Tabung Kawin

Wednesday, 18 September 2013

Kepuasan Diri.

Assalamualaikum gegirl dan boboy.. Sorry dah lama tak update. Almaklumlah buzy praktikal dan untuk final exam yang baru je lepas. Alhamdulillah nampaknya semuanya berjalan dengan baik. Moga-moga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Aku renung blackberry milik ku dan jam menunjukkan 1.56 a.m. Tetapi mata ini masih segar. Jadi, aku mula menulis entry ini untuk melapaskan segala yang terbuku di hati.


       Sepanjang perjalanan diri ini sebagai pelajar, ain selalu bersyukur sebab Allah dah aturkan perjalan yang terlalu kemas dan indah. Terkadang kaki ini tersungkur dan ada kalanya terjatuh. Mungkin ini yang mengajar kita untuk lebih kuat. Lebih berhati-hati. Lebih mengetahui apa yang baik dan yang buruk.


      Bermulanya perjalanan ain sebagai pelajar 2 tahun yang lepas. Terasa masa terlalu cepat berlalu. Cepatnya kaki ini melangkah menghadapi setiap cabaran yang berada di depan mata. Ain rindu. Rindu kenangan masa mula-mula masuk kolej. Terasa diri ini huru-hara. Yelah, first time melangkah ke menara gading tanpa ibu dan ayah disisi. Tapi, sekarang ini ain sudah mampu tersenyum. Ternyata hidup jauh diperantauan ini mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah ain mampu.

     kehidupan bergini mengajar kita berhadapan dengan pelbagai rupa bentuk manusia. Manusia yang kita belum pernah jumpa. Bertemu kawan baru. Bermacam gelagat. Bermacam kerenah. Tapi dalam ramai-ramai yang kita kenal di kolej, hanya 2, 3 orang yang betul-betul rapat dengan kita. Ketawa sama-sama. Kongsi cerita bersama. Berjalan bersama. Kemana semua bersama. Tetapi, dalam ketawa, ada juga air mata yang akan menitis. Tak berseri persahabatan itu kalau tanpa salah dan faham. Kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Melainkan Allah. Oh, Dah alang bercerita tentang sahabat ni, nak cerita pasal Fakhrur Razi. harap dia tak nampak apa yang saya tulis ni. hehe. ok tapi kalau dia nampak jugak, i want to say hello to you Fakhrur Razi. Eh, awak kawan kita dah lama. Yelh,mybe terlost contect hanya sebab diri ini dah berstatus. Maybe itu kami tak berapa rapat. tapi perkenalan di Facebook menyebabkan saya kenal dia. Permulaanya kami tersalah add friend. Mulanya tegurlah. manalah tahu satu kolej. tapi sebenarnya lain kolej. Dia kat kelantan dan saya kat terengganu. Sejak itu kami berkawan. Walaupun kawan tak serapat mana, tapi kira sebagai kawan jugak la. Sebab selama mana pun tak contect, ada masa, dia akan muncul semula. It's okey fakhrur, saya faham. So, kita dah kawan hampir 2 tahun kan? Daripada awak ada awek, sampailah awak dah jadi single balik, muka saya je kan yang kawan dengan awak. hehe. Sebenarnya saya suka kawan dengan awak. selesa bila berbual dengan awak. Walaupun pertemuan kita hanya sekali, saya dah anggap pertemuan itu bermakna. Sebab lepas ni tak tahu dapat jumpa lagi atau tak. Apapun, saya daripada jauh doakan yang terbaik untuk awak. Ingat, jangan pernah lupa saya. Semoga berjaya untuk awak je Fakhrur Razi.

      Itu cerita saya tentang sahabat yang paling best. hehe. sebenarnya banyak sangat kenangan yang tercipta. terlalu banyak sampaikan nak ulang je semua kenangan itu. Indahnya Kau cipta kenangan ini Ya Allah. Indah sungguh perjalanan ini. Aku mampu merantau diserata tempat. Hanya untuk menimba ilmu. Disamping itu Kau beri aku rezeki untuk melihat pengalam di tempat orang. Alhamdulillah...

     Sungguh aku puas menjalani kehidupan ini. Tersenyum aku melihat kenangan dulu. Tak mampu rasanya nak aku lupakan. Lepas ni, aku bakal melangkah ke Alam kehidupan yang baru. kehidupan yangg akan aku ketahui betapa susahnya ibu dan ayah mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Insyaallah akan aku balas segala usaha ayah dan ibu untuk membesarkan aku. Semoga kau berikan aku rezeki yang tak ternilai.

    Tangis dan tawa mengiri perjalanan ku. Aku gembira tatkala aku hati ini berjaya. tapi Aku menangis tatkala hati ini runtuh. kaki ini jatuh. Aku kesat air mata agar aku mampu untuk terus berdiri. Melangkah dengan penuh pengharap untuk berjaya.

   Terima kasih Ya Allah untuk kehidupan ini. Jatuh bangun aku sendiri. Mengajar aku erti kedewasaan. Alhamdulillah Aku masih mampu. Mampu menjadi hamba-Mu yang tabah. Insyaallah..





Salam Sayang : 
Ain    

Tuesday, 13 August 2013

Nak cakap bestfriend tu bukan. Tapi lebih kurang macam tulah....

