Saturday, 10 May 2014
Happy Mother's day, mummy.
Ibu, Terima kasih atas segala pengorbanan mu
Ibu, Terima kasih atas kasih sayang mu
Ibu, Terima kasih atas belaian mu
Ibu, Terima kasih atas sokongan mu
Andai aku diberi umur yang panjang,
aku mahu benar memberi mu sesuatu yang berharga.
aku mahu kau lihat aku berkeluarga
Merasa kau mendakap cucu
Setiap langkah mu di berikan keberkatan
Allah lebih melindungi mu
aku yakin Allah menyayangi mu.
Seperti kami adik-beradik, sayang padamu, ibu.
Ibu, ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Bukan niat untuk menyakiti
Mungkin kerana terlalu mengikut hati
Maafkan aku, ibu.
Ingin sekali aku memeluk mu
Mendakapmu dengan penuh kerinduan
Ingin aku menangis di dada mu
Menghilang kan segala kelukaan.
Aku mencintaimu wahai ibu
kau jiwa ku
Kau semangat ku
Kau lah segalanya bagiku.
I love you, ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)