Tabung Kawin

Wednesday 24 October 2012

Sem 3 sudah berlalu..........

Assalamualaikum. Hai semua *lambai tangan*. Sihat? Alhamdulillah.. Ain? *tunjuk pada diri sendir*. Alhamdulillah sihat jugak :)

Macam mana hari ni? Okey? Yang date dengan Bf/Gf tu cmne? Seronok? mestilah seronok kan? Tapi ain tak pun *lap air mata*. Bf ain dah nak Final Exam so, ain tak boleh nak kacau dia sangat. Sedih kan?  
Hug me please. Dah ain! tak payah nak sedih sangat! (dialog utk diri sndiri). Maaf ye.....

Okey kita berbalik pada tajuk kat atas tu. Korang rasa apa? Mesti nak tahu kan? Dan ini ceritanya.
Pada suatu hari.............................................................................................

Hye, Saya JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan). Mesti korang tertanya-tanya kan? Apakah itu?
Sebenarnya ia adalah satu kerjaya yang sangat mencabar fizikal dan minda. Nak tahu sebab apa ain cakap macam tu? Sebabnya, kerja dalam makmal ni perlukan kekuatan nak hadapi sebarang jenis Specimen. Specimen tu ialah sejenis bahan yang kita nak uji contohnya macam sample kahak, najis, nanah, muntah, darah, air kencing, sel-sel badan, air sum-sum tulang dan banyak lagi. kalau senarai memang panjang la kan. Kerja memang penat. Kalau sample tu nak dalam masa 1 jam, so kena buat cepat2 la. Dan pastikan keputusan kena betul kalau tak memang mati la pesakit tu. Yang beruntungnya ialah, Kita tahu keputusan dulu dari doktor. kan2? Hahaha

Makmal perubatan ni kerjanya sangat mencabar. kalau On-call memang kena pergi. Mau nya ada pesakit yang sakit tengah-tengah pagi buta dan nak tahu keputusan dalam masa tu jugak kita kena la jalan kan kerja kan? So, itulah peranannya. Ada faham semua? Hye! jangan la serius sangat pandang laptop tu sayang oii.. *Cubit pipi korang*. It's just information je dear. Kalau yang berminat tu, ambil la coures ni kat U nanti. Best sangat. Belum cuba, belum tahu kan? *sila angguk kepala* hahaha..

Nak ain senaraikan makmal dalam bidang ni? mesti korang nak tahu kan?

1. Makmal Mikrobiologi
2. Makmal Cytologi
3. Makmal Parasitologi
4. Makmal Patologi kimia
5. Makmal Hematologi
6. Makmal Immunohematologi
7. Makmal Histopatolgi
8. Makmal Tabung Darah

Jangan terkejut pulak. Memang semua makmal ni kami kena Belajar dan praktikal.



Ini baju uniform rasmi untuk Makmal perubatan kat kolej. Warna pink tau. jangan main2. hahaha
dan yang sebelah saya tu comel kan? dia lah kawan yang sangat comel. Nama dia Salmi Suhana. She is my best friend. 


Dan ini ialah baju korporat kolej saya. Pink jugak tapi dia gabung dengan warna hitan. Nampak garang kan? hehehe. Tapi orang yang memakainya sangat lembut. Huhuhu Sila muntah hijau sekarang. hehehe.


Ini kerja yang wajib kami lakukan. Tiap hari kena bersama Mikroskop. Sebab? Sebabnya ialah kita nak lihat anything tentang bahan yang kita uji. Semua jenis boleh.. Cacing sekalipun boleh tengok. Tak percaya? Please sayang percaya saya. *buat muka comel* hehehe.


Makmal perubatan ni kena pandai ambil darah. Bukan jururawat je tau. Kami pun boleh. See, kami belajar semua tu. Ini zack, dia ni adalah penderma tegar dalam kelas sebab bila kami nak buat diagnosis tak ada darah, dia lah yang rajin sangat nak sumbang. It's not a problem sebab untuk kita belajar jugak kan? 


One more thing, kami pun kena kawan dengan bakteria. Wajib sebab Makmal Mikrobiologi adalah salah satu makmal penting dalam kerjaya ini. But kena hati-hati, silap hari bulan bila tak pakai PPE kami orang makmal ini yang akan kena jangkitan bakteria. Sebab tu ain cakap kerjaya ini sangat mencabar. Perlu berhati-hati. 


Ini adalah bakteria yang ditumbuhkan dalam Blood agar. Ini bakteria E.coli. Ehh, Yang lelaki tu jangan fikir lain pulak ye. Memang nama dia macam tu. Harap maklum *muka serius* :|


Inilah dipanggil Sample sel. Daripada makmal Cytologi. Mengkaji pelbagai jenis sel yang ada dalam Vagina kita. Untuk yang perempuan tu ingat sikit ye.. Untuk kamu.. Menggunakan slide ini kami boleh obsever bawah mikroskop.


Saya dalam pakaina makmal. Safety frist ye adik-adik. Sorry muka pucat sebab time ni tengah demam. So, memang not in mood nak solek. 


Ehem ehem *testing suara*. Kami bukan tukang sapu, but kami diajar untuk membersihkan makmal sebelum keluar dari makmal agar makmal nampak bersih dan tak merbahayakan orang lain. Itu penting!!