 

                                                                    Assalamulaikum u ollllss...
          Amacam raya? seronok? bukan main lagi masing2 tayang baju raya cantik. Jeles tahu! Tapi takpe, ain pun ada baju raya yang cantik tapi tak secantik baju raya korang. kite punya biasa2 je..

    Nak tahu? tadi first time ain tengok cerita The Beautiful you, dan bila terpandang Choi minho tiba-tiba teringat kat seorang mamat ni,






 Mamat ni ,macam chipsmore. Kejap ada dan kejap takde. Tapi tu small matter je. Dia ni kawan baik saya. Rasanya dah kenal dia sejak 2 tahun lepas. Lama tak lama la. Dia walaupun menghilang, tapi bila ada masa dia contect balik. Xpelah, dah biasa.

     Nama mamat ni ialah Fakhrur Razi. Dia ni bukan boyfriend saya ye. Dia bestfriend saya je. Kami dh kenal lama tapi jarang jumpa. Almaklum lah masing2 bukan dekat. Jumpa pun time ain praktikal kat bachok je. itu pun sekali dua je.

     Dia ni nampak hebat. dan baik. ok  itu je komen yg boleh diberi. Maaf ye En. Fakhrur Razi, saya curi gambar awak kejap. Cuma bila terpandang pelakon korea tu, teringat muka awak. hehe.

Apa pun selamat hari raya ye. Maafkan salah silap jika saya ada terkasar bahasa. tergurau lebih2 ke. Dan halalkan makan minum yg diberi. Semoga ceria selalu. Ikhlas daripada ain.

Thursday, 25 April 2013

Dating with my heartbeat Part II


Assalamualaikum. eh, korang mesti pelik kan? tadi ain dah buat entry and now, ain tulis entry lagi. Bukan apa just nak ceritakan satu per satu. Entry by entry. Biar tak bebelit-belit. Ain just nak senangkan korang yang rajin singgah ke sini. Thanks banyak-banyak.. 


        Kali ni ain nak cerita tentang hang-out dengan family. Walaupun tak banyak gambar nanti, hope korang baca jelah ye.. 


       Bila keluar dengan family, rasa hanppy sangat. Dapat luangkan masa dengan ayah, ibu, adik-adik dan along. Itu lebih dari menyenangkan. We are happy family. Hehe..



sorry kalau tak jelas gambar ayah dan ibu ain. Mereka nilah my heart, my soul. And everything for me. Love you mom & dad!!!!

        Ayah rajin bawak kitaorang adik-beradik pergi makan malam. Sebelum dia pergi masjid untuk solat isyak, dia akan pesan "ayah balik, ayah tahu dan siap-siap. Lambat, ayah tinggal" Tu lah ayat ayah kalau nak ajak kami pergi dinner. Adik-adik ain lah yang paling seronok. Yelah, bukan selalu dapat keluar. 


     
Ini adik yang bawah ain. Baru form 1. Walaupun selalu gaduh, tapi kami ok. Tak akan terpisah. hehe..



         Dan tadi petang, ibu ajak keluar. sebeb? Gaji dah keluar. Eh, bukan sebab tu je. Ibu ada urusan kat bank. Sebab tu keluar. bak kata orang, sambil menyelam minum air kan? hehe.. bijak tak ain? 

       Sampai je kat Kluang Mall, terus ajak ibu pergi makan. Fuhh, bila bukak je menu, terliur ni. Lapar sangat kot ain ni. Yelh, pagi pun sarapan roti + planta. Agak-agak kan siapa tak lapar kalau makan tu je. Dan tengah hari ain tak makan, Makan untuk malam terus. Dan waktu oetang adalah masa yang sangat sesuai. hehe.. Betul ke tak ain cakaop tadi. Tak tau Fakta @ Auta. 



Slerreppp..Nampak sedap kan? Yang kiri tu ain punya dan yang kanan tu my mum punya. Walaupun nampak sedap tapi bila sampai je kat mulut, ngilu dia bukan main lagi. Tahan jelah... 



Tau apa yang my mum buat? Dia main game. hehe.. Ok dia suka main game. Tapi ada waktu tertentu. Walaupun dia tegas, adakalanya dia berlembut dengan kami adik beradik. Love my mum so much. 



Ok kita makan sup je... sedap tau sup dia tu. Ada masin, manis. semua ada.. Best makan kat Old Town White Coffea ni. Berbaloi la jugak harga dia. Nasib ibu dah gaji. kalau tak, beli lauk, masak je kat rumah, hehe.. 







Miss Iza 
 
 
 

 

Dating with my heartbeat Part I




   

Assalamualaikum you alls.. Sihat tak? Alhamdulillah kalau sihat. 
Ain pun sihat. Alhamdulillah.. Dan sebab sihat lah, ain dapat hang-out banyak kali. Aik, pelik tak? Banyak kali means ain banyak habiskan masa tak mall dengan kawan, family, buah hati. 
Best sangat dapat keluar dengan mereka. Segala rindu ini terubat. Yelah, masing-masing ada life sendiri. Bila betul-betul free je baru call, ajak hang-out. Ada ruang, insyaallah dapat jumpa. 
Nak tau tak siapakah gerangan yang ain dating? Nak cakap ramai tu tak lah. Tapi adalah sikit.. 


