Assalamualaikum.
Seriusly aku dalam keadaan yang sangat serabut. Ni belum termasuk fikir pasal exam ni. Haiihh! *mengeluh* Serabutnya kalah perdana menteri fikir pasal MH 370 tu. What should i do guys??
Esok. Yup esok 5/3 kan? Engengement day best friend gua beb. Noor azra namanya. Tapi... Hmmm tulah, "Tapi" yang menyerabutkan kepala aku ni. "Tapi" tu tadi memang tak dapat aku elakkan. Tak pergi pun serba salah rasanya. Sebagai kawan satu bilik dari sem 1 sampailah sem 4 tak patut kalau aku tak pergi. Kalau aku tak pergi pun atleast aku bagitahu dia awal. Berharap sangat dia tak kecil hati. Pikir pasal hadiah pun tak lagi ni. Tak tahu nak bagi dia hadiah apa. Ya Allah, Bantulah hamba mu ini ya Allah..
Chop, chop! Haa bulan 5 ni ada lagi masalah weh! Ini semua sebab wedding best friend aku jugak. Ya Allah dugaan sangat-sangat ni namanya. Bulan 5 ni wedding Best friend aku dari tingkatan 3 sampailah tingkatan 5. Nak jadikan apa yang aku serba salah sangat adalah time dia bertunang dulu aku tak dapat datang sebab aku kat kolej. Time tu aku call dia mintak maaf tak dapat nak datang. Then kali ni dia mesej aku cakap tarikh dia nikah 30/5/3014. Dan bukan cakap pasal tu je. Dia mintak aku jadi pengapit dia. "What?" aku pun terkejut. Bila aku tanya dia takkan takde siapa. Dia jawab dia nak aku je jadi pengapit dia. What should i do??!!! Ok,Ok belum habis lagi aku cerita. Kalau korang nak tahu, tarikh wedding dia tu sama dengan tarikh wedding kakak sedara aku yang paling rapat. Kakak sedara aku tu dah cakap awal, "ain, akak nak ain pastikan ada masa wedding akak. Ain jadi bidan terjun akak tau." Time tu tak tahu lah berapa lebar mulut aku terbukak. Seriusly aku nak menjerit je time tu.
Sampai ke hari ini, masalah-masalah ni tak pernah aku habis pikir dan bila fikir tak aku temui jalan penyelesainnya. Ya Allah, bantulah aku. Tapi aku sedar bila datangnya masalah ni, aku di senangi ramai. Aku gembira bila kawan-kawan aku mengharapkan aku datang. Tapi tulah.. *mengeluh* ada perkara yang menghalang. What should i do guys??!!!! Help me!!.
Tapi aku nak cakap awal-awal, I'm so sorry my best friend jika aku tak dapat nak datang majlis korang. Bukan aku taknak meraikan. Aku gembira bila semua best friend aku bahagia, ada pasangan tapi, bila ada halangan, aku tak dapat nak elak. Maaf ye kawan. Insyaallah ada jodoh aku jenguk kau. Maafkan aku Azra, eyka.
Apapun untuk kawan-kawan aku, Aku sentiasa doakan jodoh korang panjang hingga ke akhir hayat. Semoga dapat anak yang comel-comel. Insyaallah aku datang lain kali tu, aku bawak gift untuk korang.
Selamat pengantin baru kawan. I love my best friend. All my best friends. i love you all.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)