Tabung Kawin

Wednesday, 21 May 2014

Kita.




Masa tu hari-hari kita sembang,
Sebelum tidur ditemani suara kau,
Bangun tidur dikejutkan dengan suara kau,
Dari segala segi, apa-apa pun aku tetap cari kau,

Agak-agak kau,

Bila kau takde nanti macam mana ye keadaan aku?,

Aku percaya,
Kawin,
Cerai,
Mati,
Akan terjadi,
Tetapi, kau harus tahu,
Walaupun kau dan aku tiada ikatan suatu hari nanti,


Hati dan fikiran aku tak akan lari dari terus ingatkan kau,

Dan semesinya,

Mendoakan kebahagiaan kau.





Nota untuk kesayangan




Wahai kesayangan,


Suatu hari nanti,
Saat aku bangun dari tidur,
Orang pertama yang aku cari adalah kesayangan aku,
Dalam apa jua perkara,
Aku hanya mahu kau,
Habiskan masa untuk bersama kau,



Aku mahu jadikan kau yang terakhir untukku,
Yang terakhir untuk penamat kisah cinta aku,
Imam disetiap solat lima waktu ku,
Membersihkan air mata ku saat ia mengalir,
Dialah teman, dialah Suami,



Kita berpimpin tangan ditaman,
Mengambil gambar keluarga bersama,
Ibu, ayah, dan anak-anak kita,
Dan juga anak yang sedang membesar dalam perut,
Dikala itu, dia pegang erat bahu ku,
Sambil tersenyum bahagia,


Begitu indahnya saat itu,
Kau, aku, dan keluarga kita,


Wednesday, 14 May 2014

Tabiat dan sikap.

     

Ada orang tanya, "Best ke cerita cinta kau?" saya tak jawab. Bagi saya, setiap perhubungan mereka ada keistimewaan tersendiri. Bagi mereka, cinta mereka lah yang paling best. Begitu juga dengan saya. Bagi saya, "You're the best".

Maaf, saya selalu kasar dengan awak.

Selama ni, saya yang salah awak mintak maaf.
Awak yang merajuk tapi saya yang marah
Awak tak salah tapi awak turunkan ego awak dan kejar saya.

Awak sedia maklum perangai dan tabiat saya macam mana kan?



1. Saya seorang yang cepat nak marah.
    Saya suka marah2 tanpa arah. Awak tanya saya sikit tapi melenting saya macam ribut taufan. Saya tak suka awak tanya bertalu-talu nanti saya cepat marah. Lagi satu, saya suka amik sensitif sesuatu benda.

2. Saya kuat cemburu.
    Yup, saya ada perangai macam tu. Saya cepat sangat tarik muka bila sesuatu curiga di mata saya. Saya akan tanya bertalu-talu sampailah saya puas hati. Tapi saya jarang sangat sentuh phone awak. sebab kalau saya pegang, lagi menjadi-jadi cemburu saya ni. Jadi, saya dah mula dapat kawal. Saya akan positif.

3. Saya suka jerit-jerit kat telinga awak.
   saya jenis yang suka jerit-jerit. Tak kira kat rumah ataupun dengan awak. Sebab tu bila saya marah, jerit saya tu menyebabkan awak ingat saya tengking awak. Jangan kan awak, kat rumah ni, adik-adik saya pun dah lali dengar suara jeritan saya.

4. Saya suka berjalan tapi tak suka shopping.
   Awak rajin ajak saya jalan bila kita date. Sebab saya suka vacation daripada shopping. Saya suka lihat tempat2 yang cantik dan berjalan kat tempat orang. Dulu awak suka bawak saya pergi melaka, sanggup pagi2 naik bas, dah puas jalan, malam baru kita balik rumah. Satu hari je awak amik masa nak bawak saya jalan.

5. Saya suka Donut big apple, Choc kek indulgest, Dan Choc Caremal dari starbuck.
  Semua di atas tu kesukaan saya. Dan saya suka sejak awak yang rajin belikan utk saya. Tiap kali keluar je, Big apple donut perisa oreo mesti ada kat tangan saya. See, awak suka manjakan saya. Kadang tu, walaupun kita tak keluar, awak pergi bandar semata-mata nak beli big apple dan hantar kat rumah saya.
saya tak tahu apa motif sebenarnya. Yelah awak tetiba call tanya nak donut ke tak.

Okey, sampai tu je saya mampu type. Sorry awak, mata saya dah ngantuk. Jam pun 2.03 am.

Saya rindukan awak.
Saya menantikan kepulangan awak.
Dan Saya sayang awak.

Assalamualaikum.



By Faizatul Ain Hamsam

Saturday, 10 May 2014

Happy Mother's day, mummy.



Ibu, Terima kasih atas segala pengorbanan mu
Ibu, Terima kasih atas kasih sayang mu
Ibu, Terima kasih atas belaian mu
Ibu, Terima kasih atas sokongan mu



Andai aku diberi umur yang panjang,
aku mahu benar memberi mu sesuatu yang berharga.
aku mahu kau lihat aku berkeluarga
Merasa kau mendakap cucu



Setiap langkah mu di berikan keberkatan
Allah lebih melindungi mu
aku yakin Allah menyayangi mu.
Seperti kami adik-beradik, sayang padamu, ibu.



Ibu, ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Bukan niat untuk menyakiti
Mungkin kerana terlalu mengikut hati
Maafkan aku, ibu.