           Minggu lepas dalam 15 hb april, ain jumpa kawan baik dari from 4. Kami bertiga memang rapat. Dalam kelas selalu duduk bertiga je. And sekarang still lagi berkawan. Dan akan berkawan sampai bila-bila. InsyaAllah amin.. Antara kami bertiga ni, yang paling manja ialah Ain muhamad. Eh, mana ain jugak kan? yes, dia kawan baik ain. Dia orang panggil 'Ain kecik' dan ain, orang panggil 'Ain besar'. Nak tau sebab apa?  Ce tengok gambar bawah ni.... 


 See, Ain lagi besar dari dia kan? Sebab tu mereka-mereka panggil kami macam tu. Sebab nak bezakan kami. 


           Ada sorang lagi kawan Ain. Nama dia Atikah. Dia adalah tunang orang. Dan insyaallah hujung tahun ini dia nikah, Hope ain diberi peluang untuk datang wedding dia. Sebab time dia tunang hari tu ain tak dapat datang sebab ada hal sikit. Takpe, aku cuba untuk datang wedding kau k tika. 

         Bila jumpa balik hari tu, excited muka masing-masing. Rindu gila kat mereka. Tapi ain sampai lewat. Sebab nak hantar adik perfi sekolah dan bila sampai bandar je, susah nak cari parking. Berpeluh-peluh drive kereta. Fuhh! Tapi tu semua tak patah kan mood kawan ain. Mereka still tersenyum. Sampai-sampai je kat Kluang Mall, kitaorang cari makan dulu. Al-maklumlah, masing perut tengah nyanyi lagu. Tapi tak pasti lagu apa. Hehe.. 

 














Terima kasih kawan sebab dapat luangkan masa untuk jumpa aku. Sayang korang sangat-sangat. Hope lepas ni dapat lepak-lepak macam ni lagi. Yang sorang dah nak kawin dan yang sorang lagi nak sambung belajar. Masing-masing dah sibuk dengan kehidupan. Aku doakan kawan-kawan aku sihat, selamat dan bahagia selalu. Amin.... 







Miss iza 





Saturday, 20 April 2013

Kenangan itu megalirkan air mata ini....



 
16 April 2013

            Renungan mata itu redup. Seredup hati ini. Awak kena kuat sayang. Saya yakin awak boleh. Saya kenal awak bukan seorang yang lemah. Sebab awaklah pembimbing saya. Awak bagi saya semangat saat air mata saya jatuh. Awak penyokong setia saya. Jadi, saya tak sanggup tengok awak lemah macam ni.

           Kaki saya seakan lemah bila saya tengok air mata awak jatuh. Mana sayang saya yang saya kenal? mana kekuatan diri dia? Kemana dia menghilang?  Saya tak sanggup lagi nak tengok air mata awak jatuh. Saya paksa awak pandang saya. Saya kesat air mata awak. Saya pujuk awak. "Awak kena kuat sayang". Saya paksa supaya tak menagis didepan awak. Saya tahan air mata ini dari keluar. Saya taknak awak makin lemah bila awak tengok saya menagis. Saya pura-pura kuat. Saya nak awak juga kuat macam saya.

          Awak tarik tangan saya. Awak ajak saya pergi tempat yang lapang lagi kehijauan. Tenang rasanya bila pandang kehijaun itu. Saya harap hati awak macam tu. Saya lihat awak termenung jauh. Saya tahu apa awak fikirkan. Jadi saya biarkan awak lepaskan semua beban dihati awak tu.

         Sedang saya leka dengan ciptaan-Nya, awak datang. Awak datang pada saya dengan senyuman dibibir. Awak hulurkan tangan awak yang kelihatan urat-urat timbul tu pada saya. Agar saya bangun dan berjalan bersama-sama awak. Saya gembira lihat senyuman awak. Saya bersyukur. Ternyata awak memang kuat sayang.




 18 April 2013

       Tepat pukul 7.30 pagi Blackberry saya berdering lagu iyaz- replay. Saya angkat dan kedengaran suara awak. Dengan malas saya bangun dari katil. Saya tolak tepi bear didi pemberian awak. Saya capai tuala pink saya dan bersiap. Dengan hanya memakai blouse coklat pemberian mama awak, dan jeans saya keluar dari rumah dengan sebelah tangan memegang helmet. Awak setia depan pintu pagar rumah saya. Tanpa saya suruh, awak sarungkan helmet pada saya dan awak tolong ikatkan tali helmet itu sekali. Sememangnya itulah yang awak buat bila saya sampai je kat depan awak. 

       Akhirnya sampai juga roti sardin depan mata saya. Macam tau-tau je perut ini tengah nyanyi lagu siti nurhaliza. Hehe.. Awak makan roti telur je. Biasanya awak makan 2 tapi hari ini awak makan satu. Awak cakap " Sayang tak ada selera lah bby. Bby makan je k". Saya faham. Saya taknak paksa. Sebab saya memang tak suka paksa buat benda yang awak tak suka. 

