Sejenak dia terdiam sambil merenung mata ini dalam-dalam. Faham maksud lirikan matanya, membuatkan kan aku sebak. Percayalah sayangku, selagi diri ini bernafas, selagi itulah saya akan sentiasa di sisi mu sayang. Jangan takut. Kita akan hadapinya bersama. Janji hati ini.
Akhirnya genggaman tangan ini dibalas juga. Dia mengenggam dengan penuh. Seakan-akan tak mahu melepaskan aku pergi. Pandangan aku dibalas pandangan nya.. Lega hati ini bila aku perasan secalit senyuman pada wajahnya. Senyuman yang membuatkan hati ini tenang. Sungguh, aku tenang bersamanya.
Aku mengeluh berat. Kini aku benar-benar berada di hadapan tempat ku bermain. Lama rasanya tak menjejakkan kaki di tanah ini. Kerinduan ini semakin menggunung. Telupa seketika pada si dia. Dia faham aku barangkali. Sekilas aku pandang ke arah si dia. Si dia hanya tersenyum nipis.
Aku berdiri betul-betul dekat dengan dia. Ingin mengucapkan kata selamat tinggal selepas si dia berjaya menghantar aku pulang. Aku dapat rasakan aroma si dia yang sering menbuatkan aku berdebar. Aku terbau haruman POLO botol merah yang aku hadiahkan padanya. Ternyata haruman itu membuatkan aku terleka. Benar, ianya harum.
Ku pandang sweater milik si dia yang masih dalam pelukkan. Sweater itu telah menemani aku selama lebih berbulan-bulan aku di negeri terengganu. Negeri tempat aku menimba ilmu. Merangkap rumah kedua bagiku. Tersarung nya sweater itu di badan, terasa si dia seakan akan berada di sisi. Aku terasa selamat. Terasa si dia datang memelukku. Bau yang terlekat itu membuatkan aku rindu. Bau si dia yang selalu bersama aku. Ah, rindunya.
Eh! hampir aku terlupa. Ada sehelai baju yang ingin aku berikan padanya. Baju yang sama dengan ku. Sengaja aku beli supaya sama bila kami pakai. Entah kenapa, aku lebih selesa untuk memakai baju yang serupa dengan si dia. Aku terasa kami ada keserasian. Dia diam tak berkata. Faham benar aku. Ucapan 'Terima kasih' terluah dari mulut si dia. Sama-sama sayangku....
Miss Iza
No comments:
Post a Comment
Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)