Ingin sekali aku memeluk mu
Mendakapmu dengan penuh kerinduan
Ingin aku menangis di dada mu
Menghilang kan segala kelukaan.



Aku mencintaimu wahai ibu
kau jiwa ku
Kau semangat ku
Kau lah segalanya bagiku.


I love you, ibu.




    














Saturday, 3 May 2014

Giveaway: I love perfume



 


Assalamualaikum ika, Terikut untuk join giveaway kali ni sebab rasa macam best sangat. Actually ain ni jarang nak join giveaway ni sebab dulu malas nak type entry but now rasa semangat pulak. hehe. 
sebenarnya hadiah kali ni nampak macam menarik dan ain rasa memang menarik. So ia menarik hati ini dan menarik jejari ini untuk tulis entry. 

For your information ain kalau guna perfume ain guna yang biasa-biasa je. Kalau nak beli yang mahal pun sekali dua je pernah. itupun orang yang bagi. Alahamdulillah rezeki orang bagi. Lepas habis guna, terpaksa beli yang baru. Sebab tu ain beli yang biasa-biasa. Itu pun dah memadai. Botol tu kalau boleh nak frame kan supaya ada kenangan. Yelah, sayangkan botol perfume mahal kita nak buang. Siapa je tak sayang. 

Sebenarnya ain tak pernah bau lagi perfume Mary Kay. And tak tahu macam mana bau dia. Tapi lihat dari botol dia ain tahu yang bau dia sangat lembut dan harum. So, sesuai untuk ain kot. Kalau sebelum ni botol perfume ain warna pink lepas ni kalau menang, insyaallah ain akan simpan botol perfume warna purple pulak. Sebenarnya pun ain akan simpan semua botol perfume. tak kira yang murah or mahal. Ain tetap simpan. Walaupun rasa menyemak atas meja solek, tapi bila pandang rasa best, And ain rasa lagi best kalau menang perfume by Mary Kay ini. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk menang. 

Okey ika, i hope the perfume will be mine. Assalamualaikum.



Giveaway :It's me, ika


Wednesday, 30 April 2014

Giveaway Birthday by Syira Lokman


  


Assalamualaikum syira. Niat nak join giveaway ni hanya nak mencuba. Lagipun boleh eratkan silaraturahim antara kita. Insyaallah. Sempena birthday syira ni, ada ucapan khas untuk kamu. Birthday yang ke 20 tahun ye? Kalau gitu, saya ni kakak awak lah. Birthday saya baru je lepas. 9/4 hari tu. Tapi yang ke 21 tahun. Beza kita setahun je. Okey boleh panggil syira adik yang cantik lagi manis. 

 Happy Birthday utk adik Syira. Yang ke 20 tahun. Semoga panjang umur. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga diberi kesihatan yang melimpah-ruah. Semoga diberikan keberkatan dalam hidup. Semoga Allah mempermudahkan apa saje yang syira lakukan. Semoga bahagia disamping yang tersayang. Insyaallah semoga Allah berikan keberkatan. 

Ingat nak bagi kek tapi jauh la. Pos boleh? hehe. Gurau je. Adik, perjalanan mu masih panjang. Masih jauh. Jangan pernah putus asa dengan setiap cabaran dan dugaan yang mendatang. Hadapinya dengan tabah. Percaya yang Allah sentiasa bersama. Buat yang terbaik untuk your study. Tidak ada belajar yang senang. Dan tak ada usaha yang menyusahkan. Jika kita niat baik, insyaallah baik lah untuk kita. 

For your moment birthday tahun ni, kakak. amboi kakak gitu. hehe.. ada video khas utk awak. Tapi sorry sebab curi gambar awak.


Happy birthday Syira Lokman. 



Giveaway : Syira Lokman





Friday, 4 April 2014

Berbelah bahagi.

  Assalamualaikum.

Seriusly aku dalam keadaan yang sangat serabut. Ni belum termasuk fikir pasal exam ni. Haiihh! *mengeluh* Serabutnya kalah perdana menteri fikir pasal MH 370 tu. What should i do guys??

Esok. Yup esok 5/3 kan? Engengement day best friend gua beb. Noor azra namanya. Tapi... Hmmm tulah, "Tapi" yang menyerabutkan kepala aku ni. "Tapi" tu tadi memang tak dapat aku elakkan. Tak pergi pun serba salah rasanya. Sebagai kawan satu bilik dari sem 1 sampailah sem 4 tak patut kalau aku tak pergi. Kalau aku tak pergi pun atleast aku bagitahu dia awal. Berharap sangat dia tak kecil hati. Pikir pasal hadiah pun tak lagi ni. Tak tahu nak bagi dia hadiah apa. Ya Allah, Bantulah hamba mu ini ya Allah..

Chop, chop! Haa bulan 5 ni ada lagi masalah weh! Ini semua sebab wedding best friend aku jugak. Ya Allah dugaan sangat-sangat ni namanya. Bulan 5 ni wedding Best friend aku dari tingkatan 3 sampailah tingkatan 5. Nak jadikan apa yang aku serba salah sangat adalah time dia bertunang dulu aku tak dapat datang sebab aku kat kolej. Time tu aku call dia mintak maaf tak dapat nak datang. Then kali ni dia mesej aku cakap tarikh dia nikah 30/5/3014. Dan bukan cakap pasal tu je. Dia mintak aku jadi pengapit dia. "What?" aku pun terkejut. Bila aku tanya dia takkan takde siapa. Dia jawab dia nak aku je jadi pengapit dia. What should i do??!!! Ok,Ok belum habis lagi aku cerita. Kalau korang nak tahu, tarikh wedding dia tu sama dengan tarikh wedding kakak sedara aku yang paling rapat. Kakak sedara aku tu dah cakap awal, "ain, akak nak ain pastikan ada masa wedding akak. Ain jadi bidan terjun akak tau." Time tu tak tahu lah berapa lebar mulut aku terbukak. Seriusly aku nak menjerit je time tu.

