Tabung Kawin

Monday 23 April 2012

Semua tentang cinta.

Ada apa dengan cinta?? Kenapa ada yang sakit kerana cinta? Dan kenapa ada yang bahagia kerana cinta??
Apa makna cinta yang sebenar?? Tuhan, Kau hadirkan suatu perasaan iaitu "cinta" untuk melengkapkan hidup ini. Benar cinta memang adakalanya buat orang buta. Buat orang merana. Tapi, kesilapan dalam bercinta ialah silap kita yang tak pernah menghargai cinta. Cinta tak pernah kejam. Tapi orang yang melahirkan perasaan itu yang kejam. Mempermainkan cinta sesuka hati. Dan akhirnya, Kecewa. Setiap orang pernah merasai cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua yang mengecapi bahagia. Andai yang pernah kecewa kerana cinta, jangan pernah takot untuk merasai cinta lagi. Runtuhkan kan lah tembok ketakutan bercinta. Apabila percintaan itu tidak kekal, mugkin allah mengingatkan kita bahawa kita bercinta dengan orang yang salah. Dan mugkin allah dah tetapkan jodoh untuk kamu dengan orang yang benar-benar akan mencintai kamu selamanya.



Bila satu perasaan itu mula timbul, kita mesti tertanya-tanya kan?? Macam mana aku boleh sayangkan dia. Macam mana hati ini boleh sukakan dia. Allah jadikan perasaan itu bukan untuk mainan, tapi mugkin ada hikmah disebaliknya. 



Macam mana ye rasanya jatuh cinta?? Apa yang perlu kita buat bila jatuh cinta?? 
Cinta yang hadir tanpa dipaksa lebih indah dari memaksa diri untuk mencintai dan dicintai. Adalakanya, kerana cinta, orang sanggup menunggu bertahun lamanya untuk menunggu sehingga pintu hati terbuka luas untuknya. Pilihlah lelaki yang benar-benar mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dia. Berilah dia peluang untuk membuat mu bahagia. Mungkin itu lebih baik dari kamu bertepuk sebelah tangan. Hati dan perasaan kita tak boleh nak paksa. Kelak, diri kita sendiri yang merana. 

Ingatlah wahai lelaki, andai seseorang wanita itu mencintai kamu, jaga dan peliharalah perasaannya itu. Kerana hati wanita ini terlalu sukar untuk jatuh cinta. Sekali dia mencintai seseorang itu, Sampai mati dia mencintai kamu. 

Dan wahai lelaki, jangan lah memaksa seseorang wanita itu untuk mencintai kamu. Jangan memaksa dia untuk membuka hatinya untuk kamu. Sebab, wanita tak suka dipaksa. Nanti akan timbul rasa benci untuk kamu. Berilah dia peluang untuk pilih orang yang dia cintai. Dan wahai kaum lelaki, terimalah dengan redha segala keputusannya. Jangan pernah berdendam. Anggaplah dia sebagai kawan yang terbaik buat kamu. 

Bila dia senyum, saya terkejut. Cantiknya dia.. Terlalu sukar untuk saya dekati. Kenapa hati wanita terlalu mahal?? Sebab, hati wanita ini bukan satu permainan. Tapi satu mutiara yang sangat berharga. Yang tak mampu di jual beli oleh sesiapa pun. Cinta yang terpendam mesti perit kan? Sakit dalaman yang tak siapa pun tahu. Nagis, luka hanya kita je yang ubati. 

Biarlah cinta itu dijadikan pelengkap hidup. Menerangi hati yang suram. Hakikatnya, semuanya datang dari dalam diri kita. 



Dan jangan lupa, cinta untuk allah yang maha esa. maha mencipta sekian alam.
dan yang memberikan kita rezeki di dunia ini. Memberikan kita nyawa untuk terus bernafas.
Terima kasih allah :)




Saturday 21 April 2012

Tamat sudah final exam !!!

