Tabung Kawin

Sunday 24 August 2014

Iphone 5s gejet impian setiap blogger

 Assalamualaikum..


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah ain masih berpeluang nak join contest yang dianjurkan oleh Denaihati ni. Terima kasih pihak penganjur dan penaja kerana adakan contest ni sebab contest ini lah yang paling dituggu-tunggu oleh saya yang terlalu minat sangat nak memiliki Iphone 5s ni. Masa nampak je contest ni terus terharu and rasa macam nak nagis sebab still berpeluang nak join. Insyaallah kalau Allah berikan rezeki utk ku, ada pelung nak merasa pakai Iphone 5s ni. Bukan senang nak miliki sesuatu barang yang sangat ekslusif macam Iphone 5s ni. semoga dengan usaha aku dan kalian mendapat ganjaran. Amin..



 


Pada mula awal usai ku, aku langsung tidak dibenarkan untuk memiliki handphone sendiri apatah lagi nak melayari internet. Ibu dan ayah benar-benar mahu mendidik aku. Selepas je tamat SPM, aku diberikan handphone pertama yang boleh jugak la melayari internet. Aku mula membuka akaun facebook, twitter, instagram, dan semestinya blog aku yang tercinta ini. hingga la sekarang, aku memakainya. Aku milikinya apabila abang sulung aku dapat rebet untuk telifon pintar. Alhamdulillah rezeki aku disitu dapat miliki nentology yang kurang popular dikalangan masyarakat. Tapi Alhamdulillah, ia memberikan komitmen yang baik sejak 3 tahun lepas. 

Kemudian gembira bukan kepalang aku bila dapat online dimana sahaja, upload gambar seharian, hinggakan phone aku dipenuhi dengan pelbagai application. Masa itu, aku gila dengan theme yang comel-comel hinggakan hampir kurang 20 theme aku install. Suatu hari tu takdir dia nak mengamuk disebabkan terlalu padat, handphone aku 'hang'. Aku mengadu juga pada ibu, tapi aku kata, selagi boleh call dan mesej, juga saja lah. Aku pun nak taknak kena "ok" kan sahaja. Mungkin akan tiba rezeki aku nanti.

Pada tahun 2013, aku lihat semakin rancak Iphone mengeluarkan model Iphone dari Iphone 4, Iphone 4s, dan sekarang ni Iphone 5s yang sangat digilakan oleh blogger dan masyarakat. Aku lihat, kawan-kawan aku mudahnya membeli Iphone. Dari mana mereka dapat wang sebanyak itu untuk beli Iphone? Dalam fikiran aku "mereka anak orang yang berada, mungkin senang nak mintak duit tambahan." Sekitar awal tahun 2014, Aku mengimpikan sebijik Iphone walaupun secondhand. Aku survay dimerata tempat tapi masa itu wang aku belum bertul-betul cukup. Akhirnya aku pendamkan saja impian itu. 

Ya Allah, banyaknya dugaan. Sebenarnya aku dah mula taip entry ni seawal 11 pagi tadi tapi malam yang semakin menapak untuk berakhirnya contest ni jam 11.49 p.m aku masih menaip. Banyak betul dugaan. Setiap kali aku mula menaip satu dua rangkap, ada saja yang mintak tolong angkat barang, ibu panggil kat dapur tolong kemas, ayah panggil tolong urut kaki. Tapi, aku ambil fikiran positif. Aku utamakan yang lain sebelum entry ni. Walaupun hati sangat berkobar-kobar nak menang contest ni seterusnya dapat miliki Iphone ekslusif ni, aku tetap utamakan keluarga aku. Aku redha. kalau menang, Alhamdulillah syukur pada Allah. kalau aku tak berpeluang,  Mungkin belum rezeki. 



Keistimewaan Iphone 5s 

Daripada Appleinsider, ada dua kelebihan dan kelianan iphone 5s ni. Iphone 5s menggunakan layar 4.6 inci dan menggunakan 'retina display'. Saiz skrin Iphone5s ni berbeza daripada Iphone biasa yang menggunakan 4 inci sahaja. Dengan skrin 'retina display' ini, Iphone 5s ni akan desitis sebanyak 300 pixel apabila digunakan pada jarak 10 hingg 12 inci. 

Iphone 5s ni mendahului model-model yang sebelum ni dengan ada sikitnya peningkatan pada bahagian kamera hadapannya. Ia dilengkapi dengan 8 megapixel kamera bahagian belakang dan 1080 pixel bagi kamera hadapan membolehkan ia merakan video berdifinisi tinggi (HD). 

Iphone 5s dibekalkan dengan kuasa yang lebih tinggi berbanding Iphone 5 dan 5c. Menawarkan masa bercakap dengan tambahan 2 jam menjadikan masa bercakap dengan capaian 3G sehingga 10 jam menggunakan bateri 1570(mAh). Berbanding 8 jam masa bercakap Iphone 5 dan 5c. 


Wow, seronok sangat bila diberi pelung nak miliki Iphone 5s ni. banyak betul ciri keistimewaan dia. Jom kawan-kawan kat luar sana join contest ni. Mana tahu rezeki berpihak pada salah sorang rakan blogger ni kan. 


Contest Iphone 5s gajet inpiam setiap blogger dianjurkan oleh denaihati.com dengan kerjasama sponsor blogger yang lain ini : 



Doa saya semoga Sponsor yang baik hati ni akan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T dan dikurniakan kesihantan yang tak teringga. Terima kasih.



 


Assalamualaikum.

1 comment:

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)