Tabung Kawin

Friday 15 August 2014

Ya Allah tabahkan hatiku

 Assalamualaikum. Malam ni mood bertukar sedih. Hati rasa sebak melihat orang yang kita sayang, sakit terlantar dan tiada harapan lagi.

Berbekalkan tenaga yang masih ada, aku duduk di depan laptop sambil tulis entry ni. Walaupun baru je sampai dari KL pukul 12 tengah mlm td, aku masih segar.

"Sampai je KL tadi dengan bebekalkan GPS Waze, kami diberitahu yang pak uteh dipindahkan kembali di Institut Perubatan Respiratory di jalan bulatan pahang. Nasib baik tak belok jalan ke IJN lagi. Sesampai je kat sana, ambulans pun baru je smpi lepas tu pak uteh di pindahkan ke wad biasa. Dalam pada masa nak tunggu doktor smpi, aku duduk berborak-borak dengan mak uteh dulu. Lepas je doktor smpi, semua di minta untuk keluar seketika. Then, doktor panggil mak uteh. maybe nak bgtau apa progress. Tak lama lepas tu, mak uteh datang balik ke katil pak uteh, mak uteh terus peluk ibu. Ya Allah, hatiku saat itu terus sebak. Doktor cakap pak uteh dah tiada lagi harapan sebab Kanser paru-paru pak uteh pun dah tahap empat. doktor bgtau kalau nak buat kimoterapi pun akan membahayakan diri dia. Bila dah smpi tahap empat, semua organ dalam dah rosak disebabkan sel-sel kanser tu dah merebak ke organ lagi. Kesian bila tengok keadaan pak uteh. Dah tak boleh nak bercakap sebab paru-paru dia dah takleh nak berfungsi. Lagipun masa di masukkan ke IJN hari tu pun sebab dalam jantung dia ada air. Hanya mampu simpati.

Yang paling kesian sepupu aku tu (anak pak uteh yg sulung) dialah yang jaga ayah dia, dia yang hantar dan ambil adik dia sekolah, dia jugak kerja tapi kerja jual burger je. Dia jugak jaga sepupu dia yang lumpuh disebabkan kemalangan. Bila dah kata lumpuh, apa-apa yang dia nak buat semuanya kena angkat kan. Safuan la yang angkat dia pergi mandi, suapkan makan dia, bagi dia makan ubat. Badan sepupu dia yang lumpuh tu bukan kecik, badan dia besar. Hari tu mak uteh cerita yang tangan safuan macam sakit sebab selalu buat kerja-kerja tu tapi dia tak pernah nak mengadu pun. Bagi aku dia sangat tabah orgnya. Masa doktor cakap yang ayah dia tiada lagi harapan tu, muka dia merah sangat tahan nagis. Ya Allah, aku takleh pandang dia time tu. Rasa nak nagis jugak. Wahai sepupu sepermainan ku, Kau sungguh tabah. Semua org mengharapkan kau. Semoga Allah memberikan kau ganjaran. Amin.."


Andai saja aku diberi peluang, mahu saja aku minta pada-Mu Ya Allah, berikan lah sakit itu padaku. Tak sanggup rasanya nak lihat org yang aku sayang, menanggung sakit. Menangguh sedih. Aku rela ambil kesakitan itu agar orang-orang yang aku sayang, tersenyum kembali.


"Lindungi mereka Ya Allah. Ampuni dosa-dosa mereka. tabahkan hati mereka. Amin"


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)