Tabung Kawin

Wednesday 23 October 2013

Hampir berakhir cuti semestar 5 ku.

       


         Finally, hampir berakhir cuti semestar aku yang berlangsung selama 1 bulan setengah. Berat hati ni jangan ceritalah. Lepas ni mesti rindu yelah sebelum ni berkepit je dengan ibu last-last kena balik terengganu balik. It's okey. Aku korban ini untuk kegembiraan ibu dan ayah untuk tengok aku berjaya menggenggam segulung Diploma. Eh, Diploma ok. tahun depan lepas habis ni insyaallah aku akan sambung ijazah. Bukan apa, rasanya kebanyakkan orang yang dah selesa berkerja, dapat gaji sendiri ni, susah nak sambung belajar balik. Yelah, betul cakap ibu, zaman sekarang ni orang tak pandang diploma. Biarlah kita belajar sampai yang tertinggi. Selagi diberi kemampuan utk belajar, sambung la study.

      Sekarang ni aku sibuk nak paking baju, nak beli barang-barang keprluan. Nak cheack balik apa yang kurang. Yelah, nak melangkah ke sem akhir ni banyak yang aku kena prepar. Aku nak buat yang terbaik. Just 5 mouth from now. Lepas ni dah graduet, and aku dah boleh genggam segulung diploma. Insyaallah.. Amin..

      Hampir 3 tahun aku belajar, akhirnya ia dah sampai ke penghujung semestar. Alhamdulillah, segala dugaan, segala cabaran aku mampu tempuhi.

     Sepanjang cuti semestar ni, banyak benda yang aku buat utk family, utk yang tersayang. Tapi, ada jugak yang aku tak senang. Entah la, hati ni rasa mcm tak suka je. Bukan apa, aku cuma tak nak benda yang apa aku taknak tu, akan terjadi.

    Hmm sepanjang aku cuti pun, amirul tak ada disisi. kalau ada pun sekejap je. Sebab dia dah smbung study. Rindu kat buah hati tak terkira. Rasa macam nak peluk dia. eh, tak boleh, haram. heheh..

Okey guys, i got to go, banyak benda nak kene prepare lagi ni.. Korang jaga diri. Bye. XOXO





Salam sayang :
Ain 




Saturday 19 October 2013

Mama dan saya adalah sahabat

 

Nak tahu tak, Ibu adalah sahabat yang terbaim dlam dunia. 
Semua benda kita cakap dengan dia. masalah kita, nagis kita, gembira kita semua kita cerita dgn dia.
Sebab dia adalah pendengar dan pemberi nasihat yang setia. 
Tak tahu macam mana hidup tanpa ibu. 

Setiap masa rasa macam nak selalu berkepit dengan ibu. Setiap hari pun rindu ibu.
Sebab tak sama ibu sebagai sahabat kita dengan kita bersahabat dengan org lain. 




Dan yang paling best bila hang out dengan ibu, Ibu akan belanja Chicken Chop. 
Thanks mama. Sayang ibu lebih. hehe.. 




Salam sayang: 
Ain 

Dating with big brother.

 

Tadi petang kite date dengan abang tersayang. Bosan punye pasal, ajak lah dia keluar tengok wayang.
Semua dia support sebab dia tengah banyak rezeki yang datang. Alhamdulillah..

Nak tahu kiteorang tengok cerita apa? 



Tadaaaaaaaaa....



Best sangat2 movie ni. Happening je tengok. Dah la makanan tu comel2 je semuanya. 
macam ni.............


Comel gila.... rasa macam nak bela je kat rumah. hehe.. 

Korang wajib tengok tau. sebab memang tak menyesal tengok. Dalam wayang tadi memang bising dengan gelak-gelak je...  

Lepas je tengok wayang, dia terus ajak lepak minum. 
Dia ni tak sah kalau tak lepak sebelum balik. 
so kami pergi la Old Taste. Minum kopi panas-panas time hujan memang best. 


Yang kiri tu saya punya. Almaklum lah tengah mood diet, so kita kena makan yang org diet makan kan? hehe...

Thanks Along sebab belanja semuanya. Happy sangat-sangat. Hilang lah bosan lepas keluar ni.




Salam Sayang :
 Ain 





Thursday 17 October 2013

R.I.N.D.U

  Jam fon samsung menunjukkan 1.40 a.m. Mata taknak tidur. Mata ni degil. Suka dengki aku yang tengah ngantok ni. Cuba tutup mata tapi ada seraut wajah yang muncul. Aku kenal. Tapi kenapa muka dia yang muncul? Rindu? hmm rasanya.....

     Lagi-lagi aku belek fon. Lepas unlock, slide-slide mana yang aku suka. Lepas dah bosan, tutup balik. Letak kat meja sebelah. Mengeluh. Tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni. Tiba-tiba air mata jatuh. Entah dari mana dia keluar aku pun tak tahu. Kenapa tiba-tiba hati sebak sangat? Ya Allah sakitnya hati ini.
Apasal ni? Rasanya dia dah banyak sangat simpan air mata ni sebab tu dia dah tak sabar-sabar nak turun. Maybe. Takpelah, turun lah wahai air mata. Turun la dengan lebat. Aku rela. Asalkan hati ni tak sebak macam sebelum ni.

     Lagu when you're gone by arvil lavine betul-betul kat telinga aku. Rindu? itulah yang aku rasakan sekarang. Mungkin rasa sebak tu datang sebab tu kot. Kenapa dia suka sangat datang? Aku tak suka keadaan macam ni. Sakit tahu nak tanggung. Sampaikan aku kena pegang dada sebab sakit. Aku tahan.

