Tabung Kawin

Thursday 24 November 2011

Saya cintakan awak!!

Satu pasangan kekasih sedang memecut lebih dari 100 km/j di jalanraya.

Gadis : awak perlahankan lah sikit motor awak nie.. saya takut la..
Lelaki : bawak laju-laju kan best.
Gadis : tak seronok pun la...tolong la... saya takut ni..
Lelaki : kalau nak saya perlahankan motorsikal ni, awak kena cakap awak cintakan saya dulu.
Gadis : ok! Saya cintakan awak!!
Lelaki : ok. sekarang peluk saya kuat-kuat.

*gadis itu memeluk lelaki itu dengan erat*

Lelaki : awak, boleh tolong tanggalakan tak topi keledar saya?? lepas tu pakaikan pada awak.
            saya rasa tak selesa la.


.....................................................................................................................................................................
Berita keesokkanya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.
Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Dan hanya seorang yang terselamat.
Manakala mangsa yang kedua mati akibat cedera parah.


..................................................................................................................................................................
Kisah sebenar :


Semasa menuruni jalan tersebut, si lelaki mendapati brek motornya tidak berfungsi. tetapi dia tak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya dia meminta kekasihnya mengucapkan perkataan "saya cintakan awak" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya sebelum dia pergi utk selamanya. Dan dia memeberikan topi keledar kepada kekasihnya agar kekasihnya selamat. Walaupun dia sedar dia kan mati.

*ungkapkan sebelum terlambat*

Sumber :
kisah sedih


No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)