16 April 2013
Renungan mata itu redup. Seredup hati ini. Awak kena kuat sayang. Saya yakin awak boleh. Saya kenal awak bukan seorang yang lemah. Sebab awaklah pembimbing saya. Awak bagi saya semangat saat air mata saya jatuh. Awak penyokong setia saya. Jadi, saya tak sanggup tengok awak lemah macam ni.
Kaki saya seakan lemah bila saya tengok air mata awak jatuh. Mana sayang saya yang saya kenal? mana kekuatan diri dia? Kemana dia menghilang? Saya tak sanggup lagi nak tengok air mata awak jatuh. Saya paksa awak pandang saya. Saya kesat air mata awak. Saya pujuk awak. "Awak kena kuat sayang". Saya paksa supaya tak menagis didepan awak. Saya tahan air mata ini dari keluar. Saya taknak awak makin lemah bila awak tengok saya menagis. Saya pura-pura kuat. Saya nak awak juga kuat macam saya.
Awak tarik tangan saya. Awak ajak saya pergi tempat yang lapang lagi kehijauan. Tenang rasanya bila pandang kehijaun itu. Saya harap hati awak macam tu. Saya lihat awak termenung jauh. Saya tahu apa awak fikirkan. Jadi saya biarkan awak lepaskan semua beban dihati awak tu.
Sedang saya leka dengan ciptaan-Nya, awak datang. Awak datang pada saya dengan senyuman dibibir. Awak hulurkan tangan awak yang kelihatan urat-urat timbul tu pada saya. Agar saya bangun dan berjalan bersama-sama awak. Saya gembira lihat senyuman awak. Saya bersyukur. Ternyata awak memang kuat sayang.
18 April 2013
Tepat pukul 7.30 pagi Blackberry saya berdering lagu iyaz- replay. Saya angkat dan kedengaran suara awak. Dengan malas saya bangun dari katil. Saya tolak tepi bear didi pemberian awak. Saya capai tuala pink saya dan bersiap. Dengan hanya memakai blouse coklat pemberian mama awak, dan jeans saya keluar dari rumah dengan sebelah tangan memegang helmet. Awak setia depan pintu pagar rumah saya. Tanpa saya suruh, awak sarungkan helmet pada saya dan awak tolong ikatkan tali helmet itu sekali. Sememangnya itulah yang awak buat bila saya sampai je kat depan awak.
Akhirnya sampai juga roti sardin depan mata saya. Macam tau-tau je perut ini tengah nyanyi lagu siti nurhaliza. Hehe.. Awak makan roti telur je. Biasanya awak makan 2 tapi hari ini awak makan satu. Awak cakap " Sayang tak ada selera lah bby. Bby makan je k". Saya faham. Saya taknak paksa. Sebab saya memang tak suka paksa buat benda yang awak tak suka.
Sesekali saya pandang awak. Kenapa awak tenung saya macam tu? Malu saya nak makan. "Comotnya lah bby sayang ni makan". Okey saya malu. Awak lap bibir saya. Dan lepas tu awak sambung tenung saya makan. Apa seyhh awak ni sayang. Saya macam makan cara wanita melayu terkahir tau. Bila mulut saya kembung dengan makanan, awak tersenyum. Awak suka ea tengok saya makan? Tanpa rasa bersalah, awak cubit hidung saya sampai merah. Awak cakap "Sayang kalau dapat pipi, hidung, bibir bby tu, sayang nak gigit. Geram tau". Glupp. Nak gigit? Kalau macam tu konfom2 saya tak bagi. Tapi untuk awak, apa saja sayang. Janji kita kawin dulu. Hehe..
Saya diri betul-betul depan katil dimana nenek awak ditempatkan. Saya salam mama, ayah awak. dan sedara-sedar awak yang lain. Kekok rasanya bila ramai-ramai macam ni. Saya jadi malu. Tapi rasa tu sekejap je datang bila awak selalu duduk sebelah saya. Sesekali je awak bangun apabila mama awak panggil.
Nak menitis air mata ini bila awak usap-usap tangan nenek awak. Saya tau awak sayang dia. Saya jatuh hati pada awak sebab sifat awak yang cukup penyayang even awak tak pernah meluahkan. Awak suap nenek awak air. Awak tolong dia bangun. Saya jadi simpati. Saya sayang nenek awak macam mana awak sayang dia. Sebab dialah teman borak saya tiap kali saya singgah rumah awak. Saya suka borak dengan nenek awak. Dia baik. Dia peramah. Sesekali nenek awak mengadu sakit kaki, saya bantu dia. Saya sayang nenek awak.
