Tabung Kawin

Tuesday, 17 June 2014

Aku tiada saingan



Aku dilahirkan bersama cinta
Kasih dan sayang dua hati
Mengusap penuh mesra
Membuatkan aku leka seketika



Iras campuran dua generasi
Menjadikan aku manusia
Yang menjadi harapan di masa hadapan
untuk kemajuan



Sedar aku tak secantik
wajah-wajah yang bersaingan
buat aku rendah
sungguh tidak layak


Ini ciptaa Allah
Indah bukan
Ia, aku yang biasa bagi kamu
tapi indah bagi aku



Buat si pencinta aku
Kau pilih muka aku
atau hatiku?


Jujurkan saja
aku tak mengapa


Terima kasih untuk cinta itu
Luahkan yang bertalu-talu
ada yang aku biarkan berlalu
ada yang aku mengharapkan selalu



Apapun jalannya
aku insan biasa
insan yang dicipta
untuk menyembah pada Allah



Kerana dia
Kau dah menjadi salah satu
Pencinta aku.

Kan? jangan nak tipu.

Haa.. kan dah malu.

Sebenarnya aku sayang kamu.
Ye, kamu yang tersenyum tu.
I love you!





By Faizatul Ain Hamsam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaiku :)
dah baca sila tinggalkan komen ye =)
terima kasih :)