Tabung Kawin

Monday 25 March 2013

Awak adalah awak. Saya adalah saya.

Merenung ke atas gunung yang tinggi membuatkan hati tenang seketika. Sejuk mata memandang. Tambahan pula di pagi yang sejuk. kedinginan menusuk ke teulang rusukku. Indahnya pemandangan. Walaupun jauh dari mata. Tapi keindahan itu tidak dapat dinafikan. Jelas yang zahir itu sungguh indah. Tapi yang batin? Adakah tersiksa? Aku hanya mampu menunduk. Biarlah hati menyimpan semuanya.

           Sejenak fikiran aku melayang pada mu. Pada insan yang teramat aku sayangi. Si dia. Walaupun hidup bersama keluarga ku tercinta ini membuatkan aku bahagia, Tapi berada disampingnya membuatkan aku bertambah bahagia. Ah! aku rindukan semua tentang dia.

          Awan gelap. Tapi hati ini cerah. Langit kehitaman. Tapi diri ini kegembiraan. Kerana apa? kerana awak. Ye! Awak. ternyata tak semua yang kita lalui adalah pahit. Kita harus bijak mengambil kemanisan hidup. Jadi, setiap kemanisan akan ku simpan dalam kotak hati. Biarkan ia terkunci rapi. Agar ia tidak boleh dirampas oleh sesiapa.

       Lihat wajah ini. Wajah yang mengambarkan seribu sifat. Boleh bagitau apa sifat-sifat itu? Tidak bukan? Aku yakin, hanya segelintir saja yang sangat memahami diri ini. Sikap ini. Sifat ini. Hanya dia. Bukan saja dia. Malahan orang tua ku yang tidak jemu membesarkan ku. Aku adalah aku. Aku tak akan boleh jadi orang lain. Kau adalah kau. Tidak boleh menjadi diri ku. Sebab kenapa? Allah jadi sifat manusia itu berbeza-beza.

       "Berbeza" boleh mendatangkan yang baik. Dan juga boleh datangkan yang buruk. Jenis aku, aku lebih ke arah baik. Aku suka sifat positif. Positif adalah sifat yang matang. Aku gemar orang positif. Terkadang, perlu ada negetif. Kerana dalam dunia ini bermacam-macam keadaan. Kita perlu berfikir untuk kearah positif ataupun negetif.

        Awak dan saya berbeza. Walaupun berbeza, kenapa kita boleh hidup bersama? Sebab kita saling melengkapi. Awak ada kekurangan, saya tutup dengan kelebihan saya. Saya ada kekurangan, awak tutup dengan kelebihan awak. Itu lah kita. Kita saling melengakapi. Terima kasih lengkapkan hidup saya. Keikhlasan yang terpancar pada wajah awak membuatkan saya berani. Berani untuk menjalani hidup ini bersama awak. Saya yakin yang awak boleh jaga saya. Sebab saya positif terhadap awak.

        Tak mahu lagi toleh kebelakang. Kita bina misi baru. Kerjaya kita. Saya nak awak. Saya akan tunggu berapa lama sampai awak betul mampu untuk tanggung saya. Tanggung anak-anak kita nanti. Itu je yang saya mahu kan. Harap awak dengar.

       Langkah kita penuh dengan impian. Impian masa hadapan. Saya tetap saya. Sebagaimana awak terima saya seadanya.............





Miss Iza 
     

2 comments:

  1. masing2 de kelamahan and kelebihan kan??
    harap masing2 lehh bertolak ansur dlm byk pkara...
    huhu....
    hope hbgn korg kekal bahagia ^^

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. Thanks a lot ya.. Much!

    ReplyDelete

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)