Sampai ke hari ini, masalah-masalah ni tak pernah aku habis pikir dan bila fikir tak aku temui jalan penyelesainnya. Ya Allah, bantulah aku. Tapi aku sedar bila datangnya masalah ni, aku di senangi ramai. Aku gembira bila kawan-kawan aku mengharapkan aku datang. Tapi tulah.. *mengeluh* ada perkara yang menghalang. What should i do guys??!!!! Help me!!.


Tapi aku nak cakap awal-awal, I'm so sorry my best friend jika aku tak dapat nak datang majlis korang. Bukan aku taknak meraikan. Aku gembira bila semua best friend aku bahagia, ada pasangan tapi, bila ada halangan, aku tak dapat nak elak. Maaf ye kawan. Insyaallah ada jodoh aku jenguk kau. Maafkan aku Azra, eyka.

Apapun untuk kawan-kawan aku, Aku sentiasa doakan jodoh korang panjang hingga ke akhir hayat. Semoga dapat anak yang comel-comel. Insyaallah aku datang lain kali tu, aku bawak gift untuk korang.
Selamat pengantin baru kawan. I love my best friend. All my best friends. i love you all.

Sunday, 23 March 2014

Mimpi itu.....

  Angin sejuk mula menampar lembut tubuh ku. Aku toleh kiri dan kanan. Aku seakan hilang arah. aku sendiri tak tahu di mana aku sebenarnya. Antara khayalan atau kenyataan, aku keliru. Dari kesamaran pandangan ku, aku terpandang seseorang. Melangkah ke arah aku. Sungguh kabur pandangan aku saat itu. Aku cuba amati tapi tak berjaya. Tiba2 tubuh itu berhenti benar2 di hadapan ku. Dari kaki aku toleh perlahan2. Ya Allah, Aku cuba amati wajahnya tp tetap tak berjaya. bagaikan ada sesuatu cahaya silau mengaburi pandangan aku saat itu. Tetapi saat itu aku hanya terlihat sebuah senyuman nya. Sungguh memukau. Terdetik dihati yang senyuman itu yang paling indah pernah aku perolehi. Bagaikan kuasa magik, di genggaman aku aku sesuatu. Perlahan aku buka, aku terkejut. Ada begitu banyak helaian kelopak bunga mawar sedang terbang. akhir sekali ada sebentuk cincin di telapak tangan aku. Cantik. Ia sungguh cantik. Tiba2 aku teringan kan lelaki misteri itu. lantas aku toleh tapi tiada. Seolah2 ghaib begitu sahaja. aku bagaikan gelisah, berlari aku aku mencari. Aku lintas setiap penjuru.  tiba2 aku terlihat satu bayangan yang jauh tinggalkan aku.
Sekuat hati ini aku berlari. Kejar secepat yang mungkin tapi, bayangan  tu lenyap. Hilang terus dari pandangan aku.
Longlai sungguh lutut saat itu. Ya Allah, aku tak kuat. Kenapa hati aku begitu sakit. Ya Allah, pedihnya bagaikan dtusuk2. Sakit nya dada ini. Ya Allah, Sungguh begitu sakit hati ini. Tanpa aku sedar, air mata aku menitis. Sekuat hati tahan tapi sakitnya tetap menusuk. Puas juga aku kesat air mata yang mengalir tp akhirnya ia tetap sakit, tetap mengalir deras.

Tanpa sedar bayangan itu datang menghampiri aku. Dekat dan semakin dekat. Tiba2 dia memaut erat jari aku. Tergamam tak terkata. Aku pandang lelaki itu tetapi tetap tak terlihat. Dan aku hanya lihat senyuman nya itu. Ya Allah sungguh indah. Senyuman yang aku rasakan ikhlas.

5.30 pagi – Tersedar dari mimpi yang panjang. Ya Allah, mimpi rupanya aku ni. Ku raup muka beberapa kali. Puas aku termenung memikirkan siapa lelaki dlm mimpi itu tapi tiada bayangan.
Mungkin ini semua hanya mainan tidur tapi cukup kuat aku katakan yang mimpi itu seakan menusuk ke dalam hati ini. sehingga saat ini aku tetap rasakan ia menusuk dalam hati. Walaupun aku tak tahu apa maksud mimpi tu, Aku yakin Allah lebih mengerti. Terasa ia begitu dekat. Sangat dekat. 

Friday, 27 December 2013

Perasaan ini bukan paksaan : I

Assalamualaikum. Tersedar yang  sebelum ni aku malas betul nak update blog. Malas bukan sebab apa, sebab aku sibuk praktikal And ngadap patient. Ngadap darah, dan itu memang tentunya tiap hari aku kena ngadap.


 Tiap masa aku sedar yang aku tak mampu lagi nak tahan perasaan ini. Walaupun aku cuba untuk halau perasaan ini dengan sibukkan diri tapi hakikatnya tetap tak boleh. Mengeluh tu dah biasa bagi aku.

