Tabung Kawin

Wednesday, 18 September 2013

Kepuasan Diri.

Assalamualaikum gegirl dan boboy.. Sorry dah lama tak update. Almaklumlah buzy praktikal dan untuk final exam yang baru je lepas. Alhamdulillah nampaknya semuanya berjalan dengan baik. Moga-moga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Aku renung blackberry milik ku dan jam menunjukkan 1.56 a.m. Tetapi mata ini masih segar. Jadi, aku mula menulis entry ini untuk melapaskan segala yang terbuku di hati.


       Sepanjang perjalanan diri ini sebagai pelajar, ain selalu bersyukur sebab Allah dah aturkan perjalan yang terlalu kemas dan indah. Terkadang kaki ini tersungkur dan ada kalanya terjatuh. Mungkin ini yang mengajar kita untuk lebih kuat. Lebih berhati-hati. Lebih mengetahui apa yang baik dan yang buruk.


      Bermulanya perjalanan ain sebagai pelajar 2 tahun yang lepas. Terasa masa terlalu cepat berlalu. Cepatnya kaki ini melangkah menghadapi setiap cabaran yang berada di depan mata. Ain rindu. Rindu kenangan masa mula-mula masuk kolej. Terasa diri ini huru-hara. Yelah, first time melangkah ke menara gading tanpa ibu dan ayah disisi. Tapi, sekarang ini ain sudah mampu tersenyum. Ternyata hidup jauh diperantauan ini mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah ain mampu.

     kehidupan bergini mengajar kita berhadapan dengan pelbagai rupa bentuk manusia. Manusia yang kita belum pernah jumpa. Bertemu kawan baru. Bermacam gelagat. Bermacam kerenah. Tapi dalam ramai-ramai yang kita kenal di kolej, hanya 2, 3 orang yang betul-betul rapat dengan kita. Ketawa sama-sama. Kongsi cerita bersama. Berjalan bersama. Kemana semua bersama. Tetapi, dalam ketawa, ada juga air mata yang akan menitis. Tak berseri persahabatan itu kalau tanpa salah dan faham. Kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Melainkan Allah. Oh, Dah alang bercerita tentang sahabat ni, nak cerita pasal Fakhrur Razi. harap dia tak nampak apa yang saya tulis ni. hehe. ok tapi kalau dia nampak jugak, i want to say hello to you Fakhrur Razi. Eh, awak kawan kita dah lama. Yelh,mybe terlost contect hanya sebab diri ini dah berstatus. Maybe itu kami tak berapa rapat. tapi perkenalan di Facebook menyebabkan saya kenal dia. Permulaanya kami tersalah add friend. Mulanya tegurlah. manalah tahu satu kolej. tapi sebenarnya lain kolej. Dia kat kelantan dan saya kat terengganu. Sejak itu kami berkawan. Walaupun kawan tak serapat mana, tapi kira sebagai kawan jugak la. Sebab selama mana pun tak contect, ada masa, dia akan muncul semula. It's okey fakhrur, saya faham. So, kita dah kawan hampir 2 tahun kan? Daripada awak ada awek, sampailah awak dah jadi single balik, muka saya je kan yang kawan dengan awak. hehe. Sebenarnya saya suka kawan dengan awak. selesa bila berbual dengan awak. Walaupun pertemuan kita hanya sekali, saya dah anggap pertemuan itu bermakna. Sebab lepas ni tak tahu dapat jumpa lagi atau tak. Apapun, saya daripada jauh doakan yang terbaik untuk awak. Ingat, jangan pernah lupa saya. Semoga berjaya untuk awak je Fakhrur Razi.

      Itu cerita saya tentang sahabat yang paling best. hehe. sebenarnya banyak sangat kenangan yang tercipta. terlalu banyak sampaikan nak ulang je semua kenangan itu. Indahnya Kau cipta kenangan ini Ya Allah. Indah sungguh perjalanan ini. Aku mampu merantau diserata tempat. Hanya untuk menimba ilmu. Disamping itu Kau beri aku rezeki untuk melihat pengalam di tempat orang. Alhamdulillah...

     Sungguh aku puas menjalani kehidupan ini. Tersenyum aku melihat kenangan dulu. Tak mampu rasanya nak aku lupakan. Lepas ni, aku bakal melangkah ke Alam kehidupan yang baru. kehidupan yangg akan aku ketahui betapa susahnya ibu dan ayah mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Insyaallah akan aku balas segala usaha ayah dan ibu untuk membesarkan aku. Semoga kau berikan aku rezeki yang tak ternilai.

    Tangis dan tawa mengiri perjalanan ku. Aku gembira tatkala aku hati ini berjaya. tapi Aku menangis tatkala hati ini runtuh. kaki ini jatuh. Aku kesat air mata agar aku mampu untuk terus berdiri. Melangkah dengan penuh pengharap untuk berjaya.

   Terima kasih Ya Allah untuk kehidupan ini. Jatuh bangun aku sendiri. Mengajar aku erti kedewasaan. Alhamdulillah Aku masih mampu. Mampu menjadi hamba-Mu yang tabah. Insyaallah..





Salam Sayang : 
Ain    

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)