Alhamdulillah yang hanya mampu aku ucapkan.. Lega kepala ni dengan segala beban. Ya allah, terima kasih kerana kau pemudahkan segala urusan ku. Selama 2 minggu aku bertungkus untuk lakukan yang terbaik, akhirnya segala usaha ku berbaloi.. Dan sekarang, aku dalam perjalanan pulang ke tempat ku bermain. Rindu sangat sebab dah lama tak balik johor. Rindu orang-orang yang ada kat johor jugak. Saya paling rindu kat mummy saya. Nak sangat peluk ibu!!! Kangan bangettt... okeyy, cakap pasal final exam aku, Alhamdullillah semua okeyy... Wlaupun ada 10 subjek, aku masih boleh bawak. nak aku senaraikan x subjek apa?? Parasitologi Perubatan I, Hematologi I, Mikrobiologi Perubatan I, Biostatistik, Imunohematologi I, Sitologi I, Histopatologi I, Patologi Kimia I, Advance Ingglish, Dan Fiqh Ibadat.
Now, sempurna kan?? Dan korang dapat bayang kan tak cmne aku study?? hehehe... Tak payah bayang kan la.. Aku sorang je yang tau. Dan sekarang, aku tak mau fikir lagi pasal study buat sementara. Saya nak relaxkan otak. Dah banyak air keluar ni sebab perah banyak sangat..

Thursday 19 April 2012

Kenapa aku yang kau pilih ?

Dalam dunia ni macam-macam boleh jadi kan?? Dan dalam dunia ni jugak, macam-macam boleh berubah.
Aku dah lalui berbagai cabaran. Aku dan berjalan dengan pelbagai beban. Kadang-kadang aku penat nak hadapinya lagi. Aku tau ia mudah bagi semua orang. tp bagi aku?? bagi ia satu beban yang tak boleh aku pikul. Now, dah 3 tahun 6 bulan aku lalui hidup dengan si dia yang tersayang. Dan selama itu jugak la aku selalu bertanya "kenapa aku yang kau pilih ? " sedangkan ramai lagi wanita yang baik, cantik kat luar sana yang boleh menjaga dan mencintai dirinya sepenuh hati. Dah lama aku pendan perasaan ni. Tinggal tunggu masa je aku nak luahkan kat dia. Jujur aku cakap, aku tak pernah sempurna utk jage dia. Aku tak hargai diri dia. Aku sakitkan hati dia. Aku buat dia marah. Dan aku selalu abaikan dia. Tapi kenapa dia tetap memilih aku?? Dan kenapa dia tak pernah nak lepaskan aku. Dia pernah cakap, aku ini adalah suatu cahaya yang terangkan hidup dia. aku yang mengembirakan hari-hari dia. Aku jaga dia dengan sempurna.
Aku rapat dengan mama dia. Aku ni, hanya ditemui satu dalam sejuta wanita. Sygg, kenapa syg buat macam-macam  utk bby?? Apa yang bby buat selama ni tak pernah nak gembirakan hati syg. Dia memang sebahagian dari hidup aku. Semua yang disekeliling aku mesti ada kaitan dengan dirinya. Bila aku perhatikan balik, ya, memang semua ada kaitan dengan dia. Dudu (teddy bear), kasut, baju, alat solek, beg,  
tudung, cincin, gelang. handset, segala ubat-ubat aku. Itu semua memang ada kaitan dengan dia. Dan macam mana aku nak hadapi hidup kalau dia pergi dari hidup aku?? Dia segala-galanya bagi aku. Dia yang sempurnakan hidup aku. Dia yang mengajar aku erti pengorbanan, erti setia, erti sebuah kasih sayang. Dan dia yang mengajar aku untuk mencintai dia dengan sepenuh hati. And now, badan aku dah naik sikit. Aku tanya, dia tak kesah kew kalau aku gemuk?? dia jawab, "gemuk ke, kurus ke, syg dah cintakan bby sepenuh hati. And always love you.. " Siapa yang tak terharu kan bila orang yang korang sayang ckp macam tu kan??  Dan mama dia pernah pesan, suruh aku jaga diri baik-baik. sebab, mama dia pun dah mula sayangkn aku. Selalu tolong mama dia kat kedai. Datang rumah melawat mama dia. Dan bila aku kat terengganu, selalu jugak call mama dia tanya khabar. Dia macam mama aku pulak kan?? hehehe... Dahla... aku penat nak fikir banyak-banyak. Yang aku tahu, Aku hanya mencintai Muhd Amirul Asyraaf  Bin Abd Razak sahaja!! so, aku harap juga hati dia tak akan pernah berubah untuk aku. 



