Tabung Kawin

Wednesday 14 May 2014

Tabiat dan sikap.

     

Ada orang tanya, "Best ke cerita cinta kau?" saya tak jawab. Bagi saya, setiap perhubungan mereka ada keistimewaan tersendiri. Bagi mereka, cinta mereka lah yang paling best. Begitu juga dengan saya. Bagi saya, "You're the best".

Maaf, saya selalu kasar dengan awak.

Selama ni, saya yang salah awak mintak maaf.
Awak yang merajuk tapi saya yang marah
Awak tak salah tapi awak turunkan ego awak dan kejar saya.

Awak sedia maklum perangai dan tabiat saya macam mana kan?



1. Saya seorang yang cepat nak marah.
    Saya suka marah2 tanpa arah. Awak tanya saya sikit tapi melenting saya macam ribut taufan. Saya tak suka awak tanya bertalu-talu nanti saya cepat marah. Lagi satu, saya suka amik sensitif sesuatu benda.

2. Saya kuat cemburu.
    Yup, saya ada perangai macam tu. Saya cepat sangat tarik muka bila sesuatu curiga di mata saya. Saya akan tanya bertalu-talu sampailah saya puas hati. Tapi saya jarang sangat sentuh phone awak. sebab kalau saya pegang, lagi menjadi-jadi cemburu saya ni. Jadi, saya dah mula dapat kawal. Saya akan positif.

3. Saya suka jerit-jerit kat telinga awak.
   saya jenis yang suka jerit-jerit. Tak kira kat rumah ataupun dengan awak. Sebab tu bila saya marah, jerit saya tu menyebabkan awak ingat saya tengking awak. Jangan kan awak, kat rumah ni, adik-adik saya pun dah lali dengar suara jeritan saya.

4. Saya suka berjalan tapi tak suka shopping.
   Awak rajin ajak saya jalan bila kita date. Sebab saya suka vacation daripada shopping. Saya suka lihat tempat2 yang cantik dan berjalan kat tempat orang. Dulu awak suka bawak saya pergi melaka, sanggup pagi2 naik bas, dah puas jalan, malam baru kita balik rumah. Satu hari je awak amik masa nak bawak saya jalan.

5. Saya suka Donut big apple, Choc kek indulgest, Dan Choc Caremal dari starbuck.
  Semua di atas tu kesukaan saya. Dan saya suka sejak awak yang rajin belikan utk saya. Tiap kali keluar je, Big apple donut perisa oreo mesti ada kat tangan saya. See, awak suka manjakan saya. Kadang tu, walaupun kita tak keluar, awak pergi bandar semata-mata nak beli big apple dan hantar kat rumah saya.
saya tak tahu apa motif sebenarnya. Yelah awak tetiba call tanya nak donut ke tak.

Okey, sampai tu je saya mampu type. Sorry awak, mata saya dah ngantuk. Jam pun 2.03 am.

Saya rindukan awak.
Saya menantikan kepulangan awak.
Dan Saya sayang awak.

Assalamualaikum.



By Faizatul Ain Hamsam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)