Kehadirannya amat aku tak sangka. Kenapa dia datang begitu awal? Kenapa dia? Semua itu aku belum mengerti. Aku diam. Aku cuba memberi jawapan yang pasti. Aku anggap ini semua takdir. Ya, takdir yang telah ditentukan untukku. Aku terima dan aku cuba untuk kekal kannya.
Aku pasti setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Aku cuba menerima sikit demi sedikit. Bukan aku menolak, tapi aku perlu berhati-hati. Walaupun belum pernah berdarah, tapi aku kena hindarkannya dari berlaku.
Setiap langkah yang aku jalani, aku pasti yang dia telah menguasai semuanya. Aku cuba lelapkan mata, tapi fikiran aku juga telah dikuasainya. kenapa? Kenapa semua ini boleh terjadi? Mungkin ini jodoh untukku. Ya, dia setia bersama ku. Tak kira di mana aku pergi, hanya bayangan dia yang menemani. Sehinggakan tidak sikit pun ruang untuk yang lain menyelit.
Ia mengajar aku apa itu kemanisan. Ia mengajar aku apa itu kepahitan. Ia mengajar aku apa itu pengorbanan. Aku terima segala kedukaan selagi hati ini sekuat batu. Dia mengajar aku apa itu kekuatan. Kekuatan untuk menerima segala cabaran. Dia. Dia hanya biasa. Dia yang mengajar aku erti semua itu.
Tatkala dia merenung muka ini, aku tak keruan. kenapa dia terlalu istimewa? Mulut tak pernah berkata. tapi hanya hati yang memberi jawapan. Tak terluah rasanya hati ini untuk dia. 5 tahun lebih dia cuba mengambil hati ini. Ternyata, sudah lama aku berikan. Tak sedar bila itu semua berlaku. Aku kunci semuanya dalam hati. Biar hati yang menyimpan semuanya.
Andai diberi peluang, aku ingin menjalani hidup dengannya. Berkongsi segala-galanya dengan dia. Pahit, manis bersama. Aku ingin menjaga setiap langkahnya. Memberinya kebahagiaan. Aku inginkan semua itu. Aku ingin menatap mukanya tatkala dia tidur. Aku ingin membelainya tatkala dia sedih. Menggenggam tangannya tatkala dia perlukan semangat. Mengusap air matanya tatkala dia menagis.
Ya Allah, aku ingin bersamanya. Semoga impian kami tercapai. Semuannya dengan izin Mu ya Allah.
Setiap malam sebelum aku menutup mata, aku mahu kau menjadi orang terakhir yang aku lihat. dan setiap pagi aku bangkit, aku mahu kau menjadi orang pertama yang aku pandang. Semua itu keinginan ku. Selamat malam sayangku. Semoga mimpi yang indah2. Aku disini mendoakan yang terbaik untukmu. Semoga hari esok yang engkau jalani, mendapat keberkatan-Nya. Amin......
Miss Iza
No comments:
Post a Comment
Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)