Tabung Kawin

Sunday 10 August 2014

Tawaran kemasukan Ijazah Sarjana Muda 2014

  Assalamuaalikum uguys. Apa khabar? sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Yang kurang sihat tu rajin-rajin lah berdoa pada Allah agar kurangkan sakit tu. InsyaAllah.. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Mintak maaf dah lama sangat tak update sebab urusan penting. Insyaallah ada masa, ain nak update cerita pasal raya.


I have one good story.


 

Tadaaaaaa...... Alhamdulillah ain ditawarkan untuk sambung belajar di Unikl Kajang. 
Hari tu ibu bising suruh sambung degree, then pergi la laman web unikl. Saje je mohon. Mohon macam main-main. And finally, "Tawaran anda diterima". Terkejut sngt melompat dari katil macam org mimpi guling-guling atas rumput pukal. 

Masa mula-mula dapat tu, rasa tak sedia lagi sebab macam awal je rasa. Yelah, ain baru je habis Diploma akhir bulan 4 tahun 2014 dan terus sambung Degree pada awal bulan 9 nanti. Yang tak menahan, Konvo diploma pun belum berlangsung pun lagi. Haihh.. Memang mengeluh sangat la masa tu.

Tapi, atas nasihat semua kesayangan aku, aku mula fikir masak-masak. Aku fikir untuk masa depan. aku fikir, Allah dah beri aku peluang untuk aku terus capai cita-cita aku dan aku kena usahakan sebaik mungkin. Ramai jugak kawan-kawan masa diploma tu tanya, "tak cepat sangat ke?" "Kenapa kau nak sambung belajar?" bagi aku, selagi masih muda, selagi masih ada kudrat, belajar lah. Cuba fikir ada orang kat luar sana yang tak dapat peluang macam kita ni. Mereka nak sambung belajar, nak berjaya, tapi tak dapat sebab Allah tak memberikan mereka peluang. Jadi, yang mana dapat peluang tu, pergilah belajar selagi otak mampu berfirkir, selagi kaki mampu berjalan, selagi tangan mampu menulis, selagi mata masih boleh melihat, selagi mampu segalanya, pergi lah mencapai cita-cita mu. Walaupun susah, usaha, Doa, dan tawakal. Percaya yang Allah sentisa bersama kita dan mendengar segala doa-doa kita. Insyaallah. 

Eh, maaflah panjang pulak cakapnya. Sekarang ni subuk print document, sibuk nak buat medical check up, sibuk beli barang sana sini. Hmm maklum lah dah besar semuanya kena buat sendiri. Ibu cakap masa nak diploma dulu boleh la ibu uruskan yelah budak baru habis spm mana tahu nak urus itu ini. Sekarang ni ibu ckp "Awak dah besar, ibu nak ain urus semuanya sendiri. Ibu bagi duit je" See, jawabnya memang kena berdikari lah ni. InsyaAllah ain boleh. hehe... 

Doakan ain berjaya dalam study ni ye. InsyaAllah..

Thank sudi luangkan masa utk baca blog ain yg comot lagi tak cantik ni. 
Terima kasih. 
Assalamualaikum. Muah *flying kiss*

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)