Tabung Kawin

Saturday 10 December 2016

Diari hati


Macam gadis-gadis lain, aku juga tak terlepas untuk ada sebuah diari.
Tempat untuk kita meluahkan selain pada bestfriend, ibu, dan blog ni.
Ye aku akui, sayangnya aku pada diari tu macam aku sayang family aku.
Sebab hanya diari tu je yang tahu segala isi hati, segala hal yang terjadi pada aku yang org lain tak pernah tahu pun.

Pernah. Aku pernah tulis segala hati aku dlm diari tu sambil menagis.
Teresak-esak penuh kertas tu dengan air mata je.
Dari situ aku kumpul kekuatan. Diari tu je yang faham aku.
Taktahu semangat mana yang datang, diari tu macam bagi aku kekuatan setiap kali aku nagis sambil tulis. Luaran mungkin aku kuat tapi, betapa rapuhnya aku, betapa lemahnya aku, diari tu je yang tahu. Sebab aku curuhkan sepenuh hati, bila aku tulis. yup, aku sangat emosional bila tulis diari.

Sejujurnya, Pertama kali aku belajar tulis diari ketika pernah satu masa dulu, pandangan aku dicuri someone. Ye, mungkin masa tu terlalu muda untuk aku fefeeling cinta tapi, memang itulah kebenaranya. Dia curi pandangan aku sekali gus curi hati aku. Masa tu budak-budak lagi jadi, aku amik pandangan macam cinta monyet la jugak. Bila ingat balik kelakar pun ada. Dan ayat aku sangat pendek. Cuma dia baris je. Tapi cukup buat aku ingat saat dan ketika itu. Korang nak aku kongsi ke? tapi seriously lawak. hahaha Ok aku bagi ayat jelah ea. Gambar takleh sbb biarlah rahsia...
Ayat tu berbunyi gini "Hari ni ikut ibu ayah pergi kenduri sedara kat ............................... (rahsia) dan untuk pertama kalinya jatuh hati pandang pertama kat dia. Dia nampak hensem hari ini. Tapi sedih dia langsung tak perasan aku. (emotion sedih)." Hahaha sorry la guys ayat budak2 lagi. Dah2 takat tu je aku boleh kogsi. lelebih kang habis kantoi.

Mesti tertanyakan 'dia' tu siapa? apa jadi lepas aku falling kat 'dia' tu? jumpa 'dia' tu lagi ke tak? kan kan mesti curious kan? Hahaha kalau soalan tu mucul aku mampu tersenyum jelah. sebabnya..... Manalah boleh aku ckp sebab inikan rahsia. dah namaya diari mestilah rahsia dari semua orang. even, ibu aku yang paling aku cintai tu pun aku tak bagi baca patah lagi korang.

Bertuahnya nama yang sering aku tulis dalam diari tu. Cuma kadang-kadang tulah orang tak mampu nak hargai. Kalaulah orang yang nama nya sering aku tulis tu tahu, aku cuma nak cakap yang aku berbesar hati dan ikhlas setiap kali nama dia tertulis dalam diari aku. Kalau nak tahu, yang aku cakap aku pernah teresak2 bila tulis diari tu, sebab dia lah. haha malu je kalau orang nampak. Buruk kot muka aku nagis. And fakta, aku adalah sejenis makhluk Allah yang SUSAH GILA nak ngis. Kalau aku nagis tu maksudnya WIN!. haaa betapa aku nak bagi bayangan tu.

Kalau ikutkan, blog ni pun diari aku tp aku tahu kat sini umum sangat. Sometimes ada jugak aku cerita sikit2. Blog ni pun boleh tahan lama dengan aku. Dari sekolah dulu memang viral bab makeup blog. Bila dah lama2 ni malas nak fikir. Aku anggap jelah ini yang paling lawa pernah ada.

Untuk sesiapa yang takde sebuah diari tu, try korang buat. Cari buku kecik je pun dah okey. Tulis satu baris ayat dah cukup sangat menggambarkan apa yang berlaku seharian. Setiap hari adalah hari baru. Setiap kali aku nak rasa hari tu adalah hari yang paling buruk, aku akan cari benda dalam satu hari yang baik berlaku. Cuma kadang kita tak nampak sebab kita terlalu memandang yang buruk hinggakan kita lupa Allah tak lupa juga beri kita kebaikan setiap hari. Kita mampu bernafas setiap kali bangun pagi itupun dah cukup kebaikan. Bersyukur Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat setipa hari. :)




Love, 
Faizatulain 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)