Jam menunjukkan angka 11.00 am. Saya perlu balik. Banyak benda yang belum saya kemas kat rumah. Dan yang paling saya risau, saya tak masak tengah hari lagi. Dengan hati-hati saya bagitau mama. Saya cium tangan mama. Saya salam semua sedara-mara awak. Yang terakhir, saya hampiri katil nenek awak. Saya ambil tangan dia lalu saya cium. Saya dekatkan muka saya kat pipi dia dan saya cium. Even dia bukan nenek saya, saya sayang dia. Sebab saya pernah rasa kehilangan nenek. Nenek yang jaga saya dari kecik sampailah saya habis tadika. Sungguh saya rindukan nenek. Saya nak peluk nenek sebab nenek banyak manjakan saya, Nenek suapkan saya makan masa kecik-kecik. Nenek hantar saya pergi tadika. Bila suatu hari tu saya dapat berita nenek koma, saya seakan-akan nak jatuh. Nenek sakit? Bila saya datang melawat nenek, saya tengok badan nenek penuh dengan wayar-wayar. mata nenek tutup. Nenek tak nak pandang ain ke? Nenek tak rindu ain? Saya datang dekat. Saya usap tangan nenek. Tangan itulah yang dulunya pernah mandikan saya. yang pernah suapkan saya makan. Tapi sekarang, tak ada lagi. Nenek tak bergerak. Nenek kaku. Ain rindu nenek sangat2.
Begitu kuatnya saya, saya tahan air mata ini. Bila sampai ke kat bilik air, saya lepaskan semuanya. nenek yang dulu begitu mesra, yang begitu manjakan saya, dah tebaring kaku. Kemana lagi nak saya capai kasih sayang itu?
Dah seminggu nenek koma. Nenek diam tanpa membuka mata. Nenek kena kuat. Ain masih perlukan nenek. Malam itu, saya tak dapat lelapkan mata. Saya gelisah. Bila tanya ibu, ayah, pak ngah, pak him, mak long, mak usu ada kat hospital. Ayah suruh tunggu dirumah je.
Tepat jam 1.00 am pagi, telifon rumah berdering. Kebetulan ibu ada disitu dan ibu yang angkat. "Inalillahinilliahiragiun" Itulah perkataan yang keluar dari mulut ibu. Air mata ibu megalir. saya terkejut. Nenek? Nenek dah pergi tinggalkan ain? Nenek tinggalkan kami semua?
Kini didepan aku, wajah nenek bersih. nenek seakan-akan tersenyum kearah ku. Nenek, ain belum sempat nak cakap ain sayang nenek. Kenapa nenek pergi dulu? Dengan perlahan, saya dekatkan muka ku pada nenek. Saya cium dahi nenek. Dahi nenek sejuk. Nenek terseyum. Ain tahu nenek akan tenang disana. Nenek, ain masih lagi kuat. Ain tahan air mata ni dari melimpah. Ain nak nenek pergi dengan aman. Biarlah nenek tenang. Ain redha..
Saat keranda sudah dimasukkan kedalam van, air mata ini seakan-akan tak dapat nak menampung nya lagi. Nenek, akhirnya air mata ain keluar. Ain sedih. Kenapa nenek tinggalkan ain? Ain rindu nenek. Kaki ini terasa lemah. saya dah tak sanggup lagi. Air mata ini laju mengalir. Selaju van yang membawa jasad nenek. Nenek, jangan tinggalkan ain...
Dengan tiba-tiba saya terkejut. Awak pandang saya pelik. "Kenapa bby nagis tiba-tiba ni?" eh, saya nagis? Haah la. Nenek, ain doakan nenek aman disana. Sambil tersenyum aku berkata "Tak ada apa-apalah sayang. Bby sedih tengok nenek sayang macam tu". Itu saje aku mampu berkata.
Ya Allah, semoag kau tempatkan nenek ku digolongan orang-orang yang beriman. Kau ampunkan lah segala dosa-dosanya. Dan kau limpahilah kesihatan keatas nenek amirul agar neneknya cepat sembuh. Amin...
Miss Iza
No comments:
Post a Comment
Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)