 23 December 2013
Macam kebiasaanya aku tersedar tepat jam 5.50 a.m. Dan tepat jam 6.50 aku siap untuk ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan. Tiba di hospital aku dan empat lagi kawan wajib breakfast. Sambil berjalan menuju ke kafe Hospital, aku perasan mata-mata yg melihat. Tapi aku biarkan. Positive thinking. Masuk je Makmal, aku terus mulakan kerja. Macam kebiasaan yang aku buat sejak 2 bulan yang lepas. Sambil aku leka duduk, tiba-tiba ada whatsapp masuk. Ternya awak yang mesaj. Tanpa disangka, Hati ini tiba-tiba rindu. Saya malas nak bagitahu awak semua tu sebab akan buat saya makin sedih.


24 December 2013
aku suruh dia install skype utk melepaskan rindu. Dan dia direct terus buat and add aku. Punyalah tak sabar nak video call, terua dia call bila aku approve. Masa tu hanya tuhan je yang tahu betapa sayunya hati. Suka dapat tengok muka dia.


25 December 2013
 memang betul tentang perasan ini terlalu rumit. Memanf betul cakap dia.Tanpa dipaksa, perasaan sayang datang tiba-tiba. Tak mustahil semua tu. Dan sejak benda ini terjadi, mood aku terus berubah. Entah kenapa boleh pulak dia tiba-tiba meluah.
Cuma yang aku boleh balas kat dia, "Maaf saya tak boleh nak beri apa yang awak nak." Dan akhirnya dia jawab "Saya dah matikan perasaan ini sebab awak dah berpunya. Saya tak patut luahkan kat awak. Dan lebih baik awak tak tahu."

Wednesday, 23 October 2013

Hampir berakhir cuti semestar 5 ku.

       


         Finally, hampir berakhir cuti semestar aku yang berlangsung selama 1 bulan setengah. Berat hati ni jangan ceritalah. Lepas ni mesti rindu yelah sebelum ni berkepit je dengan ibu last-last kena balik terengganu balik. It's okey. Aku korban ini untuk kegembiraan ibu dan ayah untuk tengok aku berjaya menggenggam segulung Diploma. Eh, Diploma ok. tahun depan lepas habis ni insyaallah aku akan sambung ijazah. Bukan apa, rasanya kebanyakkan orang yang dah selesa berkerja, dapat gaji sendiri ni, susah nak sambung belajar balik. Yelah, betul cakap ibu, zaman sekarang ni orang tak pandang diploma. Biarlah kita belajar sampai yang tertinggi. Selagi diberi kemampuan utk belajar, sambung la study.

      Sekarang ni aku sibuk nak paking baju, nak beli barang-barang keprluan. Nak cheack balik apa yang kurang. Yelah, nak melangkah ke sem akhir ni banyak yang aku kena prepar. Aku nak buat yang terbaik. Just 5 mouth from now. Lepas ni dah graduet, and aku dah boleh genggam segulung diploma. Insyaallah.. Amin..

      Hampir 3 tahun aku belajar, akhirnya ia dah sampai ke penghujung semestar. Alhamdulillah, segala dugaan, segala cabaran aku mampu tempuhi.

     Sepanjang cuti semestar ni, banyak benda yang aku buat utk family, utk yang tersayang. Tapi, ada jugak yang aku tak senang. Entah la, hati ni rasa mcm tak suka je. Bukan apa, aku cuma tak nak benda yang apa aku taknak tu, akan terjadi.

    Hmm sepanjang aku cuti pun, amirul tak ada disisi. kalau ada pun sekejap je. Sebab dia dah smbung study. Rindu kat buah hati tak terkira. Rasa macam nak peluk dia. eh, tak boleh, haram. heheh..

Okey guys, i got to go, banyak benda nak kene prepare lagi ni.. Korang jaga diri. Bye. XOXO





Salam sayang :
Ain 




Saturday, 19 October 2013

Mama dan saya adalah sahabat

 

Nak tahu tak, Ibu adalah sahabat yang terbaim dlam dunia. 
Semua benda kita cakap dengan dia. masalah kita, nagis kita, gembira kita semua kita cerita dgn dia.
Sebab dia adalah pendengar dan pemberi nasihat yang setia. 
Tak tahu macam mana hidup tanpa ibu. 

Setiap masa rasa macam nak selalu berkepit dengan ibu. Setiap hari pun rindu ibu.
Sebab tak sama ibu sebagai sahabat kita dengan kita bersahabat dengan org lain. 




Dan yang paling best bila hang out dengan ibu, Ibu akan belanja Chicken Chop. 
Thanks mama. Sayang ibu lebih. hehe.. 




Salam sayang: 
Ain 

Dating with big brother.

 

Tadi petang kite date dengan abang tersayang. Bosan punye pasal, ajak lah dia keluar tengok wayang.
Semua dia support sebab dia tengah banyak rezeki yang datang. Alhamdulillah..

Nak tahu kiteorang tengok cerita apa? 



Tadaaaaaaaaa....



Best sangat2 movie ni. Happening je tengok. Dah la makanan tu comel2 je semuanya. 
macam ni.............


Comel gila.... rasa macam nak bela je kat rumah. hehe.. 

Korang wajib tengok tau. sebab memang tak menyesal tengok. Dalam wayang tadi memang bising dengan gelak-gelak je...  