      Sesekali saya pandang awak. Kenapa awak tenung saya macam tu? Malu saya nak makan. "Comotnya lah bby sayang ni makan". Okey saya malu. Awak lap bibir saya. Dan lepas tu awak sambung tenung saya makan. Apa seyhh awak ni sayang. Saya macam makan cara wanita melayu terkahir tau. Bila mulut saya kembung dengan makanan, awak tersenyum. Awak suka ea tengok saya makan? Tanpa rasa bersalah, awak cubit hidung saya sampai merah. Awak cakap "Sayang kalau dapat pipi, hidung, bibir bby tu, sayang nak gigit. Geram tau". Glupp. Nak gigit? Kalau macam tu konfom2 saya tak bagi. Tapi untuk awak, apa saja sayang. Janji kita kawin dulu. Hehe.. 

     Saya diri betul-betul depan katil dimana nenek awak ditempatkan. Saya salam mama, ayah awak. dan sedara-sedar awak yang lain. Kekok rasanya bila ramai-ramai macam ni. Saya jadi malu. Tapi rasa tu sekejap je datang bila awak selalu duduk sebelah saya. Sesekali je awak bangun apabila mama awak panggil. 

    Nak menitis air mata ini bila awak usap-usap tangan nenek awak. Saya tau awak sayang dia. Saya jatuh hati pada awak sebab sifat awak yang cukup penyayang even awak tak pernah meluahkan. Awak suap nenek awak air. Awak tolong dia bangun. Saya jadi simpati. Saya sayang nenek awak macam mana awak sayang dia. Sebab dialah teman borak saya tiap kali saya singgah rumah awak. Saya suka borak dengan nenek awak. Dia baik. Dia peramah. Sesekali nenek awak mengadu sakit kaki, saya bantu dia. Saya sayang nenek awak. 

     Jam menunjukkan angka 11.00 am. Saya perlu balik. Banyak benda yang belum saya kemas kat rumah. Dan yang paling saya risau, saya tak masak tengah hari lagi. Dengan hati-hati saya bagitau mama. Saya cium tangan mama. Saya salam semua sedara-mara awak. Yang terakhir, saya hampiri katil nenek awak. Saya ambil tangan dia lalu saya cium. Saya dekatkan muka saya kat pipi dia dan saya cium. Even dia bukan nenek saya, saya sayang dia. Sebab saya pernah rasa kehilangan nenek. Nenek yang jaga saya dari kecik sampailah saya habis tadika. Sungguh saya rindukan nenek. Saya nak peluk nenek sebab nenek banyak manjakan saya, Nenek suapkan saya makan masa kecik-kecik. Nenek hantar saya pergi tadika. Bila suatu hari tu saya dapat berita nenek koma, saya seakan-akan nak jatuh. Nenek sakit? Bila saya datang melawat nenek, saya tengok badan nenek penuh dengan wayar-wayar. mata nenek tutup. Nenek tak nak pandang ain ke? Nenek tak rindu ain? Saya datang dekat. Saya usap tangan nenek. Tangan itulah yang dulunya pernah mandikan saya. yang pernah suapkan saya makan. Tapi sekarang, tak ada lagi. Nenek tak bergerak. Nenek kaku. Ain rindu nenek sangat2. 

    Begitu kuatnya saya, saya tahan air mata ini. Bila sampai ke kat bilik air, saya lepaskan semuanya. nenek yang dulu begitu mesra, yang begitu manjakan saya, dah tebaring kaku. Kemana lagi nak saya capai kasih sayang itu?

   Dah seminggu nenek koma. Nenek diam tanpa membuka mata. Nenek kena kuat.  Ain masih perlukan nenek. Malam itu, saya tak dapat lelapkan mata. Saya gelisah. Bila tanya ibu, ayah, pak ngah, pak him, mak long, mak usu ada kat hospital. Ayah suruh tunggu dirumah je. 

   Tepat jam 1.00 am pagi, telifon rumah berdering. Kebetulan ibu ada disitu dan ibu yang angkat. "Inalillahinilliahiragiun" Itulah perkataan yang keluar dari mulut ibu. Air mata ibu megalir. saya terkejut. Nenek? Nenek dah pergi tinggalkan ain? Nenek tinggalkan kami semua? 

   Kini didepan aku, wajah nenek bersih. nenek seakan-akan tersenyum kearah ku. Nenek, ain belum sempat nak cakap ain sayang nenek. Kenapa nenek pergi dulu? Dengan perlahan, saya dekatkan muka ku pada nenek. Saya cium dahi nenek. Dahi nenek sejuk. Nenek terseyum. Ain tahu nenek akan tenang disana. Nenek, ain masih lagi kuat. Ain tahan air mata ni dari melimpah. Ain nak nenek pergi dengan aman. Biarlah nenek tenang. Ain redha..

   Saat keranda sudah dimasukkan kedalam van, air mata ini seakan-akan tak dapat nak menampung nya lagi. Nenek, akhirnya air mata ain keluar. Ain sedih. Kenapa nenek tinggalkan ain? Ain rindu nenek. Kaki ini terasa lemah. saya dah tak sanggup lagi. Air mata ini laju mengalir. Selaju van yang membawa jasad nenek. Nenek, jangan tinggalkan ain... 

    Dengan tiba-tiba saya terkejut. Awak pandang saya pelik. "Kenapa bby nagis tiba-tiba ni?" eh, saya nagis? Haah la. Nenek, ain doakan nenek aman disana. Sambil tersenyum aku berkata "Tak ada apa-apalah sayang. Bby sedih tengok nenek sayang macam tu". Itu saje aku mampu berkata.
   