    Hari tu dia muncul dengan tiba-tiba depan rumah aku. Tergamam kejap. Dia? betul ke dia yang aku nampak ni? Apa aku nak buat ni? Aku hanya mampu berdiri tegak sambil tak berkelip tengok dia. Jantung aku rasa mcm nak tercabut je time tu. Tapi cool je aku buat.

    Dia bukak helmet. Aku pandang wajah dia. Yang aku mampu cakap "Ya Allah, rindunya. Kenapa baru sekrang dia muncul?" Aku hanya mampu lihat. Terkaku. Dia yang hampir pada aku. Terus cium dahi aku. Aku sebak. Akhirnya aku jumpa dia. Hati ni je yang tahu apa aku rasa.

    Dia hulurkan tangan utk aku salam. Aku sambut. Aku salam. Lepas tu dia cakap "Kalau ayg meninggal tengah perjalanan, ayg mintak maaf. Mintak ampun dgn bby." Tak tahu apa motif dia cakap mcm tu.

   Tak lama kejadian tu. Dia dah nak pergi. Aku? berat hati tapi terpaksa. Biarlah Allah je yang tentukan penghujung cinta kami. Aku yakin Allah ada perancangan yang indah utk perhubungan ini.

   Aku pandang lagi jam pada fon samsung. Dah nak hampir 2.00 a.m. Rasanya baik aku tidur. Sebelum eye bag makin menguasai. Sebelum tutup mata aku basuh muka kesan nagis. Takut bengkak kang esok mata ni. Ambil air sembahyang dan aku tenangkan hati. Aku baring. Pandang atas. Sambil tangan aku letak kat dada. "Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Jika benar kau tetapkan dia jodoh ku, pemilik tulang rusuk kiri ku, kau bimbinglah aku untuk bersabar menunggu kehadirannya. Aku amat menyayanginya. Semoga dia merasai aku sedang merinduinya. Amin.. "

   2, 3 minit lepas tu, aku dah dibuai mimpi. Tenang. Sambil peluk bear pemberiannya.

   Selamat malam sayang. I Love You.





Salam sayang : 
Ain 

Tuesday 1 October 2013

Harap-harap saya okey :)


Assalamualaikum sayang. Saya tulis ni untuk awak. Kalau awak tak baca pun takpe, awak 
sibuk orentasi. Lagipun tak lama lagi, study class awak pun dah mula. So, saya faham. 

Awk, kite rindu awak yang bernama Muhd Amirul Asyraaf. Tak tahu la kenapa, sunyi je rasa.
Segenap penjuru ada muka awak sayang. Kiri kanan atas bawah semua saya nampak awak.
Agak-agak kan, ini dah kes teruk ke belum? Boleh masuk ICU? 
Padahal tak sampai seminggu pun awak pergi. Tapi saya ni je yang macam tak betul.
Huru hara pun saya. Kelam kabut pun saya. 
kerja semua macam fokus. Teruk jugak la agaknya ni kan? 
Mandrom apa awak pakai ni sayang sampai saya jadi mcm ni?

Dulu tak macam ni pun. Dulu saya pernah anggap awak hanyalah sebahagian daripada cinta monyet saya. Tapi sangkaan saya salah. Awak bukan cinta monyet saya. Tetapi awak ialah cinta selama-lamanya buat saya. 

Kenapa erk?

Awak masih teguh disebelah saya sedangkan dah bermacam-macam bentuk kerenah saya buat.
Saya maki hamun awak, saya tengking-tengking awak, saya pernah tumbuk awak. 
Semua tu rasanya lelaki lain tak akan tahan. Tapi awak lain la sayang. 

Awak lelaki terlalu baik untuk saya. Saya buat macam mana sekalipun, awak tetap akan berada di sebelah saya. Tak kira masa.

5 tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai dugaan yang awak, saya, dan kita tempuhi.
Pahit, manis, kelat, suam-suam, semua kita dah merasa. Tapi apa yang menguatkan hubungan ini? 
Semua sebab Ikhlas & cinta. 

Awak dah banyak ubah saya. Awak jaga saya dengan sempurna. 

Silap? semua orang pernah buat silap. Saya buat silap. Awak pun pernah buat silap.
Tapi kesilapan itulah menjadikan kita lebih kuat. Kita mampu menguatkan hubungan ini sampai ke akhirnya. 

Saya pernah kawan dengan lelaki selain awak. Dan saya ignore kan awak. Saya layan dia lebih daripada kawan. Tapi, itu semua tak lama. sebab dia tak mampu tandingi awak dalam hati saya. 

Awak juga, pernah melayan perempuan lain, sampaikan saya awak lupakan. Sedih tak terkata. Tapi saya yakin, yang perempuan tu tak boleh duduk dalam hati awak. Sebab hati awak, milik saya. 

Maaf adalah jalan terbaik. Awak menyesal. Saya percayakan awak. Peluang kedua, ketiga dan seterusnya diberi. Saya percaya kita akan bahagia suatu hari nanti. 

Tangan awak dihulur. Saya meraih. Kita langakh bersama. Akhirnya, hampir 5 tahun bersama.
Tak sangka. Semua ini kerja Allah. Hanya dia yang mampu merancang semua ini. 
Saya pegang janji awak. Yang kita akan bersama bila awak tamat je belajar nanti. Saya tetap akan tunggu awak sayang. Tak kira berapa lama pun.

Harap-harap awak kat sana okey ye sayang. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak kat sana. Jaga makan, jaga kesihatan, study smart ye sayang bukan study hard.
Jangan jeling-jeling perempuan lain. Sebenarnya saya tak kesah pun. Sebab saya yakin, sepasang mata itu, saya yang punya. 

I Love You 




Salam Sayang:
Ain