Angin sejuk mula menampar lembut tubuh ku. Aku toleh kiri
dan kanan. Aku seakan hilang arah. aku sendiri tak tahu di mana aku sebenarnya.
Antara khayalan atau kenyataan, aku keliru. Dari kesamaran pandangan ku, aku
terpandang seseorang. Melangkah ke arah aku. Sungguh kabur pandangan aku saat
itu. Aku cuba amati tapi tak berjaya. Tiba2 tubuh itu berhenti benar2 di
hadapan ku. Dari kaki aku toleh perlahan2. Ya Allah, Aku cuba amati wajahnya tp
tetap tak berjaya. bagaikan ada sesuatu cahaya silau mengaburi pandangan aku
saat itu. Tetapi saat itu aku hanya terlihat sebuah senyuman nya. Sungguh
memukau. Terdetik dihati yang senyuman itu yang paling indah pernah aku
perolehi. Bagaikan kuasa magik, di genggaman aku aku sesuatu. Perlahan aku
buka, aku terkejut. Ada begitu banyak helaian kelopak bunga mawar sedang
terbang. akhir sekali ada sebentuk cincin di telapak tangan aku. Cantik. Ia sungguh
cantik. Tiba2 aku teringan kan lelaki misteri itu. lantas aku toleh tapi tiada.
Seolah2 ghaib begitu sahaja. aku bagaikan gelisah, berlari aku aku mencari. Aku
lintas setiap penjuru. tiba2 aku
terlihat satu bayangan yang jauh tinggalkan aku.
Sekuat hati ini aku berlari. Kejar secepat yang mungkin
tapi, bayangan tu lenyap. Hilang terus
dari pandangan aku.
Longlai sungguh lutut saat itu. Ya Allah, aku tak kuat.
Kenapa hati aku begitu sakit. Ya Allah, pedihnya bagaikan dtusuk2. Sakit nya
dada ini. Ya Allah, Sungguh begitu sakit hati ini. Tanpa aku sedar, air mata
aku menitis. Sekuat hati tahan tapi sakitnya tetap menusuk. Puas juga aku kesat
air mata yang mengalir tp akhirnya ia tetap sakit, tetap mengalir deras.
Tanpa sedar bayangan itu datang menghampiri aku. Dekat dan
semakin dekat. Tiba2 dia memaut erat jari aku. Tergamam tak terkata. Aku
pandang lelaki itu tetapi tetap tak terlihat. Dan aku hanya lihat senyuman nya
itu. Ya Allah sungguh indah. Senyuman yang aku rasakan ikhlas.
5.30 pagi – Tersedar dari mimpi yang panjang. Ya Allah,
mimpi rupanya aku ni. Ku raup muka beberapa kali. Puas aku termenung memikirkan
siapa lelaki dlm mimpi itu tapi tiada bayangan.
Mungkin ini semua hanya mainan tidur tapi cukup kuat aku
katakan yang mimpi itu seakan menusuk ke dalam hati ini. sehingga saat ini aku
tetap rasakan ia menusuk dalam hati. Walaupun aku tak tahu apa maksud mimpi tu,
Aku yakin Allah lebih mengerti. Terasa ia begitu dekat. Sangat dekat.
Mimpi itu.....