Tabung Kawin

Thursday, 17 October 2013

R.I.N.D.U

  Jam fon samsung menunjukkan 1.40 a.m. Mata taknak tidur. Mata ni degil. Suka dengki aku yang tengah ngantok ni. Cuba tutup mata tapi ada seraut wajah yang muncul. Aku kenal. Tapi kenapa muka dia yang muncul? Rindu? hmm rasanya.....

     Lagi-lagi aku belek fon. Lepas unlock, slide-slide mana yang aku suka. Lepas dah bosan, tutup balik. Letak kat meja sebelah. Mengeluh. Tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni. Tiba-tiba air mata jatuh. Entah dari mana dia keluar aku pun tak tahu. Kenapa tiba-tiba hati sebak sangat? Ya Allah sakitnya hati ini.
Apasal ni? Rasanya dia dah banyak sangat simpan air mata ni sebab tu dia dah tak sabar-sabar nak turun. Maybe. Takpelah, turun lah wahai air mata. Turun la dengan lebat. Aku rela. Asalkan hati ni tak sebak macam sebelum ni.

     Lagu when you're gone by arvil lavine betul-betul kat telinga aku. Rindu? itulah yang aku rasakan sekarang. Mungkin rasa sebak tu datang sebab tu kot. Kenapa dia suka sangat datang? Aku tak suka keadaan macam ni. Sakit tahu nak tanggung. Sampaikan aku kena pegang dada sebab sakit. Aku tahan.

    Hari tu dia muncul dengan tiba-tiba depan rumah aku. Tergamam kejap. Dia? betul ke dia yang aku nampak ni? Apa aku nak buat ni? Aku hanya mampu berdiri tegak sambil tak berkelip tengok dia. Jantung aku rasa mcm nak tercabut je time tu. Tapi cool je aku buat.

    Dia bukak helmet. Aku pandang wajah dia. Yang aku mampu cakap "Ya Allah, rindunya. Kenapa baru sekrang dia muncul?" Aku hanya mampu lihat. Terkaku. Dia yang hampir pada aku. Terus cium dahi aku. Aku sebak. Akhirnya aku jumpa dia. Hati ni je yang tahu apa aku rasa.

    Dia hulurkan tangan utk aku salam. Aku sambut. Aku salam. Lepas tu dia cakap "Kalau ayg meninggal tengah perjalanan, ayg mintak maaf. Mintak ampun dgn bby." Tak tahu apa motif dia cakap mcm tu.

   Tak lama kejadian tu. Dia dah nak pergi. Aku? berat hati tapi terpaksa. Biarlah Allah je yang tentukan penghujung cinta kami. Aku yakin Allah ada perancangan yang indah utk perhubungan ini.

   Aku pandang lagi jam pada fon samsung. Dah nak hampir 2.00 a.m. Rasanya baik aku tidur. Sebelum eye bag makin menguasai. Sebelum tutup mata aku basuh muka kesan nagis. Takut bengkak kang esok mata ni. Ambil air sembahyang dan aku tenangkan hati. Aku baring. Pandang atas. Sambil tangan aku letak kat dada. "Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Jika benar kau tetapkan dia jodoh ku, pemilik tulang rusuk kiri ku, kau bimbinglah aku untuk bersabar menunggu kehadirannya. Aku amat menyayanginya. Semoga dia merasai aku sedang merinduinya. Amin.. "

   2, 3 minit lepas tu, aku dah dibuai mimpi. Tenang. Sambil peluk bear pemberiannya.

   Selamat malam sayang. I Love You.





Salam sayang : 
Ain 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)