See, dia sayang saya.. hahaha.. I love u friends. Sooo mmuuucchh!!
*kiss sikit*


I love this moment. I miss them sooo much! >_<


Miss u all soo much! Pejam celik, pejam celik dah nak masuk sem 4 dah. Ya Allah kejap je rasa. Sedihh pun ada sebab sem 5 kami semua dah berpecah. Yelah kan, kami praktikal ada tempat yang tak sama. Apapun ain tetap rindu korang semua. Ingat, walaupun kita dalam kelas tu masing-masing keras kepala, degil dan macam-macam lagi perangai, kita tetap sayang each other right? 
Jangan lupa aku >_< Love u all

Assalamualaikuam ~~~~~





                                                                                                                   Yang benar:
                                                                                                                   Miss Iza












Monday 22 October 2012

Biar aku pendam rasa ini :'(

Mengejar mu ibarat menyakiti diri sendiri. Menghampiri mu ibarat menahan sakit dihati. Melihat kedalam mata mu membuatkan aku terpaku. Jujur aku katakan aku mahukan yang lebih. Aku tak mengharapkan sebarang janji. Tapi aku mengharapkan kau tetap mengigati diri ini.

Saturday 20 October 2012

Anniversary kami Yang ke-4 tahun.

Assalamualaikum. hai *lambai tangan*. I miss everything. Sorry sebab dah lama sangat-sangat tak update blog ni. Kesian dia dah lama berhabuk *lap2 lappy*.

Kamu semua macam mana? Sihat semua? Alhamdulillah kalau sihat. Yang tak sihat tu pergi makan ubat sekarang *tunjuk jari*. hahah memain je..

Now ain nak cerita tentang hari ini. Walaupun noting special untuk korang tapi it's very special bagi ain. Sangat-sangat berharga kot tarikh ni. Pagi-pagi je bagun dengan senyuman lebar. Alhamdulillah kerana Allah masih beri aku kesempatan untuk bernafas. *Tadah tangan* Thank you Allah. Inilah harinya.

4 tahun yang lepas...............

Amirul : "ain, kalau ada orang nak mintak couple dengan awak, awak nak tak? "
Aku : " Siapa? "
Amirul : *sambil kius-kuis tanah* " amirul la. Ain nak tak? "
Aku : *terdiam* *fikir* "hmm malam nanti jelah ain bagi jawapan. Boleh kan? "
Amirul : "Boleh, amirul tunggu "
Aku : *berlalu pergi dan tersenyum*

Tadi serba sedikit agenda time mula-mula dia mintak relation dulu. It's is a sweet moment for me. Rasa macam dunia ni indah je. Korang mesti pernah laluinya kan? Indah right? Bahagia je rasa hati ni.
Bila kita pandang dia, dia pandang kita balik. Then mula la blusher kat pipi tu. hahaha.. Ain dah lalui semua tu.

Sebenarnyakan, Entry ni untuk Muhd Amirul Asyraar b Abd Razak tapi buah hati ain ni bukan minat nak bukak internet ni. Susah sikit tau mamat ni. Tapi, ain nak korang baca. Bukan nak menunjuk tapi ain nak share cerita kat korang. Ain tak kedekut tau *goyang jari kekiri dan kanan*. no no no.. hehehe

Untuk perancangan masa depan tu jauh lagi kot. Kami pun masing-masing still study lagi. Jauh lagi perjalanan kami. Dia kat Universiti dan ain kat kolej. Ibu ayah dan Mama ayah dia semua tahu tentang hubungan kami. Alhamdulillah semua dapat terima. Kami dua keluarga dah berbincang je tapi tak ikat lagi. Bukan ikat tali tau. hahaha tapi "tunang". kami belum sampai tahap tu lagi. Bersabar dan percaya dia akan selalu dengan kita.



Ain always doa " Ya Allah, kalau kau tetapkan dia milik ku, Dia lah pemilik tulang rusuk ini, kau dekatkan lah hati kami. Kau kembangkan lah rasa cinta dalam hati kami, agar hubungan ini kekal. Sebagaimana kau temukan Adam & Hawa sebagai Jodoh. " aminnnn..... Hope doa ain termakbul. Insyaallah...


Tengok tu, dia ni memang gila-gila sikit. Tu yang ain happy je dengan dia. Suka buat lawak. He's is only men yang tahan dengan perangai ain. Sanggup mengalah walaupun bukan salah dia. Still bersama ain walaupun ain jatuh. Sebab tulah ain terlalu sayangkan dia. 

Sebelum ni bukan ain tak pernah bercinta tapi rasanya cinta monyet je. Bila ain dengan dia, ain rasa macam frist love pulak. Seriusly ain rasa macam tu. Dia ni sangat-sangat faham apa yang ain rasa. 

" For our anniversary, baby nak ucap banyak-banyak terima kasih selama 4 tahun kita bersama sayang banyak berkorban untuk baby. Thanks sangat-sangat. Hope kita kekal sampai ke syurga. Amin.. You know sayang? I love u more & more. Thanks sudi jaga baby walaupun terlalu nakal. hehehe. Love u sooo much!! " 

Doakan kami kekal ye. Amin..