteh. maybe nak bgtau apa progress. Tak lama lepas tu, mak uteh datang balik ke katil pak uteh, mak uteh terus peluk ibu. Ya Allah, hatiku saat itu terus sebak. Doktor cakap pak uteh dah tiada lagi harapan sebab Kanser paru-paru pak uteh pun dah tahap empat. doktor bgtau kalau nak buat kimoterapi pun akan membahayakan diri dia. Bila dah smpi tahap empat, semua organ dalam dah rosak disebabkan sel-sel kanser tu dah merebak ke organ lagi. Kesian bila tengok keadaan pak uteh. Dah tak boleh nak bercakap sebab paru-paru dia dah takleh nak berfungsi. Lagipun masa di masukkan ke IJN hari tu pun sebab dalam jantung dia ada air. Hanya mampu simpati.

Yang paling kesian sepupu aku tu (anak pak uteh yg sulung) dialah yang jaga ayah dia, dia yang hantar dan ambil adik dia sekolah, dia jugak kerja tapi kerja jual burger je. Dia jugak jaga sepupu dia yang lumpuh disebabkan kemalangan. Bila dah kata lumpuh, apa-apa yang dia nak buat semuanya kena angkat kan. Safuan la yang angkat dia pergi mandi, suapkan makan dia, bagi dia makan ubat. Badan sepupu dia yang lumpuh tu bukan kecik, badan dia besar. Hari tu mak uteh cerita yang tangan safuan macam sakit sebab selalu buat kerja-kerja tu tapi dia tak pernah nak mengadu pun. Bagi aku dia sangat tabah orgnya. Masa doktor cakap yang ayah dia tiada lagi harapan tu, muka dia merah sangat tahan nagis. Ya Allah, aku takleh pandang dia time tu. Rasa nak nagis jugak. Wahai sepupu sepermainan ku, Kau sungguh tabah. Semua org mengharapkan kau. Semoga Allah memberikan kau ganjaran. Amin.."


Andai saja aku diberi peluang, mahu saja aku minta pada-Mu Ya Allah, berikan lah sakit itu padaku. Tak sanggup rasanya nak lihat org yang aku sayang, menanggung sakit. Menangguh sedih. Aku rela ambil kesakitan itu agar orang-orang yang aku sayang, tersenyum kembali.


"Lindungi mereka Ya Allah. Ampuni dosa-dosa mereka. tabahkan hati mereka. Amin"


Sunday 10 August 2014

Tawaran kemasukan Ijazah Sarjana Muda 2014

  Assalamuaalikum uguys. Apa khabar? sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Yang kurang sihat tu rajin-rajin lah berdoa pada Allah agar kurangkan sakit tu. InsyaAllah.. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Mintak maaf dah lama sangat tak update sebab urusan penting. Insyaallah ada masa, ain nak update cerita pasal raya.


I have one good story.


 

Tadaaaaaa...... Alhamdulillah ain ditawarkan untuk sambung belajar di Unikl Kajang. 
Hari tu ibu bising suruh sambung degree, then pergi la laman web unikl. Saje je mohon. Mohon macam main-main. And finally, "Tawaran anda diterima". Terkejut sngt melompat dari katil macam org mimpi guling-guling atas rumput pukal. 

Masa mula-mula dapat tu, rasa tak sedia lagi sebab macam awal je rasa. Yelah, ain baru je habis Diploma akhir bulan 4 tahun 2014 dan terus sambung Degree pada awal bulan 9 nanti. Yang tak menahan, Konvo diploma pun belum berlangsung pun lagi. Haihh.. Memang mengeluh sangat la masa tu.

Tapi, atas nasihat semua kesayangan aku, aku mula fikir masak-masak. Aku fikir untuk masa depan. aku fikir, Allah dah beri aku peluang untuk aku terus capai cita-cita aku dan aku kena usahakan sebaik mungkin. Ramai jugak kawan-kawan masa diploma tu tanya, "tak cepat sangat ke?" "Kenapa kau nak sambung belajar?" bagi aku, selagi masih muda, selagi masih ada kudrat, belajar lah. Cuba fikir ada orang kat luar sana yang tak dapat peluang macam kita ni. Mereka nak sambung belajar, nak berjaya, tapi tak dapat sebab Allah tak memberikan mereka peluang. Jadi, yang mana dapat peluang tu, pergilah belajar selagi otak mampu berfirkir, selagi kaki mampu berjalan, selagi tangan mampu menulis, selagi mata masih boleh melihat, selagi mampu segalanya, pergi lah mencapai cita-cita mu. Walaupun susah, usaha, Doa, dan tawakal. Percaya yang Allah sentisa bersama kita dan mendengar segala doa-doa kita. Insyaallah. 

Eh, maaflah panjang pulak cakapnya. Sekarang ni subuk print document, sibuk nak buat medical check up, sibuk beli barang sana sini. Hmm maklum lah dah besar semuanya kena buat sendiri. Ibu cakap masa nak diploma dulu boleh la ibu uruskan yelah budak baru habis spm mana tahu nak urus itu ini. Sekarang ni ibu ckp "Awak dah besar, ibu nak ain urus semuanya sendiri. Ibu bagi duit je" See, jawabnya memang kena berdikari lah ni. InsyaAllah ain boleh. hehe... 

Doakan ain berjaya dalam study ni ye. InsyaAllah..

Thank sudi luangkan masa utk baca blog ain yg comot lagi tak cantik ni. 
Terima kasih. 
Assalamualaikum. Muah *flying kiss*