    Ya Allah, semoag kau tempatkan nenek ku digolongan orang-orang yang beriman. Kau ampunkan lah segala dosa-dosanya. Dan kau limpahilah kesihatan keatas nenek  amirul agar neneknya cepat sembuh. Amin...
  
    



Miss Iza

Thursday, 11 April 2013

My 20 years Birthday!

"Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy to you. Happy birthday  
Nur Faizatulain!! " Tulah nyanyian yang semua nyanyikan bila call, bila jumpa aku. Hehe.. Terharu rasa *lap air mata* Cehh, sedih pulak.

    Thanks for all wish. Saya hargai semua tu. Ibu ayah adik along semua wish. Tak ketinggalan juga cinta hati kita, Dia tepat je 00:00 dah call. Wish happy birthday.. Thanks syg..

     Bersyukur rasanya bila dapat sambut birthday yang ke-20 tahun. Alamak tua sudah.. Eh, dah boleh kawin? Haha.. gatai naa.. marah ibu aku kang. Ish! Diam-diam sudah.. hehe.. Alhamdulillah aku masih dihidupkan untuk bernafas selama 20 tahun ini. Alhamdulillah Ya Allah.. Aku bersyukur atas segala nikmatmu. Terima kasih ibu dan ayah sebab susah payah selama 20 tahun ini untuk besar kan ain yang dah tersedia besar ni. Ehh? Tak gemuk k. Cuma comel je.. Hehe..

     Thanks jugak untuk kawan-kawan yang banyak wish kat Facebook. Walaupun xkenal tp tetap wish jugak. Terima kasih All :)




Ramai yang hantar kat massage sebab ain Off line. Sebab ada org gila yang datang mengacau. Hehe



And ramai jugak yang post kat Wall ain. Thanks ye.. 



dan tak ketinggalan jugak abang tersayang kita wish. See, panjang berjela dia post.
Apa-apa pun thanks along :) 



           Start dari pukul 12 09/04/2013 hinggalah 11.59 09/04/2013 aku tak henti-henti call orang. Yelah, dapat cal free kan? siapa yang xnak kan? so, aku guna sebaik mungkin. Semua orang aku call. Baik kawan lama, kawan kolej, sepupu aku. Semua nya. dan yang pasti aku gayut dengan amirul sampai panas phone. hehe.. betapa manfaat kan sebaik mungkin kan? 

         
          Cakap pasal hadaih pulak hmmm bila kita dah besar, kita kurang kot dapat hadiah. Betul tak? Ain dapat 3 je hadiah. Alhamdulillah.. Itupun dah kita bersyukur. Ibu & ayah tak bagi hadiah. Tapi belanja makan. kembung yeehh perut. haha.. Bak kata ibu makan sampai kembung. hehe... 


          Amirul pulak, kitaorang sambut kat luar. Dia ajak pergi Mall. Makan, jalan-jalan. And, hadiah from him ialah kasut! Punyalah susah aku nak cari apa yang aku nak, last-last, kasut yang aku mintak. tapi cerewet sangat dia tu. Apa yang aku berkenan, tak berkenan pulak kat mata dia. Sakit je hati ini, Last-last ada kasut warna biru jadi pilihan. Nasib ada less 50%. Rezeki. Kalau tak, jenuh jugak dia nak bayar. hehe.. Tahun ni tak ada kek. Sebab nanti ain gemuk. Ehh, memang taknak pun.. Just dia belanja makan je.. Sedaaapp.. hehe 






Terima kasih ibu.. terima kasih ayah.. Dan terima kasih sayang..
Untuk hari jadi ke-20 tahun yang sangat bermakna ini. 
bertuah rasa badan bila ada ibu dan ayah yang cukup penyanyang. dan mempunyai kekasih hati 
yang cukup mencintai diri ini. Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah...
Terima kasih ya Allah.. Semoga kau permudah kan segala jalan hidup ku. Dan semoga kau berikan lah
segala petunjukk-Mu Ya Allah.. Amin....












Miss Iza 




Friday, 5 April 2013

Aku mula mengerti....


Langkah aku atur untuk meneruskan semua perjalanan ku. Aku cuba mengerti kehidupan yang akan aku lalui dihadapan nanti. Aku takut. Aku gentar. Aku mula merasa aku belum bersedia. Aku tersentap.

                Kehadirannya amat aku tak sangka. Kenapa dia datang begitu awal? Kenapa dia? Semua itu aku belum mengerti. Aku diam. Aku cuba memberi jawapan yang pasti. Aku anggap ini semua takdir. Ya, takdir yang telah ditentukan untukku. Aku terima dan aku cuba untuk kekal kannya.

             Aku pasti setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Aku cuba menerima sikit demi sedikit. Bukan aku menolak, tapi aku perlu berhati-hati. Walaupun belum pernah berdarah, tapi aku kena hindarkannya dari berlaku.

             Setiap langkah yang aku jalani, aku pasti yang dia telah menguasai semuanya. Aku cuba lelapkan mata, tapi fikiran aku juga telah dikuasainya. kenapa? Kenapa semua ini boleh terjadi? Mungkin ini jodoh untukku. Ya, dia setia bersama ku. Tak kira di mana aku pergi, hanya bayangan dia yang menemani. Sehinggakan tidak sikit pun ruang untuk yang lain menyelit.

