Tabung Kawin

Tuesday 13 September 2016

Ubah kebiasaan

Bukan mudah untuk ubah kebiasaan kita yang kita pernah lalui. 

Mungkin sebelum ni kau dibiasakan dengan mesej setiap hari. Tak kira waktu dan saat. Mendengar suara orang yang kau sayangi setiap malam. Juga bangun kau dikejutkan dengan suaranya. 

Tapi mungkin hari ni kau hilang semua tu. Perginya org yang kau pernah sayangi tanpa dengar suaranya lagi. Tanpa sebarang mesej selama 24/7. Pagi kau juga hanya mampu memandang phone tanpa ada keajaiban yang berlaku. 

Tapi jika kau menemui orang yang baru muncul dalam hidup kau. 

Mungkin sebelum ini kau dimanjakan dengan 'sayang' panggilan darinya. Dibelai dengan cinta setiap hari. Dibawa berjumpa setiap hari. Mengucapkan kata sayang setiap ketika. Berjanji mahu hidup bersama. Dibawa pergi berjumpa orang tuanya. Mamanya begitu senang dan amat menyukai kau. Begitu adiknya. Di biasakan dengan hadiah dari mamanya. Sering dikatanya sayang. Lalu aku mempercayai semua itu. 

Tapi selepas muncul orang baru dalam hati kau, mungkin semua kemungkinan yang pernah timbul dia atas itu akan berubah 360 darjah. Akan juga mengubah pandangan kau. Berubah juga cara hati kau menerimanya. 

Mungkin caranya berlainan. Dia mungkin jenisnya tak suka mengugkap kata sayang setiap hari. Tak juga memanjakan kau. Mungkin juga bukan jenis yang menghantar mesej pada kau setiap masa. Kadang dia hanya sekadar menbaca tapi tak membalasnya. Kadang juga satu jam selepas itu baru dia mahu mula menaip dan sentuh 'send'. Bahkan mahu mendengar suaranya jarang sekali. Mungkin dia boleh juga menunjukkan ke egoan dirinya yang selami ini kau tak pernah alami. Mungkin dia jenis yang sukar untuk menunjukkan sayang. Tapi kadang kala caranya mengelirukan hati dan jiwa kau. Adakalanya kau akan terasa mahu 'pergi' tapi tak berdaya. Mungkin hati kau dah terpaut padanya sejak dulu. Mungkin juga kau tak mampu untuk kikis semuanya. Dan mungkin hati kau terlalu menginginkan nya. Mungkin satu saat nnt kau berharap dia juga kan balas semua isi hati kau. Mungkin..... 

Satu saat, hati kau akan jadi tawar. Untuk teruskan mengejar. Akan tawar untuk terus berusaha. Sebab bagi kau, "tiada guna aku kejar orang yang tak pandang aku langsung". Tanpa kau sedar kau telah bandingkan dia dengan kehidupan kau dengan orang yang pernah kau sanjung sebelum ini. Kau lupa yang setiap orang itu Allah hadirkan sikap yang tertentu. 

Kalau betul hati kau dah suka. Kau akan cuba untuk terima apa yang kau pernah lalui sebelum ini boleh berubah dalam sekelip mata. 

Terima segala caranya. Terima segala sikapnya. Terima segala silapnya. Terima cara dia menyayangimu. Terima juga jika dia lebih ego dari yang sebelum ini. 

Adalah yang lebih betul, kedua dua hati kena saling menerima. Terima apa kurangnya isi dalamnya. Terima apa lebih nya yang sering disanjungi orang. 

Hati aku cukup kuat setakat ni. Mungkin juga akan kuat untuk hari seterusnya. Semoga Allah kuatkan segalanya demi aku bersamanya. Terus mahu memberitahu bahawa aku akan sentiasa ada disisinya walau apa yang bakal berlaku. Bukan wang, hadiah, kemewahan yang aku mintak. Cuma aku ini mahu secebis penghargaan darinya yang menunjukkan bahawa aku masih lagi diperlukan dalam hidupnya. Menunjukkan bahawa hatinya masih memerlukan aku untuk tetap disitu.  Bukan hanya aku yang berjuang untuk ini. Tapi dirinya juga. Aku ikhlas tapi mungkin keikhlasan ini belum cukup jeles untuk dia nampak aku yang terus berdiri disini. 

Jika betul ingin, tunjukkan. 
Jika betul tolak, katakan. 
Aku juga mahu bahagia. Ya seperti orang lain. 

Jaga diri wahai 'awak'. 
Have a nice everyday. 
Don't ever give up what you do. 
I'm right here for you. 


Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)