Tabung Kawin

Wednesday 10 September 2014

First Semester

 Assalamulaikum..

Weeyuhh. *lap peluh* hai korang, seminggu yang lepas seibuk orientasi so, tak sempat nak update apa-apa. Sekarang ni dah masuk first week untuk mula pembelajaran so, lagi la sibuk. Tapi takpe, sekarang ni pun tengah duk tunggu next class, so, ain ambil la masa jap. So far, orientasi so happening! best gila. Dapat kenal kawan baru and yang paling syok, dapat main game yang macam-macam. Fesi kat sini otak genius gila sebab cipta macam2 game yang kiteorg tak expect pun. tapi sayangnya gambar tak dapat lagi. Semua ada kat abg fesi. Nak mintak pun tak sempat.

Now, officialy i'm degree student. Macam tak percaya pun ada. Lagi 4 tahun habis la study. hehe.. Baru sem 1 dah cakap pasal 4 tahun akan datang. woi, lama tu 4 tahun. Boleh jugak aku jelajah satu KL ni karang. hehe. UniKL ni dekat kajang. Tapi KTM mostly dekat sangat kat belakang u ni je. Kalau nak blk pun senang. Nak berjalan pun lagi lah senang. Hehehe. belum sampai sebulan kot nak berjalan je kerjanya. eleh macam korang tak pernah buat. Serius? tipu siapa yang tak pernah buat.

Untuk tahun pertama dan sem pertama ni dia punya subjek takdelah susah. Tapi bila korang ada kat sini, boleh tahan susah dia. Bila fikir balik degree kot. Ada ke study yang tak susah? Haha. kan? Logik akal.




Ini untuk first semester. Sebenarnya ada separuh yang belum start lecture lagi. Tadi punya kelas pun lecture tak masuk. Mana pergi tah. Insyaallah permulaan ni nak score tinggi. Nak capai matlamat. Korang, doakan ain berjaya ya. Support me always ye!! 

Bye. Ada masa ain update lagi. Thanks sudi baca. Love u. Muaah!



Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)