Tabung Kawin

Saturday 3 November 2012

Ketika Itu (?)

Assalamualaikum :D

Jam dinding bilik menunjukkan Pukul 2.16 a.m. tapi mata ini tetap tak boleh lelap. puas aku pusing kiri, kanan semua tak boleh. Amirul asyraaf dah terlena jugak agaknya. Maaf sayang, bby tak boleh tidur :,(

Rindu. Itu yang terlintas dalam fikiran ini. Jauh. Ye kita jauh. Bila kita jauh, hati jadi rindu kan?




Bila hati kita bersatu, akan timbul rindu. rindu bila berjauhan. Awak, saya tunggu awak. Tak kira berapa lama, saya tetap akan tunggu awak. Sebab saya rindu sangat dengan awak.

Ketika itu. Ye ketika itu aku masih ingat lagi. Dia duduk disisi ku. Aku dapat rasakan dia ada untuk lindungi aku. Aku selamat :D 




Bila pandang muka awak, saya rasa tak cukup puas. Tetap ada rindu yang masih berbaki dalam hati ini. Saya baring atas bahu awak. Saya rasa tenang. Sangat tenang. Saya mimpi indah tanpa rasa takut. Itu semua sebab awak. Awak ada disisi saya. Saya yakin awak boleh jaga saya tak kira kat mana kita berada.


Bila awak ada, saya rasa nak peluk awak sampai puas. sebab saya takut awak pergi dan saya tak boleh nak lepaskan semua rasa rindu saya pada awak. 

Satu hari kita bersama, bagai satu jam je saya rasa. Punya la kuatkan rasa rindu ini? terlalu kuat awak. 
Sampaikan hati ini pedih sangat menahan rindu. 

Jam: 2.30 a.m. 
Awak, andai esok masih ada, izinkan saya merindui awak. Saya tak boleh benarkan sesiapa masuk dalam hati ini. Kecuali awak. Sebab awak ada kunci hati saya. Jaga baik-baik ye kunci itu. Saya hargai awak. 

Selamat Malam awak, Mimpikan saya :D





                                          Miss Iza


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)