Tabung Kawin

Wednesday 21 May 2014

Kita.




Masa tu hari-hari kita sembang,
Sebelum tidur ditemani suara kau,
Bangun tidur dikejutkan dengan suara kau,
Dari segala segi, apa-apa pun aku tetap cari kau,

Agak-agak kau,

Bila kau takde nanti macam mana ye keadaan aku?,

Aku percaya,
Kawin,
Cerai,
Mati,
Akan terjadi,
Tetapi, kau harus tahu,
Walaupun kau dan aku tiada ikatan suatu hari nanti,


Hati dan fikiran aku tak akan lari dari terus ingatkan kau,

Dan semesinya,

Mendoakan kebahagiaan kau.





Nota untuk kesayangan




Wahai kesayangan,


Suatu hari nanti,
Saat aku bangun dari tidur,
Orang pertama yang aku cari adalah kesayangan aku,
Dalam apa jua perkara,
Aku hanya mahu kau,
Habiskan masa untuk bersama kau,



Aku mahu jadikan kau yang terakhir untukku,
Yang terakhir untuk penamat kisah cinta aku,
Imam disetiap solat lima waktu ku,
Membersihkan air mata ku saat ia mengalir,
Dialah teman, dialah Suami,



Kita berpimpin tangan ditaman,
Mengambil gambar keluarga bersama,
Ibu, ayah, dan anak-anak kita,
Dan juga anak yang sedang membesar dalam perut,
Dikala itu, dia pegang erat bahu ku,
Sambil tersenyum bahagia,


Begitu indahnya saat itu,
Kau, aku, dan keluarga kita,


Wednesday 14 May 2014

Tabiat dan sikap.

     

Ada orang tanya, "Best ke cerita cinta kau?" saya tak jawab. Bagi saya, setiap perhubungan mereka ada keistimewaan tersendiri. Bagi mereka, cinta mereka lah yang paling best. Begitu juga dengan saya. Bagi saya, "You're the best".

Maaf, saya selalu kasar dengan awak.

Selama ni, saya yang salah awak mintak maaf.
Awak yang merajuk tapi saya yang marah
Awak tak salah tapi awak turunkan ego awak dan kejar saya.

Awak sedia maklum perangai dan tabiat saya macam mana kan?



1. Saya seorang yang cepat nak marah.
    Saya suka marah2 tanpa arah. Awak tanya saya sikit tapi melenting saya macam ribut taufan. Saya tak suka awak tanya bertalu-talu nanti saya cepat marah. Lagi satu, saya suka amik sensitif sesuatu benda.

2. Saya kuat cemburu.
    Yup, saya ada perangai macam tu. Saya cepat sangat tarik muka bila sesuatu curiga di mata saya. Saya akan tanya bertalu-talu sampailah saya puas hati. Tapi saya jarang sangat sentuh phone awak. sebab kalau saya pegang, lagi menjadi-jadi cemburu saya ni. Jadi, saya dah mula dapat kawal. Saya akan positif.

3. Saya suka jerit-jerit kat telinga awak.
   saya jenis yang suka jerit-jerit. Tak kira kat rumah ataupun dengan awak. Sebab tu bila saya marah, jerit saya tu menyebabkan awak ingat saya tengking awak. Jangan kan awak, kat rumah ni, adik-adik saya pun dah lali dengar suara jeritan saya.

4. Saya suka berjalan tapi tak suka shopping.
   Awak rajin ajak saya jalan bila kita date. Sebab saya suka vacation daripada shopping. Saya suka lihat tempat2 yang cantik dan berjalan kat tempat orang. Dulu awak suka bawak saya pergi melaka, sanggup pagi2 naik bas, dah puas jalan, malam baru kita balik rumah. Satu hari je awak amik masa nak bawak saya jalan.

5. Saya suka Donut big apple, Choc kek indulgest, Dan Choc Caremal dari starbuck.
  Semua di atas tu kesukaan saya. Dan saya suka sejak awak yang rajin belikan utk saya. Tiap kali keluar je, Big apple donut perisa oreo mesti ada kat tangan saya. See, awak suka manjakan saya. Kadang tu, walaupun kita tak keluar, awak pergi bandar semata-mata nak beli big apple dan hantar kat rumah saya.
saya tak tahu apa motif sebenarnya. Yelah awak tetiba call tanya nak donut ke tak.

Okey, sampai tu je saya mampu type. Sorry awak, mata saya dah ngantuk. Jam pun 2.03 am.

Saya rindukan awak.
Saya menantikan kepulangan awak.
Dan Saya sayang awak.

Assalamualaikum.



By Faizatul Ain Hamsam

Saturday 10 May 2014

Happy Mother's day, mummy.



Ibu, Terima kasih atas segala pengorbanan mu
Ibu, Terima kasih atas kasih sayang mu
Ibu, Terima kasih atas belaian mu
Ibu, Terima kasih atas sokongan mu



Andai aku diberi umur yang panjang,
aku mahu benar memberi mu sesuatu yang berharga.
aku mahu kau lihat aku berkeluarga
Merasa kau mendakap cucu



Setiap langkah mu di berikan keberkatan
Allah lebih melindungi mu
aku yakin Allah menyayangi mu.
Seperti kami adik-beradik, sayang padamu, ibu.



Ibu, ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Bukan niat untuk menyakiti
Mungkin kerana terlalu mengikut hati
Maafkan aku, ibu.



Ingin sekali aku memeluk mu
Mendakapmu dengan penuh kerinduan
Ingin aku menangis di dada mu
Menghilang kan segala kelukaan.



Aku mencintaimu wahai ibu
kau jiwa ku
Kau semangat ku
Kau lah segalanya bagiku.


I love you, ibu.




    














Saturday 3 May 2014

Giveaway: I love perfume



 


Assalamualaikum ika, Terikut untuk join giveaway kali ni sebab rasa macam best sangat. Actually ain ni jarang nak join giveaway ni sebab dulu malas nak type entry but now rasa semangat pulak. hehe. 
sebenarnya hadiah kali ni nampak macam menarik dan ain rasa memang menarik. So ia menarik hati ini dan menarik jejari ini untuk tulis entry. 

For your information ain kalau guna perfume ain guna yang biasa-biasa je. Kalau nak beli yang mahal pun sekali dua je pernah. itupun orang yang bagi. Alahamdulillah rezeki orang bagi. Lepas habis guna, terpaksa beli yang baru. Sebab tu ain beli yang biasa-biasa. Itu pun dah memadai. Botol tu kalau boleh nak frame kan supaya ada kenangan. Yelah, sayangkan botol perfume mahal kita nak buang. Siapa je tak sayang. 

Sebenarnya ain tak pernah bau lagi perfume Mary Kay. And tak tahu macam mana bau dia. Tapi lihat dari botol dia ain tahu yang bau dia sangat lembut dan harum. So, sesuai untuk ain kot. Kalau sebelum ni botol perfume ain warna pink lepas ni kalau menang, insyaallah ain akan simpan botol perfume warna purple pulak. Sebenarnya pun ain akan simpan semua botol perfume. tak kira yang murah or mahal. Ain tetap simpan. Walaupun rasa menyemak atas meja solek, tapi bila pandang rasa best, And ain rasa lagi best kalau menang perfume by Mary Kay ini. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk menang. 

Okey ika, i hope the perfume will be mine. Assalamualaikum.



Giveaway :It's me, ika