Tabung Kawin

Saturday 15 October 2016

Kurang Gula

 Tawar hati. Heartless.

Semakin hari semakin keras hati aku. Kalah batu. Mungkin sebab cinta yang aku anggap satu itu  akhirnya memusnahkan hati aku.

Kuatnya aku. Bahkan ibu juga kata begitu.

"Ada sebab kenapa Allah jadikan angah ni seorang yang keras kepala, keras hatinya. Sebab Allah tu Allah bagi ujian seberat ini untuk angah. sebab dia tahu angah boleh hadapinya. "- Ibu.

Tak nafikan aku seorang yang keras hati dan keras kepala.
Biasanya kebanyakkan orang tak boleh terima 'Keras' aku tu.
Dari sekolah aku memang tak banyak kawan perempuan apatah lagi lelaki.
Disebabkan 'keras' aku tulah aku selesa bersendirian. Itu lebih bahagia.

9 tahun yang lalu pertama kalinya aku menulis tentang 'dia' dalam diary aku.
Dan sekali itu jelah tentang 'dia' aku tulis. ternoktah disitu tanpa ada sambungan seterusnya.

Sepanjang 9 tahun.
Curi pandang
Berdebar
Lihat raut wajah itu
Berselisih
Senyum sorang-sorang
Lalu depan rumah
Senyum lagi
Cari kereta merah
Ada majlis di rumahnya
Hati tak sabar
Curi pandang lagi
Berselisih
Lihat dari jauh
Cari wajah 'comel'
Curi pandang lagi
Ingin tegur
Malu
Berdebar
Toleh sebelum pulang
Lihat wajah itu sepuasnya
Mimpi
Senyum lagi
Hati berbunga


9 tahun selepas itu, perancangan Allah menemukan aku denganya.
Whatsapp "hai"
Pertemuan pertama
Kereta merah
Duduk bersebelahan
Bertentang mata
Pegangan tanganya
Kedai baju
Bazar ramadhan
Lepak bertiga
Muncul depan rumah
Jumpa ibu ayah
Dihantar ke & dijemput dari JB
Ke rumahnya
Masak dengan 'mak' dia
Ayam masak merah 'pahit'
Sedap
Dia tidur, aku tertidur
Tak sengaja kenal semua sedara
Wayang 'witch blair'
Sandar dibahu
Perisa vanilla
Makan
Lepak depan rumah
Voice note whatsapp
Jerit dalam bantal
10 minit lepas baru balas
Tersengih sorang-sorang
Rindu suara itu
Luahan hati
Takut dia pergi
Conversation seperti biasa
Positif
2,3 hari tiada 'dia'
Balas tapi lain
Hati meronta
Sabar
Berdoa pada Allah
Lepaskan
Biarkan dia berlalu
Redha
Berbahagialah
Semakin sembuh luka
Move on
Terima hakikat
Heartless
Terima kasih

9 tahun 'Perasaan' tu tak pernah pergi. Aku jumpa macam-macam rupa manusia. Tapi 9 tahun punya 'wajah' tak pernah hilang dari hati, jiwa, dan mata ini. Masih tak cukup lagi?

Hati perempuan bukan untuk dibuat seperti permainan. Suka ambil. Dah bosan buang ketepi.
Hakikat hati sekeras manapun, isi dalamnya tetap seperti kapas. Mudah terusik. Mudah teluka.
Hilangnya 'rasa' itu buat hati semakin keras. Tolak apa saja yang datang.
Hinggakan tiada rasa hati. Seperti air milo pekat tapi tiada gula atau susu. Milo semata-mata.
Tawar bukan? itu jugak lah hati yang tiada rasa. Kosong.


Tolong lah pergi. Jika betul-betul ingin pergi.
Jangan kau toleh lagi.
Jangan kau kembali lagi.
Jangan beri aku lihat raut wajah kau
Jangan beri aku lihat senyuman kau
dan Jangan biarkan aku kembali mengharap pada kau

Its Already gone. Im glad you already meet your happinest.
Jaga diri, Jangan skip makan. Solat jangan lupa.

Assalamualaikum





Ikhlas,
Faizatulain Hamsam






No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)