Tabung Kawin

Saturday 25 November 2017

Itu aku


Keras macam batu itu aku.
Lembut senyuman juga itu aku.

Aku,
mudah memberi.
hingga ada yang aku beri kan tak dihargai.

Aku,
mudah menyimpan kenangan.
hingga aku mampu menagis kerana terlalu kecewa mengenangkan.

Aku,
tak mudah untuk jatuh.
jatuh suka, jatuh cinta.
tapi, sekali terjatuh, aku betul-betul jatuh.

Aku,
tak mudah didekati.
sering melempar senyuman seikhlas hati.
tapi pada yang dihati, aku jaga sampai mati.

Maaf hati.
terlalu banyak parut yang tercipta.
aku lalai dalam menjaga hati sendiri.
hingga aku sudah lali bila disakiti.

Allah,
jatuhkan hati ini pada yang betul-betul ikhlas memberi.
kerana selepas ini, aku hanya mahu menanti.
menerima yang terbukti ikhlas mencintai.
aku berdoa, dan bersujud kerana hanya kamu yang maha mengerti.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)