Tabung Kawin

Thursday 27 October 2011

Manusia boleh berubah..

Tentunya manusia boleh berubah. Aku yakin begitu. Malah semua orang kata begitu.
 Kadang-kadang manusia berubah kerana apa yang berlaku disekeliling mereka.
Kadang-kadang pula, kerana dia dilatih untuk berubah atau membuat perubahan. Itulah antara teori perubahan.
kerana itulah manusia disuruh dilatih dan mencari ilmu yang baru. Aku percaya dia juga begitu.
Mampu berubah untuk mencari ketenangan jiwa dan memikirkan tentang hati...
Soal hati tepuk dada tanya selera. Hanya hati sahaja yang memahami apa yang dirasa unuk seseorang.
Seseorang yang dimana wujudnya satu perasaan yang membuatkan kita berfikir untuk memiliki.
Tetapi, Cinta tak semestinya memiliki. Itu yang kita perlu tahu. Dan Cinta juga tidak boleh dipaksa.
Seperti aku, aku memiliki dia kerana dia mencintai aku. Aku membiarkan dia mencintai aku sedangkan saat itu
aku seolah-olah tertanya-tanya tentang perasaan ini terhadapnya. Sungguh pun begitu, aku melayannya seperi hati ini ditetapkan untuk dia. Hanya dia. Manusia boleh berubah kerana cinta. Ada juga yang mati kerana cinta.
Sememangnya CINTA mempengaruhi segala-galanya. Dan perubahan dalam diri manusia tak boleh di ubah melainkan hanya dirinya sendiri. Sekiranya perubahan itu disebabkan orang lain, itu hanya merosakakn diri.
Sebenarnya tiada sesiapa pun didalam dunia ini sempurna. No bady perfect.. Adakala kita perlukan masa untuk berubah. Kita perlu bersendirian untuk membuat perubahan.



Akan kamu temui ketenangan dan merenugi diri sendiri....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)