          Ia mengajar aku apa itu kemanisan. Ia mengajar aku apa itu kepahitan. Ia mengajar aku apa itu pengorbanan. Aku terima segala kedukaan selagi hati ini sekuat batu. Dia mengajar aku apa itu kekuatan. Kekuatan untuk menerima segala cabaran. Dia. Dia hanya biasa. Dia yang mengajar aku erti semua itu.

         Tatkala dia merenung muka ini, aku tak keruan. kenapa dia terlalu istimewa? Mulut tak pernah berkata. tapi hanya hati yang memberi jawapan. Tak terluah rasanya hati ini untuk dia. 5 tahun lebih dia cuba mengambil hati ini. Ternyata, sudah lama aku berikan. Tak sedar bila itu semua berlaku. Aku kunci semuanya dalam hati. Biar hati yang menyimpan semuanya.

         Andai diberi peluang, aku ingin menjalani hidup dengannya. Berkongsi segala-galanya dengan dia. Pahit, manis bersama. Aku ingin menjaga setiap langkahnya. Memberinya kebahagiaan. Aku inginkan semua itu. Aku ingin menatap mukanya tatkala dia tidur. Aku ingin membelainya tatkala dia sedih. Menggenggam tangannya tatkala dia perlukan semangat. Mengusap air matanya tatkala dia menagis.

      Ya Allah, aku ingin bersamanya. Semoga impian kami tercapai. Semuannya dengan izin Mu ya Allah.


      Setiap malam sebelum aku menutup mata, aku mahu kau menjadi orang terakhir yang aku lihat. dan setiap pagi aku bangkit, aku mahu kau menjadi orang pertama yang aku pandang. Semua itu keinginan ku. Selamat malam sayangku. Semoga mimpi yang indah2. Aku disini mendoakan yang terbaik untukmu. Semoga hari esok yang engkau jalani, mendapat keberkatan-Nya. Amin...... 









Miss Iza

     

Monday, 25 March 2013

Awak adalah awak. Saya adalah saya.

Merenung ke atas gunung yang tinggi membuatkan hati tenang seketika. Sejuk mata memandang. Tambahan pula di pagi yang sejuk. kedinginan menusuk ke teulang rusukku. Indahnya pemandangan. Walaupun jauh dari mata. Tapi keindahan itu tidak dapat dinafikan. Jelas yang zahir itu sungguh indah. Tapi yang batin? Adakah tersiksa? Aku hanya mampu menunduk. Biarlah hati menyimpan semuanya.

           Sejenak fikiran aku melayang pada mu. Pada insan yang teramat aku sayangi. Si dia. Walaupun hidup bersama keluarga ku tercinta ini membuatkan aku bahagia, Tapi berada disampingnya membuatkan aku bertambah bahagia. Ah! aku rindukan semua tentang dia.

          Awan gelap. Tapi hati ini cerah. Langit kehitaman. Tapi diri ini kegembiraan. Kerana apa? kerana awak. Ye! Awak. ternyata tak semua yang kita lalui adalah pahit. Kita harus bijak mengambil kemanisan hidup. Jadi, setiap kemanisan akan ku simpan dalam kotak hati. Biarkan ia terkunci rapi. Agar ia tidak boleh dirampas oleh sesiapa.

       Lihat wajah ini. Wajah yang mengambarkan seribu sifat. Boleh bagitau apa sifat-sifat itu? Tidak bukan? Aku yakin, hanya segelintir saja yang sangat memahami diri ini. Sikap ini. Sifat ini. Hanya dia. Bukan saja dia. Malahan orang tua ku yang tidak jemu membesarkan ku. Aku adalah aku. Aku tak akan boleh jadi orang lain. Kau adalah kau. Tidak boleh menjadi diri ku. Sebab kenapa? Allah jadi sifat manusia itu berbeza-beza.

       "Berbeza" boleh mendatangkan yang baik. Dan juga boleh datangkan yang buruk. Jenis aku, aku lebih ke arah baik. Aku suka sifat positif. Positif adalah sifat yang matang. Aku gemar orang positif. Terkadang, perlu ada negetif. Kerana dalam dunia ini bermacam-macam keadaan. Kita perlu berfikir untuk kearah positif ataupun negetif.

        Awak dan saya berbeza. Walaupun berbeza, kenapa kita boleh hidup bersama? Sebab kita saling melengkapi. Awak ada kekurangan, saya tutup dengan kelebihan saya. Saya ada kekurangan, awak tutup dengan kelebihan awak. Itu lah kita. Kita saling melengakapi. Terima kasih lengkapkan hidup saya. Keikhlasan yang terpancar pada wajah awak membuatkan saya berani. Berani untuk menjalani hidup ini bersama awak. Saya yakin yang awak boleh jaga saya. Sebab saya positif terhadap awak.

        Tak mahu lagi toleh kebelakang. Kita bina misi baru. Kerjaya kita. Saya nak awak. Saya akan tunggu berapa lama sampai awak betul mampu untuk tanggung saya. Tanggung anak-anak kita nanti. Itu je yang saya mahu kan. Harap awak dengar.

       Langkah kita penuh dengan impian. Impian masa hadapan. Saya tetap saya. Sebagaimana awak terima saya seadanya.............