Lepas je tengok wayang, dia terus ajak lepak minum. 
Dia ni tak sah kalau tak lepak sebelum balik. 
so kami pergi la Old Taste. Minum kopi panas-panas time hujan memang best. 


Yang kiri tu saya punya. Almaklum lah tengah mood diet, so kita kena makan yang org diet makan kan? hehe...

Thanks Along sebab belanja semuanya. Happy sangat-sangat. Hilang lah bosan lepas keluar ni.




Salam Sayang :
 Ain 





Thursday, 17 October 2013

R.I.N.D.U

  Jam fon samsung menunjukkan 1.40 a.m. Mata taknak tidur. Mata ni degil. Suka dengki aku yang tengah ngantok ni. Cuba tutup mata tapi ada seraut wajah yang muncul. Aku kenal. Tapi kenapa muka dia yang muncul? Rindu? hmm rasanya.....

     Lagi-lagi aku belek fon. Lepas unlock, slide-slide mana yang aku suka. Lepas dah bosan, tutup balik. Letak kat meja sebelah. Mengeluh. Tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni. Tiba-tiba air mata jatuh. Entah dari mana dia keluar aku pun tak tahu. Kenapa tiba-tiba hati sebak sangat? Ya Allah sakitnya hati ini.
Apasal ni? Rasanya dia dah banyak sangat simpan air mata ni sebab tu dia dah tak sabar-sabar nak turun. Maybe. Takpelah, turun lah wahai air mata. Turun la dengan lebat. Aku rela. Asalkan hati ni tak sebak macam sebelum ni.

     Lagu when you're gone by arvil lavine betul-betul kat telinga aku. Rindu? itulah yang aku rasakan sekarang. Mungkin rasa sebak tu datang sebab tu kot. Kenapa dia suka sangat datang? Aku tak suka keadaan macam ni. Sakit tahu nak tanggung. Sampaikan aku kena pegang dada sebab sakit. Aku tahan.

    Hari tu dia muncul dengan tiba-tiba depan rumah aku. Tergamam kejap. Dia? betul ke dia yang aku nampak ni? Apa aku nak buat ni? Aku hanya mampu berdiri tegak sambil tak berkelip tengok dia. Jantung aku rasa mcm nak tercabut je time tu. Tapi cool je aku buat.

    Dia bukak helmet. Aku pandang wajah dia. Yang aku mampu cakap "Ya Allah, rindunya. Kenapa baru sekrang dia muncul?" Aku hanya mampu lihat. Terkaku. Dia yang hampir pada aku. Terus cium dahi aku. Aku sebak. Akhirnya aku jumpa dia. Hati ni je yang tahu apa aku rasa.

    Dia hulurkan tangan utk aku salam. Aku sambut. Aku salam. Lepas tu dia cakap "Kalau ayg meninggal tengah perjalanan, ayg mintak maaf. Mintak ampun dgn bby." Tak tahu apa motif dia cakap mcm tu.

   Tak lama kejadian tu. Dia dah nak pergi. Aku? berat hati tapi terpaksa. Biarlah Allah je yang tentukan penghujung cinta kami. Aku yakin Allah ada perancangan yang indah utk perhubungan ini.

   Aku pandang lagi jam pada fon samsung. Dah nak hampir 2.00 a.m. Rasanya baik aku tidur. Sebelum eye bag makin menguasai. Sebelum tutup mata aku basuh muka kesan nagis. Takut bengkak kang esok mata ni. Ambil air sembahyang dan aku tenangkan hati. Aku baring. Pandang atas. Sambil tangan aku letak kat dada. "Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Jika benar kau tetapkan dia jodoh ku, pemilik tulang rusuk kiri ku, kau bimbinglah aku untuk bersabar menunggu kehadirannya. Aku amat menyayanginya. Semoga dia merasai aku sedang merinduinya. Amin.. "

   2, 3 minit lepas tu, aku dah dibuai mimpi. Tenang. Sambil peluk bear pemberiannya.

   Selamat malam sayang. I Love You.





Salam sayang : 
Ain 

Tuesday, 1 October 2013

Harap-harap saya okey :)


Assalamualaikum sayang. Saya tulis ni untuk awak. Kalau awak tak baca pun takpe, awak 
sibuk orentasi. Lagipun tak lama lagi, study class awak pun dah mula. So, saya faham. 

Awk, kite rindu awak yang bernama Muhd Amirul Asyraaf. Tak tahu la kenapa, sunyi je rasa.
Segenap penjuru ada muka awak sayang. Kiri kanan atas bawah semua saya nampak awak.
Agak-agak kan, ini dah kes teruk ke belum? Boleh masuk ICU? 
Padahal tak sampai seminggu pun awak pergi. Tapi saya ni je yang macam tak betul.
Huru hara pun saya. Kelam kabut pun saya. 
kerja semua macam fokus. Teruk jugak la agaknya ni kan? 
Mandrom apa awak pakai ni sayang sampai saya jadi mcm ni?

Dulu tak macam ni pun. Dulu saya pernah anggap awak hanyalah sebahagian daripada cinta monyet saya. Tapi sangkaan saya salah. Awak bukan cinta monyet saya. Tetapi awak ialah cinta selama-lamanya buat saya. 

Kenapa erk?

