Tabung Kawin

Sunday, 4 November 2012

Pelengkap Hidup.

Assalamualaikum :)

Hari yang aku rasakan cukup gembira. 4/11/2010. With my love & adik kesayangan. Aktiviti yang biasa aku lakukan dulu. Tidak sekarang sebab aku dah sibuk study. Dia, dia dan dia. Amirul asyraaf buat saya rasa hidup ini lengkap. Lengkap bila dia hadir dalam hidup ini. Cukup buat bibir ini tersenyum :)

Pagi-pagi memang dah gadoh, sebab? Sebab dia nak pergi petang dan ain nak pergi pagi. Dua-dua dahla keras kepala. Memang tambah lagi la panas. Tapi, bila aku buat tak tau. Dan dia pun diam je, keadaan jadi tenang tapi muka masing-masing memang kelat. hehehe

Bila dia mula ambil tangan aku dan gengam kuat-kuat, aku rasa keadaan dah ok. Haha.. Dia mengalah.
Akhirnya kan? Tapi itulah yang biasa dia buat. Dia suka cium tangan aku. Agaknya suka bau baby lotion aku kot. hahaha... Joke je.

Bila dia dah mula bosan, mula la nak kacau aku. Geramm je tau. Dia cubit pipi la. Termasuk sebelum aku hantar dia balik tadi, lebih 5 kali dia cubit. Haiiisshhh!!

Dia mula sandarkan badan dia kat aku. Letak tangan kat pinggang aku la. Gosok-gosok kepala aku. Tengok aku then cakap aku gemuk. Itu adalah perkara biasa dia cakap. *Muka ketet* Menci tau kita!

Jam dah menunjukkan Pukul 1.35 p.m. Adik aku tak nak naik-naik lagi. Dia yang kat sebelah mula la buat muka kesian. Lapar lettew. Nasib ada bawak roti.


Si baju hitam. haha.. Macam misteri kan? Ini adik aku. Dan baju meraj sebelah kanan tu adalah adik lelaki aku. Apahal semua tak nak tunjuk muka ni? Pemalu katanya. hahaha


Bila aku pergi beli air dia pandang je. Tahu sangat dah aku mesti beli air yang sejuk. Dia punya la bengang. Yelah, aku punya selsema dan batuk tak baik lagi. Tapi tekak ni degil tetap nak minum air.
Itulah Saya. Dia dah geleng-geleng kepala. Aku hanya mampu bagi muka toye je. hehehe


Tengok la tu, muka ketat dia. Hahaha. Time ni adalah masa untuk balik. Thanks sayang untuk hari ni, 
walaupun date bukan berdua, tapi seronok kan amirul asyraaf? haha. *sila angguk kepala*

Bye-bye taman tema. Esok-esok saya datang lagi.. hehehe.
Thanks korang sebab baca entry ini. Jangan bosan utk baca lagi. 
See you next entry. *lambai tangan* bye :D







                                                                                                      

                                                                                                                     Miss Iza



No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)