Tabung Kawin

Monday 16 June 2014

Tuhan, Kuatkan aku



Diluar aku biasa
Senyum melebihi sepatutnya
Ketawa tak ingat dunia
Perangai seakan orang lain turut gelak


Bila aku penat
aku lari
aku sembunyi
Sakit sangat dada ini
Sakit sebab dah penuh dengan sebak


Aku ke pelusuk
Aku tekup wajah
Perlahan aku merintih
melepaskan apa yang aku rasa


Tuhan, berat apa yang kau berikan ini
hingga aku hampir tersungkur
aku cuba tahan sakit
tapi sakitnya buat aku menangis
membuatkan aku terpaksa ubati sendiri


Lama aku terduduk
mengembalikan kekuatan
aku cuba
walaupun susah
sikit demi sedikit


aku berjaya
tapi sayangnya luka masih berdarah
Tak mengapa
aku bawa luka ini bersama
untuk beri kekuatan
bila aku dah dihadapan

Terima kasih Allah
Kini aku masih tersenyum.
Ini semua kerana-Mu Ya Allah.




                                                                                                                       By Faizatul ain hamsam

Sunday 8 June 2014

Aku terluka

 

Bukan senang nak menjaga hati orang
Dan bukan mudah nak menjaga hati sendiri
Luka seribu kali aku mampu lalui
Tapi darahnya tak berhenti
Membuat aku tawar hati.


Kau taburkan janji
Ibarat memberi Kaca yang disangka permata
Tapi hakikatnya ia sekadar kaca
Yang tiada harga.


Kau berubah tak bertanda
Kau siksa setiap pergerakan ku
Kau tinggalkan aku tanpa biat
Sungguh aku terluka
Jujur aku terluka.


Maafkan aku,
Setiap yang balik
Membuat aku fikir
Aku pernah mencalit pisau dihati mu
Tapi aku tak sengaja
Mungkin sipi-sipi
dan akhirnya terkena jua.


Andainya kau tiada lagi harapan
untuk aku,
Lepaskan lah ikatan ini
Jangan seksa
Jangan bagi aku menitis air mata
Aku juga terluka
Aku tak mampu membuka mata
Dan berharap aku tak jatuh terluka
Ditanah yang terbuka.

Maaf, untuk kali ini
Aku benar-benar terluka


Maaf.









By Faizatul Ain Hamsam

Sunday 1 June 2014

Alhamdulillah..

  Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur tak terkira bila ain di umumkan salah seorang dari pemenang giveaway by syira lokman. Terima kasih syira. Terima kasih sponser. Ini first time join giveaway dan first menang. Alhamdulillah.
                                                  Senarai pemenang giveaway by syira lokman



Thanks a lot guys. Dan lepas ni memang tak serik nak join giveaway lagi. 
 Terima kasih Cik Kumbang untuk hadiah. 





By Faizatul ain