Tabung Kawin

Friday 1 July 2016

Sakit

Baru aku tahu macam ni sakitnya cinta bertepuk sebelah tangan. Lagi sakit rasanya dari ditinggalkan. Perit. Hancur berkecai hati. Hanya Allah jelah yang tahu. 

Sepatutnya dari dulu lagi aku tak berharap apa-apa pun dari dia. And now, bila aku dah mula tersenyum saat itulah sakit itu datang bersama. 

Dimata hatinya aku tak lebih dari seorang teman. Penghibur dilaka kesunyian. 

Kau kuat ain. Kau boleh. Kutip hati kau balik. Tampal kat tepi penjuru. Jangan bagi orang nampak yang sebenarnya hati kau tengah hancur. 

Ibu adik along semua nampak aku tersenyum tapi hakikat dalaman aku je yang boleh simpan. Biarlah aku sorang je yang tahu. 

Aku xsepatutnya kejar apa yang aku suka sebab apa yang aku suka tu belum tentu jadi milik aku. Dan apa yang milik aku tu sepatutnya yang aku perlu suka. Mungkin itu yang terbaik yang Allah berikan. 

Sampai masa utk aku berhenti. Stop dipertengan jalan ni je. Dan aku perlu belok ke jalan lain. Sebab jalan yang aku pilih sekarang ni lagi berduri. Aku tak sanggup rasanya. 

Untuk kesekian kalinya aku simpan balik hati aku dalam balang kaca. Ianya nampak hancur sikit tapi takpelah, Sekurang kurangnya aku dah cuba cantumkan semula. 

Aku kena lawan perasaan. Mungkin ini jalan yang terbaik ;)


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)