Miss Iza 
     

Friday, 22 March 2013

Sabarlah sayangku....

Menatap matanya yang sayu itu membuatkan aku benar-benar faham apa yang dia sedang alami. Kecewa, Sedih, pedih. Aku cuba mengenggam tangannya agar hilang semua rasa itu. Aku ingin menjadi insan yang pernah mengembirakan dia. Dia tetap tunduk. Mungkin malu barangkali. Aku mengangkat mukanya, sambil berkata. Bukan mudah untuk kita berjalan dalam kehidupan ini. Tak ada hidup yang tanpa dugaan. Sabarlah sayangku... Semua ini ketentuan- Nya. Saya percaya, semua ini hanya sementara.

      Sejenak dia terdiam sambil merenung mata ini dalam-dalam. Faham maksud lirikan matanya, membuatkan kan aku sebak. Percayalah sayangku, selagi diri ini bernafas, selagi itulah saya akan sentiasa di sisi mu sayang. Jangan takut. Kita akan hadapinya bersama. Janji hati ini.

      Akhirnya genggaman tangan ini dibalas juga. Dia mengenggam dengan penuh. Seakan-akan tak mahu melepaskan aku pergi. Pandangan aku dibalas pandangan nya.. Lega hati ini bila aku perasan secalit senyuman pada wajahnya. Senyuman yang membuatkan hati ini tenang. Sungguh, aku tenang bersamanya.  

      Aku mengeluh berat. Kini aku benar-benar berada di hadapan tempat ku bermain. Lama rasanya tak menjejakkan kaki di tanah ini. Kerinduan ini semakin menggunung. Telupa seketika pada si dia. Dia faham aku barangkali. Sekilas aku pandang ke arah si dia. Si dia hanya tersenyum nipis.

      Aku berdiri betul-betul dekat dengan dia. Ingin mengucapkan kata selamat tinggal selepas si dia berjaya menghantar aku pulang. Aku dapat rasakan aroma si dia yang sering menbuatkan aku berdebar. Aku terbau haruman POLO botol merah yang aku hadiahkan padanya. Ternyata haruman itu membuatkan aku terleka. Benar, ianya harum.

      Ku pandang sweater milik si dia yang masih dalam pelukkan. Sweater itu telah menemani aku selama lebih berbulan-bulan aku di negeri terengganu. Negeri tempat aku menimba ilmu. Merangkap rumah kedua bagiku. Tersarung nya sweater itu di badan, terasa si dia seakan akan berada di sisi. Aku terasa selamat. Terasa si dia datang memelukku. Bau yang terlekat itu membuatkan aku rindu. Bau si dia yang selalu bersama aku. Ah, rindunya.

     Eh! hampir aku terlupa. Ada sehelai baju yang ingin aku berikan padanya. Baju yang sama dengan ku. Sengaja aku beli supaya sama bila kami pakai. Entah kenapa, aku lebih selesa untuk memakai baju yang serupa dengan si dia. Aku terasa kami ada keserasian. Dia diam tak berkata. Faham benar aku. Ucapan 'Terima kasih' terluah dari mulut si dia. Sama-sama sayangku....





Miss Iza  


Saturday, 29 December 2012

Terima Kasih Syira Lokman Rveiw Blog Kite :)

Assalamualaikum.......
Hye my all dear. Apa khabar? Sihat??  Miss you all semua. Sorry sebab dah lama tak update blog ni.
Ok kali ini ain nak update tentang Blog ain telah di reveiw oleh Blogger terhebat Syira Lokman.
Blog Syira . She soo pretty :)


Maaf pemilik gambar. Saya curi sebab comel + cantik sesangat. hehe



See. Header dia pun dah cute miut. Hehe... Comel je.. Sepp sikit.. Kite Geng Pink :)




Di sini tertulisnya Syira memuji saya. hehe.. Btw, saya ni biasa2 jelah sayang. 
Noting special. Heheh




Amboiii.. yang ini terharu ni.. Ada orang cakap kite comel. Hikhik.
*Senyum2*
Thanks kepada yang comment and Follow ain.







Miss Iza

Date agian with Amirul :)

Assalamualaikum my all dear............
This enrty is about my date with my love Amirul Asyraaf :) Hari ini kami berbaju biru. Sama dan serasi. hehe.. Jangan jeles... Dia datang amik ain dengan muka yang tersenyum manis. Sambil hulurkan helmet, dia cubit pipi ain. Adoiiii.... Dia cakap "Baby ni comel la". Sempat tu. hehehe










See, nampak muka marah dia. Padahal bukan marah. Saje2 buat marah. 
Ngade betul la Amirul ni..








I love him soooo muchh!!! 



Sorry sebab tak ada story... Just Date and date.. heheh.. 
kesian amirul penat layan kerenah ain. Ain bila dah shopping memang tak ingat.. haha..
sebab dia paham ain la ain ssaayyyyaaangggggg dia......








Miss Iza






Thursday, 6 December 2012

#Thanks for the memories :)

Assalamualaikum dear :)

hai.. hai.. ehh hai.. haha.. sorryy terlebih excited pulak. k entry kali ni saya nak cerita tentang.... Ehem ehem saya. nama dia........







