Tabung Kawin

Friday 20 March 2015

Berubah

  Bintang tak akan terang tanpa adanya hujan. Bulan tak akan terlihat bila adanya awan yang menutupinya. Begitu juga aku, hadirnya perasaan ini bila adanya kamu yang memberi. Tapi ternyata cinta yang pernah diberi akhirnya jatuh berderai akhirnya. Apa lagi yang boleh aku lakukan untuk cinta itu kerana ianya berkecai dan tak akan mungkin bercantum kembali.


Kata otak supaya lakukan, tetapi kata hati kata, jangan.


Mulut ni teringin nak bertanya, Kenapa? Tapi, sekilas bayangan diri mu tak pernah muncul.
Bila kau pergi, kau membawa sebahagian diri ini. Tapi, disebabkan hati ini sekeras batu, aku buat dono sukahati aku. Aku lalui setiap hari begitu. Tanpa ada yang sedar didalam hati ini menangis tersendu-sendu.

Aku sangkakan cinta ini cinta yang paling sukar untuk aku cari selama ini.
Tetapi kenapa begitu mudah ia dilepaskan?
Kenapa Saat oarang lain mulai bahagia,
Saat itulah, kau mulai tinggalkan aku.
Kenapa?

Bertalu-talu yang bertanya.
Bertalu-talu juga aku ukir  senyuman.
Senyuman yang aku anggap menyakitkam seumur hidup aku.
Ada kau sedar semua itu.
Perit yang aku lalui.
Pahit yang terpaksa rasai.
Sakit yang perlu aku tangisi.

Berubah.
Hati kau berubah.
Puas?
Puas setelah aku kau lepaskan?
Terima kasih.
Terima kasih pernah memberi dan menerima.

Permintaan aku.
Jangan cari aku.
Jangan pernah muncul didepan mata aku.
dan Tolong. Tolong lupakan aku.

Sebab.
Aku tak tahu apa kan jadi pada hati aku bila kau muncul kembali.

Sebab.
Hati nekad.
Aku tak kan terima cinta sesiapa.
Termasuk lah engkau.

Melainkan.
Jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk aku.
Aku akan terima cinta bakal suami aku.
Sebab.
Aku yakin, cinta dia yang Allah tentukan untuk aku.
Dia tak akan pernah menjauh.
Jadi, aku berserah.
Berserah pada JODOH Allah.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)