Awak masih teguh disebelah saya sedangkan dah bermacam-macam bentuk kerenah saya buat.
Saya maki hamun awak, saya tengking-tengking awak, saya pernah tumbuk awak. 
Semua tu rasanya lelaki lain tak akan tahan. Tapi awak lain la sayang. 

Awak lelaki terlalu baik untuk saya. Saya buat macam mana sekalipun, awak tetap akan berada di sebelah saya. Tak kira masa.

5 tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai dugaan yang awak, saya, dan kita tempuhi.
Pahit, manis, kelat, suam-suam, semua kita dah merasa. Tapi apa yang menguatkan hubungan ini? 
Semua sebab Ikhlas & cinta. 

Awak dah banyak ubah saya. Awak jaga saya dengan sempurna. 

Silap? semua orang pernah buat silap. Saya buat silap. Awak pun pernah buat silap.
Tapi kesilapan itulah menjadikan kita lebih kuat. Kita mampu menguatkan hubungan ini sampai ke akhirnya. 

Saya pernah kawan dengan lelaki selain awak. Dan saya ignore kan awak. Saya layan dia lebih daripada kawan. Tapi, itu semua tak lama. sebab dia tak mampu tandingi awak dalam hati saya. 

Awak juga, pernah melayan perempuan lain, sampaikan saya awak lupakan. Sedih tak terkata. Tapi saya yakin, yang perempuan tu tak boleh duduk dalam hati awak. Sebab hati awak, milik saya. 

Maaf adalah jalan terbaik. Awak menyesal. Saya percayakan awak. Peluang kedua, ketiga dan seterusnya diberi. Saya percaya kita akan bahagia suatu hari nanti. 

Tangan awak dihulur. Saya meraih. Kita langakh bersama. Akhirnya, hampir 5 tahun bersama.
Tak sangka. Semua ini kerja Allah. Hanya dia yang mampu merancang semua ini. 
Saya pegang janji awak. Yang kita akan bersama bila awak tamat je belajar nanti. Saya tetap akan tunggu awak sayang. Tak kira berapa lama pun.

Harap-harap awak kat sana okey ye sayang. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak kat sana. Jaga makan, jaga kesihatan, study smart ye sayang bukan study hard.
Jangan jeling-jeling perempuan lain. Sebenarnya saya tak kesah pun. Sebab saya yakin, sepasang mata itu, saya yang punya. 

I Love You 




Salam Sayang:
Ain

Tuesday, 24 September 2013

That's when "I love you"


When you have to look away 
When you don't have much to say 
That's when I love you 

I love you just that way 
To here you stumble when you speak 
Or see you walk with two left feet 
That's when I love you 

I love you endlessly 
And when your mad 'cause you lost the game 
Forget I'm waiting in the rain 
Baby, I love you, I love you anyway 

'Cause here's my promise made tonight 
You can count on me for life 
'Cause that's when I love you 
When nothing you do can change my mind 

The more I learn, the more I love 
The more my heart can't get enough 
That's when I love you 
When I love you no matter what 

So when you turn to hide your eyes 
'Cause the movie it made you cry 
That's when I love you 
I love you 

A little more each time 
And when you can't quite match you clothes 
Or when you laugh at your own jokes 
That's when I love you 
I love you 

More then you know 
And when you forgot that we had a date 
Or that look that you give when you show up late 
Baby, I love you, I love you anyway 

So here's my promise made tonight 
You can count on me for life 
'Cause that's when I love you 
When nothing you do can change my mind 

The more I learn, the more I love 
The more my heart cant get enough 
That's when I love you 
When I love you no matter what 

that's when I love you when nothing baby 
Nothing you do could change my mind 
The more I learn, the more I love, the more my heart can't get enough 
That's when I love you 
When I love you no matter what 
no matter what




Wednesday, 18 September 2013

Kepuasan Diri.

Assalamualaikum gegirl dan boboy.. Sorry dah lama tak update. Almaklumlah buzy praktikal dan untuk final exam yang baru je lepas. Alhamdulillah nampaknya semuanya berjalan dengan baik. Moga-moga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Aku renung blackberry milik ku dan jam menunjukkan 1.56 a.m. Tetapi mata ini masih segar. Jadi, aku mula menulis entry ini untuk melapaskan segala yang terbuku di hati.


       Sepanjang perjalanan diri ini sebagai pelajar, ain selalu bersyukur sebab Allah dah aturkan perjalan yang terlalu kemas dan indah. Terkadang kaki ini tersungkur dan ada kalanya terjatuh. Mungkin ini yang mengajar kita untuk lebih kuat. Lebih berhati-hati. Lebih mengetahui apa yang baik dan yang buruk.


      Bermulanya perjalanan ain sebagai pelajar 2 tahun yang lepas. Terasa masa terlalu cepat berlalu. Cepatnya kaki ini melangkah menghadapi setiap cabaran yang berada di depan mata. Ain rindu. Rindu kenangan masa mula-mula masuk kolej. Terasa diri ini huru-hara. Yelah, first time melangkah ke menara gading tanpa ibu dan ayah disisi. Tapi, sekarang ini ain sudah mampu tersenyum. Ternyata hidup jauh diperantauan ini mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah ain mampu.

