Tabung Kawin

Tuesday 1 October 2013

Harap-harap saya okey :)


Assalamualaikum sayang. Saya tulis ni untuk awak. Kalau awak tak baca pun takpe, awak 
sibuk orentasi. Lagipun tak lama lagi, study class awak pun dah mula. So, saya faham. 

Awk, kite rindu awak yang bernama Muhd Amirul Asyraaf. Tak tahu la kenapa, sunyi je rasa.
Segenap penjuru ada muka awak sayang. Kiri kanan atas bawah semua saya nampak awak.
Agak-agak kan, ini dah kes teruk ke belum? Boleh masuk ICU? 
Padahal tak sampai seminggu pun awak pergi. Tapi saya ni je yang macam tak betul.
Huru hara pun saya. Kelam kabut pun saya. 
kerja semua macam fokus. Teruk jugak la agaknya ni kan? 
Mandrom apa awak pakai ni sayang sampai saya jadi mcm ni?

Dulu tak macam ni pun. Dulu saya pernah anggap awak hanyalah sebahagian daripada cinta monyet saya. Tapi sangkaan saya salah. Awak bukan cinta monyet saya. Tetapi awak ialah cinta selama-lamanya buat saya. 

Kenapa erk?

Awak masih teguh disebelah saya sedangkan dah bermacam-macam bentuk kerenah saya buat.
Saya maki hamun awak, saya tengking-tengking awak, saya pernah tumbuk awak. 
Semua tu rasanya lelaki lain tak akan tahan. Tapi awak lain la sayang. 

Awak lelaki terlalu baik untuk saya. Saya buat macam mana sekalipun, awak tetap akan berada di sebelah saya. Tak kira masa.

5 tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai dugaan yang awak, saya, dan kita tempuhi.
Pahit, manis, kelat, suam-suam, semua kita dah merasa. Tapi apa yang menguatkan hubungan ini? 
Semua sebab Ikhlas & cinta. 

Awak dah banyak ubah saya. Awak jaga saya dengan sempurna. 

Silap? semua orang pernah buat silap. Saya buat silap. Awak pun pernah buat silap.
Tapi kesilapan itulah menjadikan kita lebih kuat. Kita mampu menguatkan hubungan ini sampai ke akhirnya. 

Saya pernah kawan dengan lelaki selain awak. Dan saya ignore kan awak. Saya layan dia lebih daripada kawan. Tapi, itu semua tak lama. sebab dia tak mampu tandingi awak dalam hati saya. 

Awak juga, pernah melayan perempuan lain, sampaikan saya awak lupakan. Sedih tak terkata. Tapi saya yakin, yang perempuan tu tak boleh duduk dalam hati awak. Sebab hati awak, milik saya. 

Maaf adalah jalan terbaik. Awak menyesal. Saya percayakan awak. Peluang kedua, ketiga dan seterusnya diberi. Saya percaya kita akan bahagia suatu hari nanti. 

Tangan awak dihulur. Saya meraih. Kita langakh bersama. Akhirnya, hampir 5 tahun bersama.
Tak sangka. Semua ini kerja Allah. Hanya dia yang mampu merancang semua ini. 
Saya pegang janji awak. Yang kita akan bersama bila awak tamat je belajar nanti. Saya tetap akan tunggu awak sayang. Tak kira berapa lama pun.

Harap-harap awak kat sana okey ye sayang. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak kat sana. Jaga makan, jaga kesihatan, study smart ye sayang bukan study hard.
Jangan jeling-jeling perempuan lain. Sebenarnya saya tak kesah pun. Sebab saya yakin, sepasang mata itu, saya yang punya. 

I Love You 




Salam Sayang:
Ain

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)