Tabung Kawin

Saturday 16 August 2014

Buku kebahagiaan saya



" Setiap hari mungkin tidak berakhir dengan baik, tetapi pasti ada kebaikan 
yang tersembunyi dalam setiap hari." 



       Kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan bersedih. Tetapi, ada masanya kesedihan itu disebabkan perkara yang remeh-temeh. Ketika disekolah rendah, saya berasa tidak sepandai rakan-rakan yang lain, tidak mempunyai pakaian yang cantik, dan hanya berjalan kaki kesekolah. Sewaktu sekolah menengah juga sama. Saya berasa tidak tinggi dan langsing seperti rakan-rakan perempuan yang lain. Saya fikir saya tidak secantik dan sehebat mereka.

      Selama beberapa tahun kebelakangan selepas tamat sekolah menengah, banyak perkara membantu saya mengatasi kesedihan yang saya alami. Contohnya pemakanan yang sihat, senaman, udara yang segar, kerja sukarela, kelas agama, terapi, dan ubatan. 

     Tetapi, saya juga ada rahsia lain. 

    Ia sebagai rutin yang saya alami pada setiap hari sebelum masuk tidur. Di sisi katil saya terdapat sebuah buku diari. Saiznya kecil shaja tetapi helaiannya lengkap dari bulan januari hingga disember. Kadang-kadang saya hanya mampu menulis sebaris ayat sahaja disebabkan saiznya yang comel. 

   Pada setiap malam, saya bertanyakan soalan ini kepada diri sendiri, "Apakah yang paling mengembirakan saya pada hari ini?" Oleh sebab saya tidak mempunyai ruang yang banyak bagi menulis, maka ia kelihatan mudah dan hanya mengambil masa beberapa saat. Dalam detik itu, saya menanyangkan kambali hari yang sudah saya lalui dalam fikiran dan memilih moment yang paling mengembirakan saya. 

Kitaran hidup saya kini sudah berubah. Saya aktif mencari tenaga positif setiap hari. Kadangkala, bila saya mengalami kesedihan, saya mengambil diari kecil itu dan membeleknya, membacanya, dan mengingati kembali moment bahagia masa dulu. 

Kesal juga dihati kerana tidak mula menulis diari lebih awal sewakti dibangku sekolah rendah. Sekarang ini, saya mampu tersenyum kerana dikelilingi moment yang gembira setiap hari dan saya amat bersyukur di kurniakan keluarga yang sangat bahagia. 


 



-by Faizatul ain

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)