Tabung Kawin

Sunday, 26 June 2016

First date.

Assalamualaikum. 
Sekarang ni macam tak percaya apa yang aku tengah lalui. Aku rasa macam mimpi. Kadang-kadang aku taknak bangun dari mimpi ni sebab ianya terlalu indah bagi aku. 

Hadirnya aku tak jangka. Bak kata dia, kami sebenarnya dekat. Tapi rasa jauh disebabkan jarak yang kami buat sendiri. 

Hari ni dan kali ni, aku dapat lihat dia dengan dekat. Bagi aku dia nampak berbeza dari gambar-gambar yang dia bagi. And in real life he's more handsome. Cara dia pandang aku boleh cair je. And aku boleh nampak dia boleh layan perangai manja, moody, keras hati aku. Harap awk tabah. 

Sometimes aku tenung balik apa yang ada pada aku. Awk, saya gadis biasa. Takde kelebihan. Saya banyak kekurangan. Rasa macam tak sesuai je dgn awk. Saya takde rupa macam perempuan lain. No fashion. No makeup. Saya tak reti semua tu. Still you want with me? 

Our first date is going fine. First impression aku bila jumpa dia, aku akan gugup but takde pun. Bahkan rasa debar tu kejap je. And selebihnya aku rasa selesa. He holds my hand. Like we know each other for a long time. But still aku rasa selesa. Dalam masa satu hari, 2 kali date. And aku suka bila dia boleh lepak dengan along. 

Kami pernah bercinta dengan orang lain. Aku, 6 tahun bukan waktu yang singkat untuk aku melupakan macam tu je. Tuhan je tahu macam mana kuatnya hati aku ni utk move on. Tapi disebab kan aku ni jenis keras hati, aku buat-buat yang aku ni kuat. Paling sakit bila dia pernah ajak untuk bertunang. Aku ingatkan dia betul serious tp rupanya untuk menutup segala agenda dia. Dia layan aku tak pernah kurang macam layan 'princess' dia tahu aku kuat makan and dia suka layan aku makan. Walaupun aku tahu dia belum kerja tp setakat apa yang aku mintak dia cuba tunaikan. Itu yang paling tekilan. Terlalu banyak kenangan sampaikan aku teringat perkara yang kami buat bersama. Sometimes. And now, 2 tahun dah berlalu. Aku boleh kembali tersenyum. Bahagia bila aku dah mampu  untuk buang yg dulunya pernah menjadi separuh dari jiwa aku. Dengan kegigihan Aku menagis tengah malam sampai tertidur esok pagi mata bengkak. Tapi itu sebenarnya kekuatan untuk aku. 

Untuk yang kali ini, aku berharap. Jujur aku sangat berharap. Biarlah macam mana pun, aku tetap nak jadi seseorang dalam hati dia yang dia tak boleh lupa. 

Allah temukan kite bukan sebab kebetulan tapi Allah dah rancang. Cuma apa yang Allah rancang tu yang kita tak pasti. Adakah kekal atau akan terlerai ditengah jalan. Cuma mampu doakan yang baik-baik je apa yang singgah sekarang ni kekal. 

Aku tahu ianya baru je lagi. Apapun boleh terjadi. Angin, ribut, panas, hujan semua boleh datang. Tapi, kalau awk and saya sama-sama pertahankan, kita boleh hadapi sama-sama. Itupun kalau awk sanggup dan ikhlas utk hadapi semuanya dengan saya. 

Mr.M, please take care of yourself. 



Sincerely, 
Nurfaizatulain bt Mohd Hamsam.