Tabung Kawin

Monday, 23 April 2012

Semua tentang cinta.

Ada apa dengan cinta?? Kenapa ada yang sakit kerana cinta? Dan kenapa ada yang bahagia kerana cinta??
Apa makna cinta yang sebenar?? Tuhan, Kau hadirkan suatu perasaan iaitu "cinta" untuk melengkapkan hidup ini. Benar cinta memang adakalanya buat orang buta. Buat orang merana. Tapi, kesilapan dalam bercinta ialah silap kita yang tak pernah menghargai cinta. Cinta tak pernah kejam. Tapi orang yang melahirkan perasaan itu yang kejam. Mempermainkan cinta sesuka hati. Dan akhirnya, Kecewa. Setiap orang pernah merasai cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua yang mengecapi bahagia. Andai yang pernah kecewa kerana cinta, jangan pernah takot untuk merasai cinta lagi. Runtuhkan kan lah tembok ketakutan bercinta. Apabila percintaan itu tidak kekal, mugkin allah mengingatkan kita bahawa kita bercinta dengan orang yang salah. Dan mugkin allah dah tetapkan jodoh untuk kamu dengan orang yang benar-benar akan mencintai kamu selamanya.



Bila satu perasaan itu mula timbul, kita mesti tertanya-tanya kan?? Macam mana aku boleh sayangkan dia. Macam mana hati ini boleh sukakan dia. Allah jadikan perasaan itu bukan untuk mainan, tapi mugkin ada hikmah disebaliknya. 



Macam mana ye rasanya jatuh cinta?? Apa yang perlu kita buat bila jatuh cinta?? 
Cinta yang hadir tanpa dipaksa lebih indah dari memaksa diri untuk mencintai dan dicintai. Adalakanya, kerana cinta, orang sanggup menunggu bertahun lamanya untuk menunggu sehingga pintu hati terbuka luas untuknya. Pilihlah lelaki yang benar-benar mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dia. Berilah dia peluang untuk membuat mu bahagia. Mungkin itu lebih baik dari kamu bertepuk sebelah tangan. Hati dan perasaan kita tak boleh nak paksa. Kelak, diri kita sendiri yang merana. 

Ingatlah wahai lelaki, andai seseorang wanita itu mencintai kamu, jaga dan peliharalah perasaannya itu. Kerana hati wanita ini terlalu sukar untuk jatuh cinta. Sekali dia mencintai seseorang itu, Sampai mati dia mencintai kamu. 

Dan wahai lelaki, jangan lah memaksa seseorang wanita itu untuk mencintai kamu. Jangan memaksa dia untuk membuka hatinya untuk kamu. Sebab, wanita tak suka dipaksa. Nanti akan timbul rasa benci untuk kamu. Berilah dia peluang untuk pilih orang yang dia cintai. Dan wahai kaum lelaki, terimalah dengan redha segala keputusannya. Jangan pernah berdendam. Anggaplah dia sebagai kawan yang terbaik buat kamu. 

Bila dia senyum, saya terkejut. Cantiknya dia.. Terlalu sukar untuk saya dekati. Kenapa hati wanita terlalu mahal?? Sebab, hati wanita ini bukan satu permainan. Tapi satu mutiara yang sangat berharga. Yang tak mampu di jual beli oleh sesiapa pun. Cinta yang terpendam mesti perit kan? Sakit dalaman yang tak siapa pun tahu. Nagis, luka hanya kita je yang ubati. 

Biarlah cinta itu dijadikan pelengkap hidup. Menerangi hati yang suram. Hakikatnya, semuanya datang dari dalam diri kita. 



Dan jangan lupa, cinta untuk allah yang maha esa. maha mencipta sekian alam.
dan yang memberikan kita rezeki di dunia ini. Memberikan kita nyawa untuk terus bernafas.
Terima kasih allah :)




No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)