Tabung Kawin

Wednesday, 18 June 2014

Kau Bebeza



Kenapa kau jadi cahaya
dan hilang dalam sekelip mata
begitu tiba-tiba
buat aku resah


Wajah mu menenangkan
akan ku toleh berulang kali
mendamaikan
itu yang aku rasakan


Sejak cinta itu dibongkarkan
dunia aku seakan berubah
cahaya itu hilang
bagaikan tiada tanda mengapa


Boleh kau jelaskan
hilangkan resah jiwa aku
kerana ada ruang
sebesar kotak dalam jiwa aku
tertulis nama mu.


 Jiwa ni begitu gigih
tetap mencari mu
sebab itu aku pelik
kau berbeza


Lelaki di luar sana
aku biarkan pergi
tapi kau
aku tetap mahu mencari


Apa kau dah buat?
atau ini perancangan
yang Maha Esa?


Takdir Allah.






By Faizatul Ain Hamsa




No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)