Tabung Kawin

Sunday 11 December 2016

Jenis kulit aku


Pertama kali aku jejak kat UniKL, soalan yang bertalu-talu yang sering orang tanya bila je tengok muka aku ialah berbunyi "eh flawless nya muka. Pakai apa erk?". Mula-mula tu aku boleh lagi jawab pakai cream biasa je safi. Tapi bila dah masuk tahun 3 kat UniKL ni pun still tanya lagi, aku mampu diam je kalau tak pun kawan baik aku yang tolong jawab "Dia ni kalau cream apa pun kulit dia memang ok." Fuh thanks la bff tolong jawabkan. Punyalah orang insecure dengan kulit aku. Seriously, kat sini aku takde niat nak riak ke apa tapi Alhamdulillah bersyukur sangat Allah bagi aku kelebihan kulit cantik kalau pakai apa pun. Ye, kalau korang nak tahu aku pakai campur. Maksudnya pencuci aku pakai jenama lain, cream jenama lain, toner lain, bb cream lain, cc cream lain, bedak compact pun kadang sampai pakai dua jenis. Memang jenis aku suka cuba semua jenama. Kalau aku rasa tak best, aku akan tukar yang lain. Sampai aku rasa sesuai dengan kulit aku. Yelah kita sendiri boleh rasakan kulit kita bila kena sesuatu jenama tu. And Alhamdulillah setakat ni kulit aku okey lagi.

Bila bab penjagaan kulit ni ibu adalah ketua. Aku mula pakai cream masa darjah 6. Dan masa tu aku mula dengan jenama Fair and lovely. Yelah sebab masa tu fameskan so ibu beli and suruh aku pakai. Masa darjah 6 tu aku masuk asrama. tahulah kan kalau asrama ni semua benda nak pijam dan bagi pinjam. Sama jugak macam aku. Aku suka paksa kawan-kawan aku pakai jugak cream tu. Mula-mula tu aku bagi je aku punya. Tapi bila dah ibu bising kenapa cream aku tu cepat habis aku suruh diaorng beli sendri. Yelah dia over kot pakej pakai sekali dengan pencuci muka aku.

Ibu paling pantang kalau jerawat naik kat muka aku. Dia punya bising cakap aku tak rajin cuci muka lah, main kotor lepas tu kesat kat muka lah, macam-macam la sampai aku pun kena lebih teliti sebab taknak jerawat timbul. Naik je sekolah menegah, aku dah start aktif sukan ibu dah tak boleh nak halang sebab dia pun anak dia bersukan tapi tulah, dia mengeluh bila tengok muka aku makin hitam. dan setiap kali aku balik dari training je, dia akan ingatkan pasal cuci muka sebersih mungkin. Cuma tulah, muka ok cuma warna muka tu yang tak okey. hahaha. Naik form 4 aku dah kurang sukan. Tapi masalah baru timbul bila aku kena tuduh pulak cukur kening. Pulakkkk. Bila cikgu tanya ibu aku yang jugak cikgu sekolah tu cakap yang memang kening aku macam ni dari kecik cikgu tu baru lepaskan aku. And yes, sampai kat UniKL ni pun orang pun pertikaikan pasal bentuk kening aku yang seakan-akan cukur.hmmmm macam-macam pulak timbul..then, form 4 tu Aku aktif dengan kawad pulak. Perrghh lagi la ireng muka aku. Kaw-kaw punya color beb. Tapi dulik apa aku masa tu fikir nak kawad je so, aku tak kesah nak hitam ke hape. Sebab time sekolah dulu aku ada je pakwe. Baik je dia pun join kawad kaki kadet polis siap jadi komander. Aku join kawad sampailah habis form 5.

Habis je sekolah ibu ayah tak bagi aku kerja sambilan tu tapi dia masukkan aku kat Giatmara. Start situ aku dah mula baiki warna kulit aku tapi xdelah baiki sangat yelah cuma jaga kulit tu lebih sikit la. Masuk diploma pun aku dapat sorang kawan yang gila makeup so aku pun terikut. Masa tu warna kulit aku tak putih sangat. Biasa-biasa je. sebab tak rasa nak putihkan muka masa tu. Tapi time aku praktikal kat hospitla, aku dah start cantik-cantikkan muka. dah try makeup sikit2 sebelum pergi kerja. ha start situ la aku beli bb cream la cc cream la and segala jenis cream. and start situ jugak aku mula suka masuk dan betapa lama kat tempat makeup macam kat watson tu.