Dia yang buat saya tersenyum. Dia berjaya curi hati saya 6 tahun yang lepas. tapi 4 tahun yang lepas baru kami bersama. Dia hero saya. Dia lah doktor saya. Dia lah kawan. Dia lah kekasih hati saya. Pertama kali kenal, kami masih muda. Terlalu muda lagi. Umur kami baru 13 tahun. Muda kan? Dan masa 13 tahun itulah kami berkawan baik. Best friend. Sampaikan tiap hari bersama. Masa tu tak timbul langsung hati ni sayang ke hape ke. Yang kami tahu, kami kawan. Kami suka berkawan. BFF :)



Aku bukan jenis yang suka atau pun senang jatuh cinta. Aku tak mudah nak suka orang. Dia. Dia yang bernekad nak takluk hati ini. Dia berusaha. Aku nampak usaha dia. Dia bersungguh-sungguh nak aku jadi miliknya. Bukan untuk sehari dua. Tapi untuk selamanya (Ayat Amirul asyraaf).





Hari ini kami berdating lagi. Nak tahu, dia nak saya sama baju dengan dia kot. Mula saya dah masuk dalam kereta, saya pakai baju hijau. Lepas tu sekeras-kerasnya dia suruh pergi tukar balik. Dia nak baju biru jugak. Haiiisshh! *sambil hentak kaki* Ain pun masuk lah balik. Tak apa, demi dia. hahaha..

Dia bawak kereta laju. Macam nak kejar apa tah. Padahal bukan nak pergi berlumba pun. Haiisshh sayang...sayang.... 

Bila time makan ni yang paling ain lemah. Apa taknya, dia oder bukan main banyak. Bukan untuk dia tapi untuk ain. Mak aii... cmne nak habis kan ni? Cmne nak kurus ni? Cmne? Cmne?. 
Kalau hidup dengan amirul asyraaf ni tak boleh kurus ain.. Dia suka ain gemuk. 

Me: Syg, nanti bby gemuk la makan banyak2 mcm ni >_<
Bf: Biar la kalau gemuk pun. Syg lagi suka :) 
Me: Kenapa syg suka pulak? 
Bf: Biar lah. Nanti dah kawin sedap sikit peluk. hehe 
Me: *pukul amirul asyraaf sampai lebam*
Bf: satu lagi, biarkan orang tak suka bby. Bby kan gemuk. Tapi syg tetap syg bby. 
Me: *blushing* (malu)

See? Nampak motif dia kat situ. Lagi ain gemuk, lagi lah dia suka. Pipi pun dah makin naik ni. Dia pun suka cubit. Adoiii... Then, kami makan la sampai dia berhenti. Ingat kan nak berhenti kejap. Tapi sebenarnya dia nak bagi makanan dia tu kat ain? Ya Allah, time tu rasa macam nak tumbuk je muka sayang ain tu. pandai dia buat helah. Kenyang segala. Ain ni dah terlebih kekenyangan dia tak pikir. HHaaiiss!!



Ada satu perbualan...........................................

Me: syg betul ke nak masuk askar ni?
Bf: betul la. Kenapa? tak percaya? Muka ni ada macam main2 ke?
Me: takde lah. bby tanya je. 
Bf: lepas syg dah habis askar dalam 2014 nanti. Syg nak kerja dalam 3 bulan mcm tu then syg akan masuk meminang bby. 
Me: *Terpaku* Betul ke?
Bf: yelah, ingat syg dengan bby ni main2 ea? Syg nak kawin dengan bby. 
Me: *Terdiam*

Jelas? Tahu apa maksud tu? hehe.. Amirul asyraaf dah janji something dengan ain. ^_^

Me: syg, nanti kita dah kawin, bby nak syg sedia kan satu stor untuk letak apa je yang berkaitan dengan oreo. Tak kira lah aiskrim oreo ke, biskut oreo ke, cheass kek oreo ke. Yang penting ada oreo. 
Bf: *Peluk pinggang ain* Dah jangan nak membebel kat sini. 
Me: *buat muka toye*

Dalam perjalanan balik tu, asyik gelak je dengan dia. Sampai kan dia nak drive pun ain kacau. Geram tahu dengan dia tu. Suka tukar topik perbualan! Bila pandang tingkap. dia buat geletek pulak. haha.. Pandai ea pujuk. hehe.. 

Tiba-tiba dia berhenti depan McD. 

Me: kenapa syg berhenti sini? 
Bf: tadi cakap suka oreo kan? Nah pegi beli McFlurry Oreo. *hulur duit*
Me: Ehh tak nak lah. bby kenyang lagi la..
Bf: Xde. Xde. Pegi beli. 
Me: betul la syg. Bby main2 je tadi. Saje nak habiskan minyak kereta syg. Hehe
Bf: *Muka bengang*

Hahah.... amirul asyraaf dah terkena. Haha,, sebenarnya saje je nak uji dia. Sorry my dear :)





#For you my love, thanks for today. Walaupun kita keluar dari 3.00 P.M ----> 5.30 P.M, itu dah cukup bermakna bagi saya. Sebab apa saya sayang awak? sebab hanya awak je yang faham saya. awak je yang tahan dengan kerenah saya. Awak je yang tahu saya macam mana. Saya yakin awak boleh jaga saya. Saya yakin itu :)

Good Nite sayang :)  







Miss Iza