Tabung Kawin

Saturday 12 September 2015

Hati.

Ikut kata hati boleh bawa mati. 
Mati hati. 

Kita perempuan ni 
Sering silap percaturan. 
Hati terlalu lembut.
Terlalu mempercayai.
Cepat suka
Cepat sayang. 

Bila sakit hati ni mudah je terluka.
Bila dah luka ambil masa
Masa untuk sembuh sepenuhnya. 

Bukan mudah jadi perempuan. 
Pura-pura senyum
Tetapi dalaman 
Penuh dengan luka kesan tikaman. 

Siapa yang tahu 
Apa yang dia buat waktu malam
Waktu orang lain sibuk dibuai mimpi
Apa yang dia lakukan? 
Malam lah waktu dia balut luka dia
Berperang dengan air mata
Demi untuk membina kekuatan hari esok.

Hati perempuan ni
Bila sekali dia sayang
Sampai mati dia sayang

Dan hati perempuan ni
Bila sekali dia buang 
Sampai bila-bila dia tak akan terima

Sebab dia tahu, 
Setiap peluang 'kedua' itu
Adalah ruang untuk dia kembali terluka 

Hati, 
Tolong terima orang yang betul-betul 
Mahu jaga kau. 
Bukan terima orang yang berkali-kali
Sakiti kau. 

Behave. Kalau sakit, doa pada Allah. 
insyaAllah semua akan ok.