     kehidupan bergini mengajar kita berhadapan dengan pelbagai rupa bentuk manusia. Manusia yang kita belum pernah jumpa. Bertemu kawan baru. Bermacam gelagat. Bermacam kerenah. Tapi dalam ramai-ramai yang kita kenal di kolej, hanya 2, 3 orang yang betul-betul rapat dengan kita. Ketawa sama-sama. Kongsi cerita bersama. Berjalan bersama. Kemana semua bersama. Tetapi, dalam ketawa, ada juga air mata yang akan menitis. Tak berseri persahabatan itu kalau tanpa salah dan faham. Kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Melainkan Allah. Oh, Dah alang bercerita tentang sahabat ni, nak cerita pasal Fakhrur Razi. harap dia tak nampak apa yang saya tulis ni. hehe. ok tapi kalau dia nampak jugak, i want to say hello to you Fakhrur Razi. Eh, awak kawan kita dah lama. Yelh,mybe terlost contect hanya sebab diri ini dah berstatus. Maybe itu kami tak berapa rapat. tapi perkenalan di Facebook menyebabkan saya kenal dia. Permulaanya kami tersalah add friend. Mulanya tegurlah. manalah tahu satu kolej. tapi sebenarnya lain kolej. Dia kat kelantan dan saya kat terengganu. Sejak itu kami berkawan. Walaupun kawan tak serapat mana, tapi kira sebagai kawan jugak la. Sebab selama mana pun tak contect, ada masa, dia akan muncul semula. It's okey fakhrur, saya faham. So, kita dah kawan hampir 2 tahun kan? Daripada awak ada awek, sampailah awak dah jadi single balik, muka saya je kan yang kawan dengan awak. hehe. Sebenarnya saya suka kawan dengan awak. selesa bila berbual dengan awak. Walaupun pertemuan kita hanya sekali, saya dah anggap pertemuan itu bermakna. Sebab lepas ni tak tahu dapat jumpa lagi atau tak. Apapun, saya daripada jauh doakan yang terbaik untuk awak. Ingat, jangan pernah lupa saya. Semoga berjaya untuk awak je Fakhrur Razi.

      Itu cerita saya tentang sahabat yang paling best. hehe. sebenarnya banyak sangat kenangan yang tercipta. terlalu banyak sampaikan nak ulang je semua kenangan itu. Indahnya Kau cipta kenangan ini Ya Allah. Indah sungguh perjalanan ini. Aku mampu merantau diserata tempat. Hanya untuk menimba ilmu. Disamping itu Kau beri aku rezeki untuk melihat pengalam di tempat orang. Alhamdulillah...

     Sungguh aku puas menjalani kehidupan ini. Tersenyum aku melihat kenangan dulu. Tak mampu rasanya nak aku lupakan. Lepas ni, aku bakal melangkah ke Alam kehidupan yang baru. kehidupan yangg akan aku ketahui betapa susahnya ibu dan ayah mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Insyaallah akan aku balas segala usaha ayah dan ibu untuk membesarkan aku. Semoga kau berikan aku rezeki yang tak ternilai.

    Tangis dan tawa mengiri perjalanan ku. Aku gembira tatkala aku hati ini berjaya. tapi Aku menangis tatkala hati ini runtuh. kaki ini jatuh. Aku kesat air mata agar aku mampu untuk terus berdiri. Melangkah dengan penuh pengharap untuk berjaya.

   Terima kasih Ya Allah untuk kehidupan ini. Jatuh bangun aku sendiri. Mengajar aku erti kedewasaan. Alhamdulillah Aku masih mampu. Mampu menjadi hamba-Mu yang tabah. Insyaallah..





Salam Sayang : 
Ain    

Tuesday, 13 August 2013

Nak cakap bestfriend tu bukan. Tapi lebih kurang macam tulah....

 

                                                                    Assalamulaikum u ollllss...
          Amacam raya? seronok? bukan main lagi masing2 tayang baju raya cantik. Jeles tahu! Tapi takpe, ain pun ada baju raya yang cantik tapi tak secantik baju raya korang. kite punya biasa2 je..

    Nak tahu? tadi first time ain tengok cerita The Beautiful you, dan bila terpandang Choi minho tiba-tiba teringat kat seorang mamat ni,






 Mamat ni ,macam chipsmore. Kejap ada dan kejap takde. Tapi tu small matter je. Dia ni kawan baik saya. Rasanya dah kenal dia sejak 2 tahun lepas. Lama tak lama la. Dia walaupun menghilang, tapi bila ada masa dia contect balik. Xpelah, dah biasa.

     Nama mamat ni ialah Fakhrur Razi. Dia ni bukan boyfriend saya ye. Dia bestfriend saya je. Kami dh kenal lama tapi jarang jumpa. Almaklum lah masing2 bukan dekat. Jumpa pun time ain praktikal kat bachok je. itu pun sekali dua je.

     Dia ni nampak hebat. dan baik. ok  itu je komen yg boleh diberi. Maaf ye En. Fakhrur Razi, saya curi gambar awak kejap. Cuma bila terpandang pelakon korea tu, teringat muka awak. hehe.

Apa pun selamat hari raya ye. Maafkan salah silap jika saya ada terkasar bahasa. tergurau lebih2 ke. Dan halalkan makan minum yg diberi. Semoga ceria selalu. Ikhlas daripada ain.

Thursday, 25 April 2013

Dating with my heartbeat Part II


Assalamualaikum. eh, korang mesti pelik kan? tadi ain dah buat entry and now, ain tulis entry lagi. Bukan apa just nak ceritakan satu per satu. Entry by entry. Biar tak bebelit-belit. Ain just nak senangkan korang yang rajin singgah ke sini. Thanks banyak-banyak.. 