ILYSM !!!!
Forever and ever :)

Sunday 15 April 2012

Sehari Bersama kamu semua.

Hari khamis yang lepas, kami berempat aja, ara, salmi and me, merancang nak lawan bowling. bersama budak dua ekor ni.. hehehe.. sorry ye.. budak ensem ni Sahar and Wan. seronok banget dehh.. lepas tensen kejap. Memang huru-hara jadinya bila kami-kami ni bergabung. Dalam bas, dalam bowling, dalam kedai makan, n dalam bas utk balik, memang kecoh gile.. happy sangat2. 












BFF forever <3 
sayang korang sangat2...


dan aku paling suka gambar ni. cantik sangat. 
apa pun, kami mmg gembira dan gila2 bila bersama..
thanks korang. sebab korang, aku masih kuat. korang lah semangat aku..
syggg aja, ara, salmi...... mmmuuuuaahhhh cikit!!


dan ni time nak blk.. dalam bas pun kiteorg kecoh gila.. macam da 10 org.
padahal kami 6 org je dlm bas 2...hahaha... punya lah kecoh.. 
tapi, serius semua happy sngt2.. kami ni memang gila2.. 
so, jgn la segan2 lagi nak join kami ye Tengku Saharudin dan Wan Amirul Farhan.
korang pun satu kepala jugak. Terbaik la... hehehehe :)

Cinta memang tak boleh dipaksa.


Cinta, Cinta.... Kenapa ada yang sakit kerana cinta? hmm kenapa kita sakit hati bila tengok orang yang kita suka, bersama orang lain?? sebab, dalam hati sudah timbul rasa sayang untuk dia. dan bila-bila masa sahaja kita boleh luahkan kat dia. Bila si dia merenung mata ni, hati rasa bahagia sangat. Sehinggakan sampai satu tahap, kita tak boleh kehilangan dia.. Dan tak boleh hidup tanpa dia. Kenapa dia perlu hadir tapi hati ini sakit akhirnya?? kenapa Allah hadirkan dia untuk penuhi hari-hari kita?? Dia yang melengkapi hari-hari kita. tanpa sedar, kita akan merasa kehilangan bila tiba-tiba je dia pergi dari hidup kita. Nak melupakan dirimu bukan mudah bagiku. Terlalu banyak yang kau berikan dalam kotak kenangan ku.. Aku relakn dia pergi. Dengan pengganti yang baru. Senyuman mu itu, jelas yang kau terlalu bahagia. Aku tumpang gembira. Terlalu gembira. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini. Mengembirakan diri ini.. Kau lah kawan terbaik ku..



Thursday 12 April 2012

Rasa something ??

Kenapalah hati tiba-tiba je rasa something. Aku pelik la. Aku terus tak ada mod langsung. Entah la. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Hmm Hati, Hati, Please la jangan macam ni. Aku serabut sangat ni. Macam2 masalah datang lepas tu hati ni pulak buat hal. Aduhh ! ain, be strong ! Aku rasa macam tak kaut nak hadapi semua ni. kenapa ?? Apa sebenarnya ni?? Ya Allah, tlong la. Apa sebenarnya semua ini?apa yang ada dalam hati aku ni?? Tolongla hilang kan lah semuanya!!

Tuesday 10 April 2012

My birthday yang ke-19 tahun.

