Tabung Kawin

Sunday 1 November 2020

I'm back!

  

Assalamualaikum guys, 

Finally after sooooo long saya tulis balik blog yang setahun tinggalkan dia berhabuk. Ada yang rindu ke? atau lebih tepat, ada ke yang baca? hahahaha 😅. sokey. Sorry blog kesayangan, saya sibuk tampal balik hati yang dah banyak kali roboh. hahaha no i'm joking. Sibuk dengan kerjaya dan sibuk kumpul duit dan aset. Sibuk juga bahagiakan ibu ayah. hehe. Eh lupa nak tanya, sihat? how life? all fine?. Alhamdulillah semua masih okey. Saya? Lihatnya gimana?. Alhamdulillah all is well. Everything is getting better. 

Actually, tergerak hati nak bukak dan baca ruangan chat belah kanan tu. mata terbaca sebuah catatan yang ringkas tapi mesej nya sampai dalam hati. Mungkin saya tak kenal atau saya tak tahu siapa sang pemberi mesej tapi saya yakin apa yang dia cuba sampaikan tu ikhlas. Siapapun awak, saya dah lama maafkan. Saya maafkan siapa sahaja yang pernah sakiti saya. Saya maafkan semua orang. Dan saya mintak maaf pernah menyakitkan hati sesiapa dan pernah menyusahkan sesiapa. 

Mungkin awak dah ada hidup baru, teruskan dengan kehidupan yang sedia ada. Jalankan apa yang ada didepan. Boleh toleh kebelakang tapi jangan pernah mencari kembali. Anggap ia suatu takdir tapi bukan satu jalan. 

Saya, saya ada jalan saya. Saya dari hari ke hari cuba ubah segala cacat cela yang sebelum ini pernah ada. Semakin hari semakin dewasa. Semakin hari juga semakin bertambah usia. Terima kasih pernah memberi luka. Terima kasih juga yang pernah hadir memberi bahagia.