Tabung Kawin

Monday 18 August 2014

Penjelasan



Keras macam batu, itu aku
bukan sekali dua ianya berlaku
bahkan bertalu-talu
boleh ke kau bertahan lagi wahai sayangku?


Aku bukan minta kau lutut
hulurkan bunga
Senyuman pernuh makna
bukan itu aku pinta


Mahu aku kau kejar
kau gapai
kau genggam
katakan "Jangan pergi."


Perempuan pelik macam aku
tak siapa lihat
Hati keras
Minta nak deras
gaduh mesti tegas


Kau dah kenal aku
kau dah tahu cerita aku
kau tahu derita aku
Aku yakin, lepas ni kau mesti tinggalkan aku.


Sebab tak semua mahu
tak semua tahu
dan tak semua mahu tahu
jadi, aku diam


"sayang" bukan dimata semata
bahkan ianya tumbuh dihati.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)