And now, aku masuk degree ni aku pakai balik apa yang pernah aku pakai dulu. Aku pakai jenama Safi balqis. Aku kira-kira dekat 7 ke 8 tahun kot aku pakai jenama ni. Sebab ada jugak aku stop pakai safi and tukar lain tapi bertahan kejap je then aku cari balik safi. Berselang jugak la sebab bila ada jenama baru keluar aku teringin nak cuba then tak sesuai, aku cari balik safi. And kesimpulanya bagi aku Safi Balqis is the best setakat ni. Untuk kulit aku la tak tahu lah korang punya jenis kulit ok ke tak dengan safi ni.

Sorry la nak bawak masuk gambar tapi line macam siput. Alah korang tahukan Safi balqis. Ain setakat ni pakai cream pelembab siang dan pelembab malam. Then ain pakai Cream pencerah safi balqis tu. Itu basic je. kalau makeup suka pakai bb cream or foundition yang tak terlalu tebal sebab aku tak suka sangat tebal2 ni rasa rimas je kat muka.

Ada je orang tanya, masa ibu mengandungkan ain ibu buat apa. Itu orang yang tanya kat ibu ea bukan kat aku. Ibu cakap dulu ibu nak sangat anak putih melepak masa pregnant anak kedua. Lagi-lagi tahu jantina aku masa tu perempuan, lagi la ibu semangat nak buat. Ibu cakap awal 3 bulan ibu minum air soya. Stop! bukan soya air kotak yang beli kat kedai tu tau tapi ibu cakap ibu cari biji soya tu sendiri dan ibu blend then ibu perah untuk dapatkan air soya tu. Jangan campur dengan apa-apa just soya kosong pure dari perahan tadi tu je. Ibu amalkan sambil baca beberapa doa. Tp sorry lupalah apa yang ibu baca tu. Tak ingat. Ibu cakap ibu rajin sangat buat seminggu 3 kali. Tak pernah miss sampailah dah nak tunggu hari ibu dah xlarat nak diri lama untuk buat air soya tu. Ayah la yang rajin pegi cari biji soya tu untuk ibu setiap minggu. Ibu cakap masa tu ibu memang nak buat experiment kat aku yelah nak sangat anak putih dan flawless kan so nak tengok menjadi ke tidak petua tu. And tadaaaaa Lahirlah aku. Dan orang pertama yang tengok aku lepas ibu ayah, ialah nenek aku. And ayat dia buat aku sentap sikit "Eh mah, ni anak cina mana tertukar ni. Eh salah ni nurse salah bagi anak kau ni. Mana nurse panggil dia nak cakap tersalah baby ni." Lepas tu mak aku jawab "Mak, betul la tu cucu mak. Tak tertukar pun." Lepas tu nenek beriya tanya nurse dan nurse pun bagi conformation memang betul tu aku tak tertukar pun. Hmmmm Sampi hati nenek cakap ain anak orang lain yang tertukar. Alhamdulillah ibu pun bersyukur sebab apa yang dia hajati termakbul dan berkesan. And Alhamdulillah sangat Kulit aku kurang sangat-sangat masalah.

Bagi yang kuran bernasib baik kulit kurang ok tu jangan la give up. Jangan anggap tu satu kelemahan pun. Ye aku tahu korang akan cakap "kau untung la kulit cantik,ok tak rasa macam kiteorg rasa." ye aku faham aku takde kat tempat korang. Tapi selagi boleh berusaha kita usaha. Allah kata kalau nak sesuatu tu usaha dan selebih nya tawakal. Takde masalah dalam dunia ni takde jalan penyelesainya. Ada cuma jangan berhenti mencuba dan usaha. OK!.

Ada masa nanti kita sambung ye. Masuk tido dulu ni. Jangan lupa cuci muka bagi bersih. Mana yang ada cream malam tu pakai takyah tebal sangat. Bagi kulit tu boleh bernafas. Ha satu lagi, ain selalu amalkan bangun pagi je minum terus air masak sebanyak mungkin. Dan lepas tu ain akan cuci muka pakai air sejuk or ais. Hasilnya tiptop. Korang akan dapat rasa sendiri nanti. Cuma kena amalkan selalu jangan hangat-hangat taik ayam je. Sebab penjagaan kulit ni untuk jangka masa lama sampai korang tua nanti. So, jagalah kulit korang sebaik mungkin.


Love,
Faizatulain.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)