Tabung Kawin

Wednesday, 24 October 2012

Sem 3 sudah berlalu..........

Assalamualaikum. Hai semua *lambai tangan*. Sihat? Alhamdulillah.. Ain? *tunjuk pada diri sendir*. Alhamdulillah sihat jugak :)

Macam mana hari ni? Okey? Yang date dengan Bf/Gf tu cmne? Seronok? mestilah seronok kan? Tapi ain tak pun *lap air mata*. Bf ain dah nak Final Exam so, ain tak boleh nak kacau dia sangat. Sedih kan?  
Hug me please. Dah ain! tak payah nak sedih sangat! (dialog utk diri sndiri). Maaf ye.....

Okey kita berbalik pada tajuk kat atas tu. Korang rasa apa? Mesti nak tahu kan? Dan ini ceritanya.
Pada suatu hari.............................................................................................

Hye, Saya JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan). Mesti korang tertanya-tanya kan? Apakah itu?
Sebenarnya ia adalah satu kerjaya yang sangat mencabar fizikal dan minda. Nak tahu sebab apa ain cakap macam tu? Sebabnya, kerja dalam makmal ni perlukan kekuatan nak hadapi sebarang jenis Specimen. Specimen tu ialah sejenis bahan yang kita nak uji contohnya macam sample kahak, najis, nanah, muntah, darah, air kencing, sel-sel badan, air sum-sum tulang dan banyak lagi. kalau senarai memang panjang la kan. Kerja memang penat. Kalau sample tu nak dalam masa 1 jam, so kena buat cepat2 la. Dan pastikan keputusan kena betul kalau tak memang mati la pesakit tu. Yang beruntungnya ialah, Kita tahu keputusan dulu dari doktor. kan2? Hahaha

Makmal perubatan ni kerjanya sangat mencabar. kalau On-call memang kena pergi. Mau nya ada pesakit yang sakit tengah-tengah pagi buta dan nak tahu keputusan dalam masa tu jugak kita kena la jalan kan kerja kan? So, itulah peranannya. Ada faham semua? Hye! jangan la serius sangat pandang laptop tu sayang oii.. *Cubit pipi korang*. It's just information je dear. Kalau yang berminat tu, ambil la coures ni kat U nanti. Best sangat. Belum cuba, belum tahu kan? *sila angguk kepala* hahaha..

Nak ain senaraikan makmal dalam bidang ni? mesti korang nak tahu kan?

1. Makmal Mikrobiologi
2. Makmal Cytologi
3. Makmal Parasitologi
4. Makmal Patologi kimia
5. Makmal Hematologi
6. Makmal Immunohematologi
7. Makmal Histopatolgi
8. Makmal Tabung Darah

Jangan terkejut pulak. Memang semua makmal ni kami kena Belajar dan praktikal.



Ini baju uniform rasmi untuk Makmal perubatan kat kolej. Warna pink tau. jangan main2. hahaha
dan yang sebelah saya tu comel kan? dia lah kawan yang sangat comel. Nama dia Salmi Suhana. She is my best friend. 


Dan ini ialah baju korporat kolej saya. Pink jugak tapi dia gabung dengan warna hitan. Nampak garang kan? hehehe. Tapi orang yang memakainya sangat lembut. Huhuhu Sila muntah hijau sekarang. hehehe.


Ini kerja yang wajib kami lakukan. Tiap hari kena bersama Mikroskop. Sebab? Sebabnya ialah kita nak lihat anything tentang bahan yang kita uji. Semua jenis boleh.. Cacing sekalipun boleh tengok. Tak percaya? Please sayang percaya saya. *buat muka comel* hehehe.


Makmal perubatan ni kena pandai ambil darah. Bukan jururawat je tau. Kami pun boleh. See, kami belajar semua tu. Ini zack, dia ni adalah penderma tegar dalam kelas sebab bila kami nak buat diagnosis tak ada darah, dia lah yang rajin sangat nak sumbang. It's not a problem sebab untuk kita belajar jugak kan? 


One more thing, kami pun kena kawan dengan bakteria. Wajib sebab Makmal Mikrobiologi adalah salah satu makmal penting dalam kerjaya ini. But kena hati-hati, silap hari bulan bila tak pakai PPE kami orang makmal ini yang akan kena jangkitan bakteria. Sebab tu ain cakap kerjaya ini sangat mencabar. Perlu berhati-hati. 


Ini adalah bakteria yang ditumbuhkan dalam Blood agar. Ini bakteria E.coli. Ehh, Yang lelaki tu jangan fikir lain pulak ye. Memang nama dia macam tu. Harap maklum *muka serius* :|


Inilah dipanggil Sample sel. Daripada makmal Cytologi. Mengkaji pelbagai jenis sel yang ada dalam Vagina kita. Untuk yang perempuan tu ingat sikit ye.. Untuk kamu.. Menggunakan slide ini kami boleh obsever bawah mikroskop.


Saya dalam pakaina makmal. Safety frist ye adik-adik. Sorry muka pucat sebab time ni tengah demam. So, memang not in mood nak solek. 


Ehem ehem *testing suara*. Kami bukan tukang sapu, but kami diajar untuk membersihkan makmal sebelum keluar dari makmal agar makmal nampak bersih dan tak merbahayakan orang lain. Itu penting!!




See, dia sayang saya.. hahaha.. I love u friends. Sooo mmuuucchh!!
*kiss sikit*


I love this moment. I miss them sooo much! >_<


Miss u all soo much! Pejam celik, pejam celik dah nak masuk sem 4 dah. Ya Allah kejap je rasa. Sedihh pun ada sebab sem 5 kami semua dah berpecah. Yelah kan, kami praktikal ada tempat yang tak sama. Apapun ain tetap rindu korang semua. Ingat, walaupun kita dalam kelas tu masing-masing keras kepala, degil dan macam-macam lagi perangai, kita tetap sayang each other right? 
Jangan lupa aku >_< Love u all

Assalamualaikuam ~~~~~





                                                                                                                   Yang benar:
                                                                                                                   Miss Iza












1 comment:

  1. selamat hari raya aidiladha
    http://syiralokman.blogspot.com/2012/09/stylista-contest.html jom join contest ni..guna gambar raya anda ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)