        Kali ni ain nak cerita tentang hang-out dengan family. Walaupun tak banyak gambar nanti, hope korang baca jelah ye.. 


       Bila keluar dengan family, rasa hanppy sangat. Dapat luangkan masa dengan ayah, ibu, adik-adik dan along. Itu lebih dari menyenangkan. We are happy family. Hehe..



sorry kalau tak jelas gambar ayah dan ibu ain. Mereka nilah my heart, my soul. And everything for me. Love you mom & dad!!!!

        Ayah rajin bawak kitaorang adik-beradik pergi makan malam. Sebelum dia pergi masjid untuk solat isyak, dia akan pesan "ayah balik, ayah tahu dan siap-siap. Lambat, ayah tinggal" Tu lah ayat ayah kalau nak ajak kami pergi dinner. Adik-adik ain lah yang paling seronok. Yelah, bukan selalu dapat keluar. 


     
Ini adik yang bawah ain. Baru form 1. Walaupun selalu gaduh, tapi kami ok. Tak akan terpisah. hehe..



         Dan tadi petang, ibu ajak keluar. sebeb? Gaji dah keluar. Eh, bukan sebab tu je. Ibu ada urusan kat bank. Sebab tu keluar. bak kata orang, sambil menyelam minum air kan? hehe.. bijak tak ain? 

       Sampai je kat Kluang Mall, terus ajak ibu pergi makan. Fuhh, bila bukak je menu, terliur ni. Lapar sangat kot ain ni. Yelh, pagi pun sarapan roti + planta. Agak-agak kan siapa tak lapar kalau makan tu je. Dan tengah hari ain tak makan, Makan untuk malam terus. Dan waktu oetang adalah masa yang sangat sesuai. hehe.. Betul ke tak ain cakaop tadi. Tak tau Fakta @ Auta. 



Slerreppp..Nampak sedap kan? Yang kiri tu ain punya dan yang kanan tu my mum punya. Walaupun nampak sedap tapi bila sampai je kat mulut, ngilu dia bukan main lagi. Tahan jelah... 



Tau apa yang my mum buat? Dia main game. hehe.. Ok dia suka main game. Tapi ada waktu tertentu. Walaupun dia tegas, adakalanya dia berlembut dengan kami adik beradik. Love my mum so much. 



Ok kita makan sup je... sedap tau sup dia tu. Ada masin, manis. semua ada.. Best makan kat Old Town White Coffea ni. Berbaloi la jugak harga dia. Nasib ibu dah gaji. kalau tak, beli lauk, masak je kat rumah, hehe.. 







Miss Iza 
 
 
 

 

Dating with my heartbeat Part I




   

Assalamualaikum you alls.. Sihat tak? Alhamdulillah kalau sihat. 
Ain pun sihat. Alhamdulillah.. Dan sebab sihat lah, ain dapat hang-out banyak kali. Aik, pelik tak? Banyak kali means ain banyak habiskan masa tak mall dengan kawan, family, buah hati. 
Best sangat dapat keluar dengan mereka. Segala rindu ini terubat. Yelah, masing-masing ada life sendiri. Bila betul-betul free je baru call, ajak hang-out. Ada ruang, insyaallah dapat jumpa. 
Nak tau tak siapakah gerangan yang ain dating? Nak cakap ramai tu tak lah. Tapi adalah sikit.. 


           Minggu lepas dalam 15 hb april, ain jumpa kawan baik dari from 4. Kami bertiga memang rapat. Dalam kelas selalu duduk bertiga je. And sekarang still lagi berkawan. Dan akan berkawan sampai bila-bila. InsyaAllah amin.. Antara kami bertiga ni, yang paling manja ialah Ain muhamad. Eh, mana ain jugak kan? yes, dia kawan baik ain. Dia orang panggil 'Ain kecik' dan ain, orang panggil 'Ain besar'. Nak tau sebab apa?  Ce tengok gambar bawah ni.... 


 See, Ain lagi besar dari dia kan? Sebab tu mereka-mereka panggil kami macam tu. Sebab nak bezakan kami. 


           Ada sorang lagi kawan Ain. Nama dia Atikah. Dia adalah tunang orang. Dan insyaallah hujung tahun ini dia nikah, Hope ain diberi peluang untuk datang wedding dia. Sebab time dia tunang hari tu ain tak dapat datang sebab ada hal sikit. Takpe, aku cuba untuk datang wedding kau k tika. 

         Bila jumpa balik hari tu, excited muka masing-masing. Rindu gila kat mereka. Tapi ain sampai lewat. Sebab nak hantar adik perfi sekolah dan bila sampai bandar je, susah nak cari parking. Berpeluh-peluh drive kereta. Fuhh! Tapi tu semua tak patah kan mood kawan ain. Mereka still tersenyum. Sampai-sampai je kat Kluang Mall, kitaorang cari makan dulu. Al-maklumlah, masing perut tengah nyanyi lagu. Tapi tak pasti lagu apa. Hehe.. 

 














Terima kasih kawan sebab dapat luangkan masa untuk jumpa aku. Sayang korang sangat-sangat. Hope lepas ni dapat lepak-lepak macam ni lagi. Yang sorang dah nak kawin dan yang sorang lagi nak sambung belajar. Masing-masing dah sibuk dengan kehidupan. Aku doakan kawan-kawan aku sihat, selamat dan bahagia selalu. Amin.... 







Miss iza