Asslamaualaikumm..
Untuk birhday yang kali ni ain tak dapat nak sambut birthday with my family and my hubby. Sebab?
sebab time 9/4/2012 tu aku tengah final exam. Subjek mikrobiologi lagi. Sedihkan? No cake. No family. Tapi, thanks semua utk BFF aku yang happy kan aku malam tuu... Best kena baling telur. Habis bau satu badan aku. Sengal toll la kawan2 aku ni... Aku sayang korang sampai mati..hehehe Actualy my mummy tak bagi hadiah pun. Dia just bagi duit then suruh aku beli sendiri. Nak tau aku beli apa? Beg tangah and Kasut.. Yang tu jelah ada dalam kepala otak aku... Thanks to my mummy.. Love u so much!!
Tapi...................hadiah dari si dia apa erk??? Dia belikan or tak? hmm aku tak kesah dia bagi atau tak.. sebab diri dia da cukup bagi aku.. Sayangg dia smpi bila-bila.... Lagi pun dia dah banyak berkorban untuk aku.. Dan cerita pasal final exam pulak, Hmm aku tensen!! tapi masih lagi boleh dikawal.. hehe
sekarang 4 paper yang dah lepas.. Ada lagi 6 paper lagi..HUH!! study ain!! chayok2.
Now, walau hidup aku huru hara kew, aku tetap kena tabahkan hati... aku kena kuat....Pesan ibu selalu dalm otak aku.... aku anak ibu.so memang kena kuat! Kalau ada yang nak bagi hadiah, mcj saya di FB k.. hehehe
Thanks for u'all Wish ! saya sangat hargai :)

Semoga ada bahagia utk kau

Malam yang sunyi ni buat aku rasa something. Aku xleh nak lelapkan mata. Aku cuba tp tak boleh.
aku teringatkan yang tersayang.. Ya allah.. rindunya kat dia.. rindu sngt.. Hati aku skit sngt. Sangat !
Sygg, Hati bby skit sebab terlalu rindukan syg... Bby ngis sbb xdpt nak tanggung semua ni... Saya rindukan Muhd Amirul Asyraaf saya. Tp utk kali ni bukan aku nak cite pasal syg aku...tp pasal someone yang jadi kwn aku sekarang ni. Dia memang baik. Ada rupa. Tapi, cinta xkesampaian. Aku simpati kat dia... Capital 'A', ain nak ckp ni, jgn pernah putus asa tau. Tabah kan hati. I always with u.. Ain tau 'A' banyak masalah, tensen je.... Ain faham... Cinta memang xboleh dipaksa. Cinta yang kekal adalah cinta yang ikhlas dari hati. Tak guna awk tggu dia lama-lama tapi tak dapat apa-apa. saya tau banyak pengorbanan awk utk dia tapi tak guna dah awk buat semua 2... Just forget it k. Saya sokong awk dari belakang.. Saya yakin pasti ada yang mencintai awak lebih dari awk mencintai dia. Dan saya lebih yakin, dia boleh menjaga awk dengan baik. I hope soo... :) just smile always... 'A' sorry saya kadang2 tak dapat nak layan awak sngat... Hope awk faham. Saya ada BF utk saya jaga.. Harap jangan terasa hati k.... Awk, saya dah cuba happy kan awk supaya awk lupakan perempuan tu... Harap ia berhasil... saya buat semua tu sebab nak tengok awk happy.. senyum je... Baru comel :) hehehe.... Saya suka buat kawan saya happy... Dan awk lah salah seorangnya... Mintak maaf selama kawan dengan saya, awak ada terasa hati.. Saya tak sempurna macam orang lain.. Capital 'A', Jangan sedih lagi ye... seronok dapat kenal awk. Dapat bercerita dengan awk.. Dan apa yang saya boleh ckp, Awk ada rupa, Awk baik hati sangat2. so, tak ada sebab perempuan nak tolak awk. Ok Capital 'A' ???
Dah, bila saya spend time dengan hubby saya, saya tak dapat hilangkan sunyi awk.. Maaf ye....
Dan satu lagi nak cakap. Awk, cinta itu akan datang sendiri. Rasa cinta itu akan timbul bila awk tengok muka orang yang awk syg... dan saya pasti, masa tu awk pasti akan bahagia... Jodoh, Ajal, Maut semua di tangan tuhan... So, jangan cepat patah hati. Yang lepas tu biarkan lepas ok? Saya sayang awk sebab awk kawan saya. To Capital 'A', selagi saya ada kudrat, Saya akan jadi kawan yang terbaik utk awk.. Saya janji !!
Akhir kata, semoga ada bahagia utk awk.... Assalamualaiku 'A'........